Saturday, March 21, 2015

Hudud: Siapa yang akan menerima kesan politik lebih teruk?

Persoalan penting sekarang ialah, adakah akan mendapat kepercayaan Parlimen?
Adakah PM akan memberi lampu hijau kepada MP melayu dari parti komponen BN mengundi setuju kepada Hudud?

Kalau ya.......
BN: Beranikah mana-mana parti komponen melawan cakap dan memberotak?
PR: Tentangan keras DAP dengan kerusi yang jauh melebihi PAS........agak apa akan jadi?
Sekiranya senario ini terjadi, adakah ini peluang terbaik PAS menyertai BN dan UG direalisasikan kerana terhutang budi kepada UMNO?

BN, PR bakal berantakan kerana hudud
20 Mac 2015

10 comments:

  1. Saya baru dpt panggilan dari obama... Apabila hudud lulus di parlimen bulan Mei ini... Ekonomi Malaysia akan tumbang dlm masa 24jam
    P.s sebentar tadi dah kluar bloomberg apabila pengacara rakyat Malaysia kutuk ekonomi Malaysia.. Belum habis rancangan ringgit jatuh rm3.73 yg terendah sejak Anwar di pecat pd 1988!

    ReplyDelete
  2. Apa yg dilihat ialah kelicikan ameno dan kebodohan ulamak pas.........

    ReplyDelete
  3. Jika yg mengundi menyokong hanya AP UMNO dan PAS sahaja, ia masih tidak mencapai majoriti mudah. Makanya RUU tetap akan gagal untuk diluluskan dan apa akan jadi seterusnya? PAS akan terkapai-kapai dipermainkan oleh UMNO, sudah tentu jika hendak menyertai BN akan ditolak! Nak dapatkan kepercayaan dalam PR semula tentulah sukar. Dengan itu PAS telah meletakkan perjuangannya mengenai isu hudud ini di tempat yang bolehlah dikatakan belum sewajarnya lagi. Jika PR berantakan, PAS adalah penyebab tunggal dan PAS akan hilang sokongan rakyat terutamanya yang bukan islam. Apa akan jadi pada hukum hudud diakhirnya nanti adalah, ia hanya merupakan perkakas politik PAS untuk memberikan nyawa kepada UMNO memerintah selamanya, serta PAS akan terus malap. Justeru jika PAS hendak memperjuangkan hudud di medan politik, adalah amat wajar PAS itu juga mestilah cerdik berpolitik. Apalah bengong sangat???

    ReplyDelete
  4. rm memang dah teruk sebelum hudud. bkn alasan utk mengkambinghitamkan hudud. ekonomi msia diuruskan secara sewenang dan boros. tidak juga menjaga kepentingan rakyat melainkan kelompok kecil. Sudah lama rakyat beragama Islam dan peribumi menunggu hudud setelah sekian lama dijajah dgn undang2 British. Bila lg nak jadikan Islam sebagai pengurus kehidupan orng Islam.

    ReplyDelete
  5. nampaknya dajjal dan tenteranya dah mula menyerang !

    ReplyDelete
  6. PAS dituduh dan dipersalahkan kerana keretakan PR, PAS lakukan perkara yang tidak betul iaitu cuba mensyariatkan hukum Allah SWT pada pemikiran sesetengah pemerhati dan penentang Hudud.

    PKR dan DAP dipertahankan dan disanjung kerana menentang Hudud. Amaran dan arahan dikeluarkan oleh pimpinan supaya menentang pembentangan RUUH. Satu tindakan dan keputusan yang betul pada pemikiran mereka yang menentang rukun Iman.

    UMNO-BN dicurigai keikhlasannya megenai tanggungjawabnya sebagai pemimpin Islam. DiK'tan, UMNO sudah menunjukkan keiklasannya sebagai pemimpin Islam,hukum Allah SWT ini maju satu langkah kehadapan melepasi keikhlasan pemimpin Islam UMNO K'tan.

    PAS hanyalah satu medium yang membawa rukun Iman dan keikhlasan pemimpin-pemimpin Islam supaya tertegaknya hukum Allah SWT.

    PAS bukan punca keretakan PR sebaliknya keretakan itu berpunca dari penentang Hudud yang berada dalam PR. Mereka bukan menentang PAS tapi mereka menentang Allah SWT.

    Kepada saudara-saudara yang mempunyai Iman apakah pilihan saudara-saudara?

    ReplyDelete
  7. Anon 1:53pm, benar kata anda UMNO telah menunjukkan sokongan sebaliknya dua parti komponen PR tidak sehaluan. Oleh itu eloklah PAS tinggalkan PR dan sertai BN bersama-sama dgn UMNO untuk memartabatkan hudud. Apa gunanya PAS masih hendak bersekongkol dlm PR itu lagi?

    ReplyDelete
  8. 10:09 PM,
    Assalamualaikum, Wakil rakyat UMNO k'tan bukan menyokong PAS, hakikatnya mereka menunaikan amanahnya sebagai pemimpin dan umat Islam.

    Adun Guchil dari PKR pun bukan menyokong PAS, beliau pun terikat dengan amanah sebagai pemimpin Islam. Tiada kemampuan untuk melawan syariat Allah SWT.

    Apa yang diharapkan oleh PAS adalah kuasa meyokong dari MP Islam tidak kira dari UMNO, PKR, PAS atau DAP. Tidak timbul isu kerjasama disini seperti yang saudara maksudkan.

    PAS sebenarnya mengajak MP Islam menunaikan amanahnya sebagai peminpin yang mengaku Islam dan beriman kepada Allah SWT. Kalau tak mampu untuk menunaikan tanoggungjawab ini sebagai pemimpin Islam, adalah lebih baik undur diri, cukup setakat memimpin keluarga dirumah.

    ReplyDelete
  9. Baca dan hadham hujah ini spt yg tertera di atas:

    'PKR dan DAP dipertahankan dan disanjung kerana menentang Hudud. Amaran dan arahan dikeluarkan oleh pimpinan supaya menentang pembentangan RUUH. Satu tindakan dan keputusan yang betul pada pemikiran mereka yang menentang rukun Iman'

    Kesimpulannya hanya bagi mereka yg tidak waras shj menidakkan kewajaran PAS meninggalkan PR dan berdampingan dgn UMNO dlm BN. Perlu apa lagi berada bersama dgn PKR dan DAP tu? Dah tahu PKR dan DAP tidak sehaluan dgn PAS, tetapi PAS masih terhegeh-hegeh hendak bergayut bersama. Tidak usahlah nak pertikaikan keimanan orang lain, jika ulama dlm PAS sendiri pun tidak menunjukkan ciri-ciri keimanannya dgn melabelkan orangnya sendiri sebagai barua, broker dan jebon serta mengeluarkan kenyataan fitnah mengenai pil kuda dan kominis sebelum ini. Ia adalah hakikat, bukan rekaan penulis. Sedangkan orang yg benar-benar beriman, tidak mungkin semudah itu melakukan kesalahan akhlak lisan bukannya sekali, tetapi berkali-kali.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa