Friday, March 20, 2015

Perangai macam celaka......tahu pula takut!

Bayangkan perlakuan mempersenda hukum ini dilakukan di Arab Saudi

BFM mohon maaf, hos bukan penulis skrip
Astro Awani |Kemas kini:Mac 20, 2015
(Diterbitkan pada: Mac 20, 2015 18:02 MYT)

BFM mohon maaf, hos bukan penulis skrip
Tangkapan skrin daripada video YouTube "Hudud Isi Periuk Nasi" yang kini sudah ditarik balik.
KUALA LUMPUR: Stesen radio berteraskan kandungan bisnes, BFM, telah memohon maaf atas kip video “Projek Dialog BFMKupas” yang telah menjadi viral di internet hingga menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang awam.

Dalam satu kenyataan rasmi hari ini, BFM menyatakan bahawa pihaknya tidak mempunyai niat untuk mempersoalkan tentang pelaksanaan hukum hudud, seperti yang dinilai penonton video tersebut.

“Berdasarkan komen yang kami terima di pelbagai platform, ia jelas menunjukkan bahawa sebahagian daripada mereka menganggap kami mempertikaikan hukum hudud. Sebenarnya, kami tidak ada niat untuk berbuat demikian.

“Kami hanya mahu pengikut kami menanyakan soalan-soalan berkaitan pelaksanaan hudud. Kami memohon maaf jika telah menyebabkan rasa kurang senang,” kata kenyataan itu.

Pihak BFM telah menarik balik siaran video tersebut berikutan maklum balas orang ramai.

BFM Media dan Projek Dialog turut mempertahankan hos, Aisyah Tajudin, yang telah menerima ugutan bunuh dan rogol. Menurut kenyataan tersebut, Aisyah merupakan hos pengganti dan bukan hos tetap.

BACA: Hos radio BFM terima ugutan bunuh

“Dia bukan penulis skrip video berkenaan dan pandangan video yang tidak mencerminkan pendirian peribadinya mengenai isu itu,” kata mereka.

“Kami mengecam perbuatan ugutan dan ancaman teruk yang ditujukan kepada Aisyah. Ugutan sebegitu bukan sahaja bertentangan dengan undang-undang negara ini, malah tidak mempynyai tempat dalam masyarakat yang mengutamakan keamanan,” kata kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan tersebut, video berkenaan bertujuan untuk memberikan komentar sindiran sama ada pelaksanaan hudud sepatutnya menjadi keutamaan perundangan dan pentadbiran Kelantan, terutamanya ketika menghadapi isu tekanan ekonomi dan pemulihan banjir yang dihadapi oleh rakyat negeri itu.

Pada 19 Mac, video bertajuk "Hudud Isi Periuk Nasi" telah dimuat naik. Skrip yang disampaikan oleh Aisyah telah Dewan Undangan Negeri Kelantan kerana meluluskan pindaan ke atas Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993).

13 comments:

  1. Saya setuju 100%. perempuan ni dah kufur. cepat2 bertaubat. Walaupun ancaman saperti itu tidak saya sokong tetapi ibu bapa dia patut menasihatinya tentang agama. kalau tak pandai, jgn komen, pergi mendalami dulu ilmu agama. Bertaubat lah Aisyah. Jgn menghina hukum Allah SWT.

    ReplyDelete
  2. Aqidah dah tergelincir. Wajib bertaubat. Perbaharui syahadah.

    ReplyDelete
  3. Biaqpi lah. Awatlah hampa nak marah sangat ni. Ini kerja orang politik melagakan semua orang sementara mereka duduk enjoy. Saya tidak ikuti tape dan tak tahu apa yang Aiysah tu bercakap. Tapi apa pun, tiada siapa berhak ugut seperti itu. D..an kufurkan orang lain. Macam lah orang yang komen pandai dalam soal agama

    ReplyDelete
    Replies
    1. 10:32 adalah spesis yang sama dengan Aisyah, mereka ni perlu rawatan yang secukupnya supaya tergerak rohani yang terhenti sekian lama.

      Delete
  4. Buat Anonymous 10:32pm...Dah termaktub dlm islam...menolak hukum Allah ibarat syahadah dah tergelincir...kena bersyahadah balik dan bertaubat...Cari la ilmu...jangan hanya bagi pendapat tanpa ilmu...

    ReplyDelete
  5. Orang orang Melsyu tu

    Buksn senang jadi Melayu di dunia orang orang Melayu sendiri tak tahu hidup sebagai Orang , jauh lagi nak jadi Orang Melayu


    Pompuan tu makan gaji...

    Tanya 1 Mat Dah Bahalol cuba jadi melayu waras sikit sebab dia lebih memudharatkan dari pompuan melayu tu.


    Apakah bahasa latin bagi Ketam juga di kenali Melayu ???

    ReplyDelete
  6. Anon 10:32PM anda sendiri mengaku tidak menonton video tersebut, tanpa ilmu pengetahuan apakah komen anda itu berasas? Jika tidak tahu apa-apa, sebaiknya bertanya dulu sebelum beri pandangan atau lebih baik diam shj. Janganlah ditunjukkan sifat bodoh anda itu!!!

    ReplyDelete
  7. Perbuatan syarikat radio dan perempuan itu begitu mengguris hati dan perasaan umat Islam keseluruhannya. Kita tidak mampu memaafkannya. Bertaubatlah kepada Allah. Jangan diikut perbuatan orang kafir dan orang tidak beriman yg menentang hudud milik Allah.

    ReplyDelete
  8. Jika tidak tahu agama, berdiamlah. Dalami ilmu dahulu nescaya kamu memperoleh rahmat. Jangan memandai2 mempersenda hukum hudud jika ilmu tiada.

    ReplyDelete
  9. 11.04....
    Kalau makan gajipun takkanlah sampai sanggup menghina hukum Allah yg sudah jelas terkandung dalam Al-Quran. Tidak sedarkah kamu bahawa kamu hanya menumpang di bumi-Nya dan kamu hidup dengan udara milik-Nya?

    ReplyDelete
  10. 5:50. Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?

    yang duk lawan hukum Allah adalah orang yang tidak yakin

    32:12. Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): "Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin".

    dah dimatikan dihidupkan semula baru nak yakin. dah terlambat.

    ReplyDelete
  11. Nampaknya, duit duit Cina Celaka dekat Malaysia ini amat lazat sekali dijilat sehinggakan mepersendakan Allah s.w.t adalah suatu tindakan bijak.

    Cina cina kaki hasut, Melayu/Islam haru Biru.

    ReplyDelete
  12. Dari Munafik kepada Murtad

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa