Monday, March 23, 2015

Manusia terpelajar berikan alasan macam orang bodoh!

Mustahil dia tak faham dan tidak sengan sengaja melakunkan aksi dan tujuan berbuat demikian kerana dia adalah seorang terpelajar dan bukan budak lembam seperti yang ada di luar sini.
Bertaubatlah kapada Allah........manusia tidak ada hak untuk memaafkan kerana menghina hukum Allah!

Saya tak berniat permainkan agama, kata juruhebah BFM
Published: 23 March 2015 2:58 PM
Video YouTube berdurasi 2 minit dihoskan Aisyah Tajuddin mempersoalkan hudud mencetuskan kontroversi selepas beliau menerima ugutan bunuh dan rogol. – 23 Mac, 2015.

Juruhebah stesen radio perniagaan BFM 89.9 Aisyah Tajuddin hari ini meminta maaf atas kata-katanya dalam video mempersoalkan pelaksanaan hudud di Kelantan.
Aisyah berkata tidak berniat menghina mana-mana agama dalam video BFM Projek Dialog BFMKupas‎, sebaliknya hanya mempersoalkan keutamaan pentadbiran kerajaan PAS Kelantan.
"Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf atas kata-kata saya dalam video. Saya tidak ada niat hendak mempersenda. Saya tak pernah berniat nak menghina.
"Saya sedar ramai yang terasa. Disebabkan itu saya betul-betul minta maaf. Saya tidak akan, dalam apa jua keadaan, menghina atau merendahkan mana-mana agama, apatah lagi agama sendiri," kata Aisyah dalam kenyataannya hari ini.
Katanya, ugutan bunuh dan rogol yang ditujukan kepadanya, keluarga dan rakan sekerjanya sejak video itu disiarkan Khamis minggu lalu "amat mengecewakan".
"Rasa lemah dan terdedah kepada bahaya bukan satu pengalaman yang selesa dan bukan seperti berada di Malaysia yang saya kenali," kata Aisyah.
"Pada masa sama, ramai juga yang mencurahkan kasih sayang dan sokongan, baik rakan-rakan begitu juga daripada orang yang tidak dikenali. Untuk itu, saya amat bersyukur."
Beliau juga melahirkan kekesalan liputan mengenai kejadian itu mengalihkan perhatian ramai dari niat sebenar video itu, yang sebenarnya bertujuan merangsang perbincangan mengenai keadaan sosio-ekonomi rakyat Kelantan.
Polis hari ini merekodkan kenyataan Aisyah dan beberapa pekerja BFM berhubung video dua minit itu.
Semalam, New Straits Times Online melaporkan mereka yang di sebalik video itu disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan agama atau kekufuran.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis menerima sekurang-kurangnya 5 laporan selepas video itu diterbitkan, dari mereka yang merasakan ia mempermainkan kepercayaan agama.
"Kami membuat keputusan memanggil penerbit rancangan itu dan penyampainya kerana, selepas membuat permohonan maaf berhubung video itu, stesen itu menjelaskan Aisyah hanya membaca daripada skrip yang disediakan.
"Video itu juga menyinggung perasaan pengikut (di kalangan orang Islam) yang merasakan agama mereka dihina," katanya dalam laporan NST itu. – 23 Mac, 2015.

3 comments:

  1. Aksi lakonanya melebih-lebih.

    ReplyDelete
  2. bincang ekonomi tak perlu buat kenyataan pasai hudud
    lani tak ada hudud pun ekonomi 1m macam mana pulak sudakah ok ka?

    anak kalau tak di didik oleh ibubapa
    pasai ugama dari kecil nila jadinya

    terpelajar tak semestinya tak jahil pasai ugama kalau ugama dipinggirkan

    ReplyDelete
  3. Enak juga sayur kangkung
    Sayur murah juga kangkung
    Hari-hari makan kangkung
    Jadi profesor taraf kangkung

    p/s: pantun ini standard kangkung.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa