Monday, March 23, 2015

PAS boleh balik ke asal - Nik Amar

PAS boleh hidup sendirian – Mohd Amar
 | March 23, 2015
Jika PKR dan DAP terus membantah dan menghalang usaha PAS, tindakan itu tidak akan menguntungkan kedua-dua parti tersebut.
Mohd Amar Nik Abdullah_hudud_300KOTA BHARU: “Andai PAS balik ke asal iaitu bersendirian pun kita terima hakikat, tetapi sejarah membuktikan kita tetap boleh `hidup’ walaupun sudah beberapa kali bersendirian,” kata Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Kata-kata itu juga membayangkan perpecahan dalam Pakatan Rakyat yang  sudah tidak dapat dielakkan apabila masing-masing tidak dapat berkompromi dan mengikut kehendak sendiri.
Lantaran itu beliau beranggapan tindakan PKR mengikut langkah DAP untuk tidak menyokong pembentangan rang undang-undang berkaitan pelaksanaan hudud di Dewan Rakyat kelak, gagal memberi kesan kepada PAS. Malah perjuangan tersebut akan tetap diteruskan.
Mohd Amar turut berterus-terang berkenaan layanan tidak baik yang diterima daripada PKR dan DAP yang menyebabkan PAS disisihkan sehingga terpaksa berjuang bersendirian dalam pelbagai isu.
“Kalau betul PKR pun tak nak bersama kita, kita terima hakikat. Kita tak boleh paksa dia ikut juga. Apa yang penting kita kena teruskan hudud sebab ini memang perjuangan PAS,” katanya, lapor Utusan Malaysia.
PAS kini bersendirian tanpa restu rakan pakatan untuk memperjuangkan pelaksanaan hudud di Kelantan selepas PKR memutuskan mengikut langkah DAP.
Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Biro Politik PKR semalam dan kenyataan mengenai­nya ditandatangani Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta barisan kepemimpinan tertinggi parti itu.
Mohd. Amar yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud dalam pada itu menegaskan, jika PKR dan DAP terus membantah dan menghalang usaha PAS, tindakan itu tidak akan menguntungkan kedua-dua parti tersebut.

21 comments:

  1. Kalau Mat Sabu, Husam Musa, Mujahid atau Salahuddin Ayub yang berkata sedemikian adalah wajar kerana mereka inilah yang bermandikan darah dan peluh bagi mendapatkan dan menguatkan sokongan terhadap PAS di negara ini. Tapi malangnya yang berkata sedemikian adalah manusia yang tak berpeluh pun dan naik takhta dalam PAS hanya melalui "air liur basi" aje. Bagi aku bencinya para penyokong bawahan terhadap Nik Amar dan Ahmad Yaakob ini yang mahu melihat PAS bergabung bersama PR ke Putrajaya dah tak dapat dibendung lagi. Mulut Nik Amar ini bukan sahaja cirit-birit, malah keluar ulat dan bangkai sekali bila "munafik" ini mula mengeluarkan kata-kata. Susah payah pemimpin lain yang bergelumang dengan peluh dan darah, mudah sahaja "munafik" ini menghancurkan segala impian dan harapan penyokong celik PAS.

    ReplyDelete
  2. Hidup tu memanglah boleh hidup. PAS telah terbukti tak pernah mati dari awal ditubuhkan tapi hidup dgn ertikata HIDUP SEGAN MATI TAK MAU ketika bersorangan sblem bergabung dlm PR.

    ReplyDelete
  3. Dah kena game dgn umno...
    Datok TMB kelantan pun faham..kekuatan Pas utk mnghadapi PRU14...pasal tu masih x brani nk istihar kluar PR.

    ReplyDelete
  4. setuju sangat2 dengan pendapat 1cory.aku ni tak tahu nak cakap tiba2 benci sungguh tenguk muka2 golongan ularmak Pas ni.takda perkataan nak tulis tentang bencinya aku pada mereka,kita yang dibawah bersama peminpin profesioanal kena kejar,kena sembur air.kena pukul adan ada yang kena tangkap tiba2 puk.......mak ni enanag je kata Pas nak jadi macam dulu,kepala hantuk kau.ptuiiiiiiii.tak reda duit aku dan tenaga aku selam ni menyolong dan menguatkan Pas.Ulamak jenis apa ni.Setan ke manusia

    ReplyDelete
  5. Berbeza sgt dgn pendekatan arwah TGFN & TGNA..
    kebangkitan PAs waktu tu ckop menakutkn Umno..skrg PAs dah mcm alat umno

    ReplyDelete
  6. Anon 5:46

    Memang betul tu talahan anda. Cuma boleh ditambah sikit lagi iaitu HIDUP SEGAN MATI PUN DALAM REBAN.

    ReplyDelete
  7. Kalau berani sangat nak mencabar antara sesama gabungan PR apa kata PAS Kelantan dibawah pimpinan Mohd Yaakob dan timbalannya denagan presiden yang kalah jawatan MBnya bergabung tenaga denag penyokong masing-masing berhenti sekejab dengan gabungan PKR dalam PRU14 nanti dan bertanding bersendirian tanpa bantuan dari gabungan PR dan semua calun yang bertanding pula sama ada dUN dan MP mesi semua dari PAS saja dan berkempen pula hanyalah dari kalangan PAS saja baik untuk bukan islam dan yang melayu islam yang sudah islam itu mungkin semua akan sokong PAS,lepa itu kita tunggu dan lihat jika benar dakwaan PAS boleh berdiri tanpa sokongan dari gabungan PR maka memang benarlah dan wajib bagi gabungan PR menyokong apa saja usul yang akan dibentang dimasa akan datang,kerana jika kta asyik menuding jari ,kami penyokong PAS bawahan yang mahu melihat perubahan landscape politik malaysia berlaku seperti mana janji-janji pemimpin yang kami pilih keran bukan semua pemimpin dalam PAS bodoh dan benggong hendak mengikut telunjuk seorang presiden yang angkuh lagi pula beliau seorang yang dianggap ulama tetapi memaki hamun dan menjatuhkan maruah pemimpin lain dalam gabungan yang PAS sendiri sertai,apakah sudah tiba masanya PAS merasa kekutan parti telah mengatasi kekuatan sokongan ahli bawahan . kalua itulah tanggapan pemimpin yang tidak pernah berpenat lelah bersama ahli bawahan kita tunggu mas kejatuhan PAS hingga tersembam kebumi bukan sujud lagi.

    ReplyDelete
  8. ek eleh!!!...bila yg diatas tak sekepala mulalah kutuk deras!!!..apa punya olang!!!!...

    ReplyDelete
  9. Nik Amar ini otak tak cerdik

    Tanpa Nik Amar dan Mat Yaakob , PAS msmpu jadi parti politik lebih baik dari IPF


    Malang nya dua dua orang PAS ini masih hidup dalam tempurong kelapa

    Bahalol benar

    ReplyDelete
  10. Kenapalah bercakap tak pakai otak...;ENGKAU nak balik asal pegi jahanam la dengan geng engkau! Kita orang nak terajang rejim yang zalim kepada rakyat ini. Rejim korup yang kau orang idam-idamkan untuk bersekongkol...Munafik!

    ReplyDelete
  11. Pe pun tahniah utk TGHH..TGHD..MB kelantan & TMB Klantan..kerana mnyelamat umno dri isu 1mdb..gst..jet..ekonomi..bla..bla..

    ReplyDelete
  12. Pas lebih direspek bila isytihar keluar dr PR... Semenjak peristiwa TSKI dan hal berkaitan ulamak lately menyebab aku naik benci dgn ustaz pas ni.. Aku syg dgn TGNA dan TGFN tp syg pas ikut ularmak teganu rosk terus ... Dah le pas teganu rosak kerana dia ... Udah le memerentah xpandai ni nak jd tok ketua lg bermasalah... Ni salah org pilih pemimpin.. Ustaz ni xlyk jd umarak.. Layak ngajar je...

    ReplyDelete
  13. Aku sokong Nik Amar, aku sokong Ahmad Yaakub, aku sokong Ulamak, apa nak jadi pun jadilah....aku sokong sampai kiamat.

    ReplyDelete
  14. DAP dan PKR umpama melukut ditepi gantang buat PAS....tanpa PAS, tiada lah kekuatan mereka.

    ReplyDelete
  15. Masa bila pulak geng jebon kerja keras mandi darah? dan masa bila pulak orang bawahan dah meluat tengok muka ulamak? Aku rasa geng jebon dan penyokongnya perasan kuat. lagipun kalau dah menyampah pegi le join PKR dan daPIGS kan ke puas hati macam tu?

    ReplyDelete
  16. Apa guna merintih sayu pada rakan pakatan yg kamu sendiri tidak mahu timbang nasihat yg diberikan, bukankah ada UMNO kesayangan dan harapan baru kamu itu? Mereka(UMNO) inilah yg akan menyelamatkan parti kamu dari tenggelam, tak usahlah nak harap pada PKR & DAP lagi. PKR dan DAP tidak mungkin boleh diajak bercumbu dlm satu selimut dgn UMNO spt yg kamu buat mutakhir ini.

    ReplyDelete
  17. Dah tu LKS nak berUG pulak dengan UMNO tu apa? Bukan bercumbu? Kah!kah!kah....kesian puak2 jebon nih. PKR sah akan ikut DAP berUG dengan UMNO kerana nak tolak hudud....Kah!kah!kah....kelakau la puak2 nih.

    ReplyDelete
  18. Anon 12:19am, betapa bangangnya sesiapa yg percaya LKS nak berUG dgn puak UMNO tu. Dia hanya mengeluarkan kenyataan sarkastik saja, itupun masih ada lagi manusia berDNA bangang boleh percaya?

    ReplyDelete
  19. Pemimpin yg tak pernah terpikir yg Utama
    tewaskan penerintah zalim.
    kezaliman yg Rakyat rasai,
    Hudud tak bermakna jika dibawah pemerintah yg zalim.
    jgn jadi aset penyamun,

    ReplyDelete
  20. Anom 1:35 pm,
    Hebatnya kamu sampai boleh baca isi hati LKS, kamu tinggal serumah dengan kafir tu ke samapi begitu yakin itu adalah kenyataan sarkastik? Kah! Kah! Kah! hebat betul la kamu ni.

    Anom1016am,
    Hudud lah yang boleh menghalang kezaliman, tanpa hudud penyamun akan bermaharajalela, yakin lah dengan hukum Allah SWT.

    ReplyDelete
  21. Anon 1:16pm, apakah tidak boleh fikir maksud perpaduan itu? Jika hendakkan kpd perpaduan sepatutnya libatkan semuanya sekali, bukannya berpilih-pilih! Mengatakan LKS itu kafir tidak menjustifikasikan bahawa anda itu pula islam, ingat tu....
    Hudud jika dilaksanakan oleh pemerintah yg zalim, apakah anda pasti bahawa pemerintah yg zalim itu yakin dgn hukum Allah serta berlaku adil? Jika dia yakin dgn hukum Allah, sudah tentu dia tidak menjadi pemerintah yg zalim! Setinggi manakah ilmu mantik anda untuk mengulas nih???

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa