Tuesday, March 31, 2015

Yang bodoh jadi makanan ler!

Monday, March 30, 2015
Padan muka PAS ditipu hidup hidup oleh Umno!

KOMEN: Padan muka kamu PAS! Itu habuan buatmu kerana bekerjasama dan bermuka-muka seperti juga Umno.
PAS kurang cerdas kerana kali ini mahu bergabung dengan Umno melaksana hukum hudud.

Parti Islam itu ditendang BN pada 1978 selepas Umno mengukuhkan sokongan di kalangan Melayu. PAS pernah bersama Umno selama 4 tahun sebelum dihina sebegitu.


Dan semasa memerintah Terengganu sambil mengekalkan kuasa di Kelantan, Umno tidak memberinya hak royalti minyak.

Tidakkah presiden PAS yang mesra Umno Datuk Seri Abdul Hadi Awang belajar daripada gabungan lampaunya bersama Umno?

Mujur juga bagi rakyat Malaysia, kerana PKR dan DAP tidak mudah termakan tipu helah yang dipasang Umno.

Dalam episod hudud ini, PAS telah sekali lagi ditikam belakang oleh Umno.

Adakah ia memeranjatkan? PAS seringkali terpedaya namun sering sahaja berhelah dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat.

Rakyat Malaysia akan didedahkan bagaimana PAS dan Umno sama-sama menyebabkan kemelut hudud ini tak lama lagi.

Segalanya hampir dijelaskan pada sidang Parlimen pada 26 Mac apabila menteri kerajaan pusat mengesahkan bahawa cadangan pindaan Akta 355 yang mahu diubah kerajaan Kelantan bagi melaksanakan hudud, tidak dibentang ke Majlis Raja Raja.

The Malaysia Insider melaporkan dakwaan Majlis Raja Raja menolak cadangan pindaan yang dibuat kerajaan PAS Kelantan.

“Pindaan tidak dikemukan ke Majlis Raja Raja bagi disokong,” ijar menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Jamil Khir Baharom.

Kenyataan ini menyebabkan ketua penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar menuntut kerajaan pusat menjelaskan mengapa pindaan tidak dibawa ke Majlis Raja Raja.

Suara kemarahan bak halilintar kemudian kedengaran sehingga Mahfuz diarahkan keluar oleh Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamed Said.

“Mengapa tidak dibawa pindaan, sedangkan jawatankuasa teknikal telah bersetuju dengannya? Kerajaan bersetuju dengannya, kini mereka tidak membawa pindaan ke Majlis Raja Raja,” ujar Mahfuz kepada wartawan.

Padan muka kamu Mahfuz.

Pada 18 Mac sidang DUN Kelantan meluluskan pindaan ke atas Enakmen Kanun Jenayah II 1993 bagi membolehkan implementasi hudud di negeri pantai timur itu.

Datuk Seri Abdul Hadi minggu lepas menghantar notis kepada Parlimen untuk satu usul Rang Undang-Undang bagi meminda Akta 355, yang memperkasakan mahkamah Syariah agar dapat menjatuhkan hukuman bagi kesalahan jenayah. Bagaimanapun Menteri Penasihat Undang-undang BN Nancy Shukri berkata, ia tidak boleh dibentangkan untuk sesi semasa kerana ada banyak perkara lain dalam jadual.

Seperti masa lalu, jelas bahawa PAS sekali lagi melakukan perkara sia-sia. Seperti pada tahun 1993 atau kira-kira 22 tahun yang lalu, Kanun Jenayah Syariah II 1993 akan kekal sehelai kertas sahaja di Kelantan.

Apa selepas ini PAS? Di manakah kedudukan politik anda sekarang? Kerajaan perpaduan dengan Umno?

Ternyata bahawa Umno terpaksa, di peringkat Kelantan, menyokong pindaan hudud PAS hanya untuk memecahkan perpaduan Pakatan.

Juga amat nyata bahawa apa yang dikenali sebagai "kerajaan perpaduan" Umno bukannya tentang perpaduan. Pertama, apa yang dimaksudkan dengan perpaduan apabila ia tidak melibatkan rakyat Malaysia berbilang kaum?

Setelah lemah dari segi politik, Umno kini cuba untuk kekal berkuasa.

Umno hanya memikat PAS untuk menyertai mereka dalam BN, seperti pada tahun 1974. Tidak mengejutkan bahawa PAS mudah tertipu sekali lagi, di bawah pimpinan Hadi.

Dengan pemilihan parti PAS tak lama lagi, kemungkinannya agak dapat dibayangkan.

Jika ahli sayangkan parti mereka, mereka perlu menghapuskan pemimpin pro Umno yang hanya tahu bagaimana untuk memalukan PAS kow-kow (dengan teruk).


atsixty

3 comments:

  1. UMNO tipu PAS hidup-hidup, DAP dan PKR je yang tidak tipu PAS hidup-hidup.

    ReplyDelete
  2. aku rasa tindakan pehak atasan pas nak berlembut2 ngam umno itu bukan nak berbaik2..itu tindakan meminta maaf sebab dulu mereka selalu munafik dan kafirkan umno..
    naik buncit perut umno kenyang kena munafik dan kafirkan oleh pas..sekongkang kongkang umno dan pkr mereka berpolitik x munafik dan kafirkan org..masakan mereka nak kafirkan org sedang mereka sendiri sedar yg jalan politik demokrasi dan perlembagaan lord reid itu sendiri ialah jalan yg "samar"..dan ianya telah menghasilkan terlalu ramai pelawak2 politik yg merasakan mereka sedang "serius"..
    bukan pasal nak berbaik2..
    korang cek balik tol x sekongkang kongkang umno dan pkr mereka x mengkafir munafikkan sesama muslim sebagai nyanyian dan makanan..tol x?hehe..

    sekarang je baru pkr start munafik kan pas secara besar2an,apa nak heran pun sebab semua parti politik sekular demokrasi ni sama je perangai..

    wallahuaklam

    ReplyDelete
  3. Pemimpin PAS semua nya bahalol kan

    Tengok muka mereka dan gaya mereka cukup memberi petunjuk!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa