Friday, May 22, 2015

Ada kaki yang terpijak duri ke?

1MDB: Ahmad Zahid sedang siasat individu rakam video di ILMU - Ab Rauf
Astro Awani |Kemas kini:Mei 22, 2015
(Diterbitkan pada: Mei 22, 2015 10:49 MYT)

1MDB: Ahmad Zahid sedang siasat individu rakam video di ILMU - Ab Rauf
AB RAUF: 1MDB: Ahmad Zahid sedang siasat individu rakam video di ILMU - Gambar fail
KUALA LUMPUR: UMNO dalam proses menyiasat individu yang merakam video ucapan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pertemuan tertutup bersama pemimpin di Institut Latihan Memperkasakan UMNO (ILMU) di Janda Baik, Sabtu lalu.

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusuf berkata, siasatan yang diketuai Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu juga dijangka selesai dalam sedikit masa lagi.

"Zahid sedang menjalankan siasatan untuk mencari individu yang membuat rakaman semasa perjumpaan tertutup berkenaan.

"Jelas peraturan di ILMU sudah tidak dipatuhi individu berkenaan, ia merupakan satu kesalahan jika ada yang merakam lebih-lebih lagi menyebarkan rakaman video berkenaan," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.

BACA: 1MDB: "Saya beritahu PM pecat semua ahli lembaga pengarah syarikat" - Muhyiddin

Pada Sabtu, Muhyiddin dilapor meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memecat ahli lembaga pengarah syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Di dalam video itu, Muhyiddin turut menyeru supaya polis menyiasat syarikat itu.

Dalam pada itu kata Ab Rauf, peserta program di ILMU seharusnya sudah sedia maklum peraturan dan garis panduan di institut berkenaan.

"Sudah jelas di ILMU tidak boleh ada sebarang rakaman dibuat, jadi penyebar video itu sudah dianggap melanggar undang-undang," ujarnya.

Sementara itu tinjauan Astro AWANI ke laman Facebook ILMU mendapati beberapa mesej bergambar termasuk 'selfie' turut dicatat di laman berkenaan.

3 comments:

  1. Zahid pun takut BON BON

    Apa nak jadi

    Tak belajar ke ?

    JJ Bilionaire pon dah KIOK

    ReplyDelete
  2. Muhyiddin pun silap juga, mengapa tidak dibuat perjumpaan tersebut ketika menaiki jet eksekutif yg baru dibeli itu? Tarak akai punya worang!!! Opss baru teringat, jet itu untuk kegunaan Najib dan Rosmah shj, hah hah hah hah hah.....

    ReplyDelete
  3. Kalau tertutup tetapi langkah seterus nya di ambil tepat dan menyelesaikan isu ok jugak lah. Tapi selalu nya tertutup sampai isu tu basi.

    Lagi satu. Ini mesyuarat pemimpim kan bukan ketua cawangan. Bercakap lah macamana apa tindakan yang perlu di pertimbangkan. Pasal pecat suruh polis siasat biarlah ketua cawangan yang buat pertemuan. Apa tak boleh?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa