Friday, May 22, 2015

Siapa perlu berundur?

Siapa perlu berundur, Muhyiddin atau Najib?
 | May 22, 2015
Susulan pendedahan video yang menyiarkan luahan hati Muhyiddin, MKT UMNO diminta mengadakan mesyuarat tergempar bagi menentukan nasib Timbalan Presiden itu.
zam,muhyiddin,najibPETALING JAYA: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO perlu mengadakan mesyuarat tergempar susulan pendedahan klip video luahan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap kepimpinan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pandangan itu diberikan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang mempersoalkan ikrar yang dibuat kepimpinan tertinggi parti itu kepada Najib sebelum ini.
Katanya, mesyuarat tergempar ini juga perlu diadakan bagi membincangkan sama ada Muhyiddin wajar dipecat seperti yang dilakukan oleh MKT ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad pada 26 September 1969 setelah Presiden UMNO pada masa itu, Tunku Abdul Rahman Putra mendedahkan ada pihak pelampau yang hendak merampas kuasa dalam parti.
“Sekiranya Muhyiddin tidak dipecat, maka jalan penyelesaian mestilah dicari bagi memastikan kesepaduan UMNO jika salah seorang; iaitu Muhyiddin atau Najib terpaksa berundur”, tulis Zainuddin di blognya, zamkata.blogspot.com.
Jelasnya, kenyataan Muhyiddin ini walaupun secara tertutup tetapi video mengenainya yang terdedah serentak dengan pengumuman Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat menjadi viral yang lebih menarik perhatian rakyat daripada pembentangan rancangan pembangunan lima tahun itu.
Berdasarkan kenyataan Muhyiddin, ia membuktikan tidak ada perpaduan dalam parti menghadapi ancaman Tun Dr Mahathir, 1MDB, krisis politik dan ekonomi.
Menurut Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Zam, pendirian tegas Timbalan Presiden UMNO mengenai 1MDB tidak boleh diperkecilkan kerana beliau juga mempunyai pengaruh yang kuat dalam parti. Ia telah menimbulkan kegemparan dan menggoncang keyakinan dalam UMNO dan juga di kalangan rakyat.
“Muhyiddin tidak lagi dapat berselindung di sebalik sehelai lalang atas sokongannya terhadap Tun Dr. Mahathir yang mahukan kekotoran 1MDB dibersihkan sebelum wabaknya menghancurkan UMNO dan kerajaan.
“Kenyataan Muhyiddin, bahawa Najib tidak mahu dengar cakapnya mengesahkan cakap-cakap Tun Dr. Mahathir dan juga beberapa pihak, bahawa Najib tidak mahu dengar cakap orang.
“Keraguan rakyat terhadap kesepaduan pucuk pimpinan dan kestabilan parti berkuasa tidak boleh dibiarkan terus berlaku sehingga Pilihan Raya Umum akan datang, kerana wabaknya sedang merebak melibatkan kestabilan ekonomi negara dan juga masa depan UMNO,” komennya sebelum mengakhiri entri berkenaan.

7 comments:

  1. Orang Melayu mana ada ber tanggung jawab

    Ada hutang tak nak bayar

    Takde duit menipu orang pulak

    Sudah buat TAIK ber tanggung jawab lah

    Hidup sekali tak kan nak masok neraka bila KIOK pulak

    1MDB siapa punya TAIK ????

    Kalau tak de 42 Bilion duit poket sendiri , pencen lah....

    Tak elok kalau orang lain ikut

    Ulamak HADI sudah ikut macam Najib

    Apa nak jadi dengan Orang Melayu ini ???

    Yang tidak cerdik nak di ikut pulak

    Ini Ajaran NABi SAW ke ????

    ReplyDelete
  2. NAJIBBBBBBBBBB...........

    ReplyDelete
  3. Baru menyesal.

    Alangkah baik jika Anwar Ibrahim tak di penjarakan. Mata dan akal semua tertumpu pada Anwar Ibrahim dan tidak pada UMNO. Ketika Anwar Ibrahim tidak dipenjarakan UMNO bersatu-padu dan sehati sejiwa untuk menghadapi Anwar Ibrahim. Dan bila Anwar Ibrahim tidak ada maka tepatlah yang hilang berganti.

    Tempat Anwar Ibrahim di ganti oleh Najib sendiri.

    ReplyDelete
  4. Kalau buat pun bukan tergempar lagi dah. Dah terlambat. Kalau selepas di dedahkan selewat-lewatnya dua hari dah mesyuarat. Ini tidak, dah buat rundingan pujuk memujuk ugut mengugut dan masing masing atur langkah sendiri baru lah nak bermesyuarat.

    Agaknya pemimpin UMNO tak ada kerja kot. Keluar mesyuarat biasa lah masalah dan salah faham telah diselesaikan. Kita akan mengambil tindakan yang telah di persetujui. Apa jamin kesudahannya tidak seperti dulu?

    ReplyDelete
  5. bila rakyat bersuara, mungkin ok lagi kalau nak buat tak reti.

    tapi kalau dah timbalan sendiri yang bising, siap sound deret lagi..mana tak panas punggung :)

    ReplyDelete
  6. Sebusuk mana pun umno masih ada yg berhajat nak bersatu dan tgh brusaha utk mendapat tempat d hati pimpinan tertinggi umno.

    ReplyDelete
  7. Tak perlu kedua2nya undur.. pru14 kite undurkan kedua2nya dan Umno sekaligus..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa