Wednesday, May 20, 2015

Najib pun tumpang buat lawak!

Sepatutnya Najib luahkan kesedihan untuk rakyat
BR1M RM300.00 tiga kali bayar = RM900.00
GST 6% sentiasa kena bayar tak kira bila nak masa bila membeli
Tapi.......adakah 6% ke atas harga asal?
Aku rasa tidak....cuba korang tengok dalam N3 aku kat sini
Aku tengok senyum Najib pun nampak pelik

PM 'sedih' kena GST bising, dapat BR1M senyap
mk - 10:34AM - 19 May 2015

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak "sedih" dengan orang ramai yang ‘bising’ apabila dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) namun ‘senyap’ selepas menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

“Kita harus memahami bukan hasrat kerajaan mahu susahkan rakyat, kita perkenalkan GST dengan menambahkan BR1M umpamanya sebanyak RM300, malangnya bila dah dapat duit banyak yang senyap.

“Sebaliknya kalau barang naik sikit, timbul rungutan. Kita dah sedar ada sedikit sebanyak kenaikan harga tetapi ada timbal balasnya yang diberikan kerajaan melalui kenaikan BR1M, pengurangan cukai pendapatan satu hingga tiga peratus, pengurangan cukai korporat dan sebagainya,” katanya.

Najib berkata demikian dalam perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya pagi ini.

Perhimpunan bulanan itu turut di hadiri Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan; Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah; Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan kakitangan kementerian itu.

Najib turut mengakui menerima rungutan mengenai GST dari rakyat dan pantauan perlu diambil bagi menangani masalah itu.
“Untuk mengetahui rungutan mereka (rakyat) itu ada asas ataupun disebabkan pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan.
“Umpamanya kalau dulu sesuatu barangan itu dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tapi bila SST dimansuhkan diganti dengan GST sepatutnya mereka (penjual) kurangkan harga dan tambah enam peratus tetapi mereka telah kekalkan harga dan tambah enam peratus,” katanya.
Jelasnya lagi, beliau meminta pihak berkuasa memantau kes seperti ini dan menghadapkan mereka yang bersalah ke muka pengadilan dengan kadar segera.

14 comments:

  1. Masf yea , sudah rupa macam MAYAT HIDUP

    Itu jadi nya bila HiDUP TAK BERKAT

    Firaoun pon sudah KIOK beribu ribu tahun dulu

    ReplyDelete
  2. Xpa bang jib... Ulamk pas ada depa pun okong gst jgk.. Bg depa gaji depa dah naik.. So peduli apa pada rakyat... Kesian rkyat nk tumpang pas tp perangai sebiji amno...

    ReplyDelete
  3. Saya dah jelak bila dengar perkataan "akan memantau" drp puak umno ni. Sekarang saya dah naik geli bila perkataan itu diulang semula.

    ReplyDelete
  4. Minta harun din jelas sikit pasal gst ni.......halal ke haram....memang haram jadah lah kalau nak bagi chance najib merintah lagi........jelas pembohongan nya.....

    ReplyDelete
  5. Najib jgn risau sgt...tn guru hadi dah buka buah jurus...dia dah bgtau benci Dap satu kemanisan sbb tolak hudud...
    Tapi tn guru ttp syg Mca, Mic & Umno....walau tolsk hudud. Pengikut tn guru hadi akan wala ...
    PRU14...najib bole menang lagi....

    ReplyDelete
  6. Makanlah kangkong, boleh didapati ditepi parit x kena GSTpun.X payah marah kera jaang bila harga kangkung naik dan kenapa x puji kera jaang bila harga kangkung jatuh.
    Brim bukan semua orang dapat, dulu yg pernah dapat dah x dapat.banyak org lagi yg x dapat brim nak beli breeze pun x mampu nak basuh pakaian.

    ReplyDelete
  7. Kau geli dengan umno aku lagi geli teliga dan mata bila lihat dan dengar apa peminpin UG pas berkta.naik pening dibuatnya.dia bercakap dia tak tahu apa yang sednag diperhati oleh masyarakat umum.Ketua UG pun macam lawak.

    ReplyDelete
  8. Tumpang ayat hadi ping' tolong jangan buat kenyataan TOLOL'

    Bapak dan menantu dah biasa bahasa kesat d rumah dan di masjid

    ReplyDelete
  9. Kalau camtu cancel saje BR1M tapi GST mesti cancel gak. Kaw tim?

    ReplyDelete
  10. Ds Najib...mmg hebat. TGHH dan grup UG dah mula buat keja utk umno..
    Tu yg buat Tun melompat..sbb dia pon dulu x mampu nk buat...

    ReplyDelete
  11. anon May 20, 2015 at 9:23 AM...

    mengata dulang paku serpih...

    korang dulu yang tolong amno, kan?

    sekarang ni pun aku tengok korang pulak yang beria-ia ulang balik kata-kata yang pernah dilemparkan tdm kepada ulama pas, dah tak perasan ker?

    ReplyDelete
  12. anon May 20, 2015 at 4:21 AM...

    aku pun dah penin dengan korang nih...

    kata benci amno, benci tdm...

    tapi sekarang ni aku tengok korang pulak yang beria-ia ulang balik kata-kata yang pernah dilemparkan tdm kepada ulama pas...

    ReplyDelete
  13. SST taak di hapuskan sebab benda lain yang mereka guna kena GST. Bermakna kita kena bayar GST dan SST.

    Kita semua ada bayaran tetap bulanan seperti pinjaman bank credit card utilities. Jualan akan menurun maka keuntungan akan menurun pendapatan mereka menurun. Untuk mengimbangkan nya mereka masukkan SST supaya berapa mereka dapat bulan lepas macam tulah mereka dapat selepas GST

    ReplyDelete
  14. Sebelum TDM kembali ke hal hal Najib dan keadaan semasa kita orang dah lemparkan kata-kata pada ulama.

    Masa isu MB Selangor Mahathir ketika itu tak aktif macam sekarang tapi masa itu kita orang dah belasah kutuk ulama.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa