Friday, June 26, 2015

Mahathir dah angkat 'bendera putih'?

Benarkah Tun M mengaku kalah kepada Najib?
 | June 26, 2015
Isu seperti 1MDB bukan lagi senjata yang tajam kepada bekas Perdana Menteri itu menyingkirkan Najib.
mahathir_najib_see_600
PETALING JAYA : Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sudah mengaku kalah apabila menyedari keadaan tidak lagi memihak kepada dirinya untuk terus menekan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.
Mengulas mengenai dakwaan berkenaan, bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin berpandangan isu seperti 1MDB bukan lagi senjata yang tajam kepada bekas Perdana Menteri itu menyingkirkan Najib.
Sebaliknya menyerahkan kepada rakyat untuk menghukumnya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
“Baginya, oleh kerana Najib terlalu ingin bergayut pada kerusi Perdana Menteri itu dan hasil siasatan PAC nanti barangkali turut memihak kepada kerajaan, maka biarlah hukuman sebenarnya diterima dalam pengadilan rakyat dalam pilihanraya nanti,”tulisnya di entri shahbudindotcom.blogspot.com
Jelasnya lagi, Mahathir merasakan keputusan yang bakal dibuat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB juga tidak akan memihak kepada dakwaannya.
Berdasarkan faktor-faktor tertentu, beliau dikatakan telah hilang keyakinan dan tidak lagi menaruh harapan tinggi terhadap kemampuan badan itu menyelongkar kesalahan dalam syarikat pelaburan yang bermasalah itu.
Selain mendakwa PAC hanya bersandarkan akaun yang boleh dimanipulasi, Tun Mahathir juga menyifatkan ia sebagai berat sebelah kerana salah seorang anggotanya Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua cenderung kepada pembangkang manakala ramai yang lain memihak kepada UMNO.
“”Lebih baik tidak perlu diadakan audit atau pendengaran PAC dan UMNO serta Perdana Menteri boleh terus kekal berkuasa sehingga pilihan raya akan datang,” petik Shahbudin daripada kenyataan Dr Mahathir.
Oleh itu, beliau dikatakan menyerahkan kepada faktor masa untuk menghukum Najib.
Peluang itu seakan ada selepas kemunculan Pakatan 2.0 yang disokong oleh sebuah parti Islam baru dan NGO-NGO.
“Lagi lama Najib mahu bertahan, bukan saja rakyat makin menolaknya, bahkan semakin ramai pengundi BN sendiri makin meluat kerana hari demi hari hampir tiada lagi yang selamat dibawah pimpinannya,” tulis Shahbudin mengakhiri blognya.

2 comments:

  1. apa yang hendak dihairankan bukankah najib anak didik mahadey sendriri untuk putar belit itulah yang dikatakan babap borek anak rintik tapi rintik najib lebih terserlah dari mahadey cerah masa depan malaysia selagi najib bertahkta dan rakyat semua jangan takut susah sebab semua akan keperluan akan dicukaikan bukan setakat yang ada sekarang GST (Gila Sampai Tua).

    ReplyDelete
  2. Kala TUN MAHATHIR serah kalah , yang rugi besar hanya Rakyat Orang Orang Melayu miskin papa kedana tak de duit

    Kena tanggung Najib Anak Bini enjoy sakan 42 Bilion

    Tun Mahathir anak anak cucu semua kaya raya susah apa kesah.


    Orang Melayu saja jadi BODOH

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa