Friday, June 26, 2015

Polis halang SPRM siasat?

Polis halang SPRM siasat dakwaan rasuah di IPD Sepang

Astro Awani |Kemas kini:Jun 26, 2015
(Diterbitkan pada: Jun 26, 2015 00:07 MYT)

Polis halang SPRM siasat dakwaan rasuah di IPD Sepang
Menurut kenyataan itu, sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, SPRM menjalankan fungsi yang diperuntukkan mengikut Akta SPRM 2009 dengan bebas, telus dan profesional. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendakwa berlaku salah faham ketika seorang pegawainya sedang menyiasat satu dakwaan serahan wang rasuah yang sepatutnya dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah, Sepang pada Selasa.

Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob, dalam satu kenyataan pada Khamis malam, menjelaskan sebaik sahaja tiba, pegawai SPRM itu menahan seorang pegawai di IPD tersebut.

Tindakan itu menyebabkan berlaku salah faham antara pegawai polis terbabit dan pegawai SPRM berkenaan.

Bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini, pegawai SPRM itu diarahkan untuk meninggalkan IPD tersebut. Sehubungan dengan kejadian tersebut, satu laporan polis dibuat pada Rabu oleh SPRM.

Berikutan kejadian itu, pengurusan SPRM mengadakan perbincangan dengan pengurusan Polis Diraja Malaysia.

Menurut kenyataan SPRM, agensi kerajaan tesebut hanya menjalankan fungsi yang diperuntukkan mengikut Akta SPRM 2009 dengan bebas, telus dan profesional.

Astro AWANI difahamkan wang perangkap sejumlah RM10,000 dibawa oleh isteri suspek yang ditahan oleh pihak polis.

2 comments:

  1. Manakomen ketua ulasan twitter selalunya mengucakan syabas pabila polis berjaya menangkap atau membunuh penjenajah takkan twitter dah jam dengan arahan.

    ReplyDelete
  2. MAT KAMPAU LAGI POWER!!!!!!!!!!

    BAPAK SEGALA MAT KAMPAU MAIN BILION BILION MANA ADA BOLEH USIK

    Yang SECOIT itu kira mainan saja

    Tanda tanda BANGSA BAHALOL ialah ada nya MAT KAMPAU YANG JUGA PAKAI SONGKOK

    JOM 1KUBOR !!!!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa