Wednesday, August 26, 2015

Bai'ah yang haru: Nik Aziz kata "Benda ni tak ada dalam kepala saya" - Harakah 10 November 2009

Nik Aziz kata tak pernah dengar ada bai’ah
 OLEH HAMDAN OTHMAN DI KUALA LUMPUR - 26 AUG 2015

Entah siapa yang betul entah siapa yang salah tentang isu bai’ah iaitu aku janji yang dibuat oleh pemimpin Pas kononnya jika ingkar akan tercerailah isteri yang dinikahi selama ini dengan talak tiga.
Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang dan kepimpinan yang lain tetap mempertahankan bai’ah tidak boleh dipandang remeh mana-mana ahli Pas yang telah melakukannya.
Namun bagi ahli Pas yang menubuhkan Gerakan Harapan Baharu (GHB), mereka yakin bai’ah yang pernah dilafaz dulu bukanlah seperti yang diberitahu Hadi.
Persoalannya, siapa yang boleh mengesahkan hukum bai’ah yang Hadi dan kumpulan GHB pertahankan mengikut ideologi masing-masing?
Kalau mengikut kata-kata mantan Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, seperti yang tersiar dalam Harakah 10 November 2009, beliau mendakwa isu bai'ah menceraikan isteri dengan talak tiga, segaja ditimbulkan oleh pihak yang dengki kepada Pas.
Kata Allahyarham, perkara itu tidak ada dalam pengetahuan beliau dan tidak pernah kedengaran di negeri Kelantan.
"Benda ni tak ada dalam kepala saya, tidak ada bai’ah -bai’ah (talak tiga) ni, tidak ada bunyi khabar pun benda ni di Kelantan," katanya.
Isu tersebut dakwa Allahyarham dicetus pihak sekular anti Islam yang berusaha mencari jalan untuk menggugat kedudukan Pas yang sedang berkembang menjadi sebuah parti Islam yang diterima semua kaum sudah pasti dicemburui oleh pihak lawan.
Yang ada ujar Allahyarham sekadar bai'ah biasa bagi menunjukkan taat setia seperti akujanji yang dilaksanakan terhadap kakitangan awam.
"Mana ada parti ke, kakitangan kerajaan ke yang tak buat bai'ah ni… macam akujanji lah, semua ada buat tapi tak sampailah bai'ah taklik.
"Kita kahwin dengan orang pun ada tanda tangan, ijab qabul, qabul tu bai’ahlah," kata Allahyarham.
Selain Nik Aziz, mantan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali sebelum ini juga menafikan wujudnya bai'ah taklik tersebut dan beliau diberi tanggungjawab untuk menyiasat dakwaan tersebut.
Melihatkan apa yang dikatakan oleh Nik Aziz, mungkin kebenaran berpihak kepada kumpulan GHB.
Namun bagi Hadi, beliau tetap dengan pendiriannya yang meletakkan bai’ah sebagai penghalang untuk mana-mana pemimpin Pas agar tidak sewenang-wenangnya meninggalkan parti.
Persoalannya tetap satu, siapa yang betul? - MalaysiaGazette
# aku tambah - Aku dah tanya Dato' Wan Rahim Penyelaras GHB Kelantan dan beliau mengesahkan yang bai'ah memang ada dan berlaku

5 comments:

  1. Abe

    Baiah dalam PRU 13 is a non issue sekarang. Ada pemimpin PAS nak guna untuk tujuan polituk sahaja sekarang apabila ada Adun dan MP PAS yang dimangsakan oleh puak ini dalam pemilihan lepas. Ini kes nak cover perbuatan khianat mereka sesama jemaah.

    Parti-perti lain juga buat baiah atau akujanji calon juga. Parti lain pun akan bangkit isu pengkhianatan juga bila ada Adun atau MP mereka lompat parti.

    Tu yang saya kata non issue. Dalam isu baiah calon PAS dalam PRU 13, baiah itu bukan kepada PAS tetapi baiah kepada PR. PAS sebagai parti xberatnding dalam PRU 13. Yang bertanding adalah calon2 PAS bertanding diatas platform dan menifesto PR. Begitu juga calon2 dari PKR dan DAP.

    Baiah yang diangkat oleh calon PAS itu untuk mengelak Adun dan MP PR dari PAS melompat meninggalkan PR. Bila Adun atau MP PR dari PAS lompat, ia merugikan PR dan lebih besar menjejaskan kepentingan PAS dalam PR. Jika ramai Adun atau MP PR dari PAS melompat, kekuatan dan kedudukan PAS dalam PR tergugat berbanding dengan PKR dan DAP. Itu hakikat baiah PAS dalam PRU 13 yang lalu.

    DAP dan PKR pun bertindak mengikat calon2 mereka dengan aku janji juga yang sama tujuannya dengan baiah calon2 PAS.

    Hari ini TITM cuba memperbodohkan ahli2 PAS bila mengatakan calon2 PAS bertanding diatas nama PAS s3bab PR tidak berdaftar seperti BN dgn ROS. Beliau bertanya kalau bertanding atas nama PR, mana logo PR?

    Saya dah jawab isu logo PR sebelum ini. Tindakan TITM ni hendak memperbodohkan Ahli PAS je.TITM pun tahu hakikat yang saya sebutkan s3belum ini.

    ReplyDelete
  2. kadang kadang kita pun terlebih lajak
    sibuk cakap benda yang remeh
    berapa ramai yang ikut janji yang diucap dalam setiap solat 5 waktu
    lepas solat lain yang dibuat
    ini perkara besar buka main main
    tapi ramai orang buat buat tak kesah
    bab solat pun ramai yang tak lepas
    macam mana nak terlepas dari neraka
    sendiri jugak mau ingatla

    ReplyDelete
  3. aku sangat teruja nk dengar pendapat muslimat pas dlm hal nie...dari dulu lagi...kegagalan muslimat memberi komen dlm hal ini agak sukar dlm posisi d malaysia ini utk muslimat bergerak kedepan dlm memartabatkan wanita yg sememangnya ada dlm islam...

    ReplyDelete
  4. klu alim ulamak dah m ula merapu,umat islam akan keliru,sbb tu aku selalu kata ulamak tu pewaris nabi,tapi bila ulamak dah mula menyesatkan,maka jgn di ikuti ulamak2 tu,hampir kesemua ajaran2 sesat ni ada din asaskan org bergelar ulamak,jabariah,qadariah,muktazilah,qadyiani dan mcm2 ajaran yg di fatwakan oleh ulamak2 ahlusunnah di takrifkan sesat....aku tak berani nak kata sesat,sbb klu mereka tak nsesat,fatywa sesat akan kembali pada kita semula....oleh krn ulamak2 ni kadang2 menjadi songsang m aka org2 jahil ni akan bertambah2 songsang....sep[atutnya ulamak le yg membimbing kita....sebab ...ALULAMAK WARISATUL AMBIYA

    ReplyDelete
  5. Baiah telah termansuh bila Hadi mengeluarkan kenyataan yang menghalau ahli yang tak sehaluan supaya keluar dari PAS dan tubuh parti baru. Baiah telah dilanggar oleh Hadi sendiri.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa