Wednesday, August 26, 2015

Tak ker kelu jadinya Zahid?

Sebab ini diaRM2.6 bilion bukan derma, duit 1MDB, kata Dr Mahathir

Dr Mahathir cabar Zahid dedah siapa penderma Arab
TMI - Published: 26 August 2015 6:48 PM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dicabar Tun Dr Mahathir Mohamad supaya dedah identiti penderma RM2.6 bilion ke akaun perdana menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Ogos, 2015.

Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan kritikan lantangnya terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan kali ini menyerang timbalannya berhubung kenyataan mengenai penderma dari Timur Tengah yang didakwa memberi RM2.6 bilion kepada Najib.
Melalui laman blognya, bekas perdana menteri itu mencabar Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan siapa penderma itu memandangkan beliau sebelum ini mengakui bertemu dengan wakil "keluarga" dari Timur Tengah itu
"Timbalan perdana menteri yang baharu berkata, beliau sudah berjumpa dengan orang Arab yang memberi derma tersebut.
"Jadi biar beliau buktikan orang Arab ini ada duit yang banyak untuk diberi kepada Malaysia dan banyak negara lain.
"Negara mana. Dari mana sumber duit itu. Apakah perniagaan yang dilakukannya. Apakah nama bank yang digunakannya.
"Tunjukkan akaun dia dalam bank, cek yang dikeluarkannya, khususnya wang AS$700 juta itu. Bank penerima bank sepatutnya memegang cek tersebut," katanya dalam posting terbarunya hari ini. – 26 Ogos, 2015.

8 comments:

  1. Jangan buat komidi lagi sudah la...
    Baru ni buat komidi tak menjadi..
    bikin malu saja

    ReplyDelete
  2. zahid komidi dah hilang lidah.

    ReplyDelete
  3. minta jelas tak mau jelas
    banyak kilas
    ikang kepala busuk

    ReplyDelete
  4. Komidi ni yg nak guling kerajaan....lawak

    ReplyDelete
  5. Kau org semua kat atas ber3 ni tau tak...Zahid ni bakal jadi org No 1 kat Msia dan kita semua bakal berPMkan dia. Kau org boleh bayangkan tak mamat bangsat kaki pembelit@kelentong ni jadi PM kita... padan muka aku dan kau2 sekali dpt PM kaki pembelit@kelentong.

    ReplyDelete


  6. Komedi yang memperbodohkan lebih tepat mebangsat kan diri nya sendiri.

    Najib boleh dedahkan pulak kepada Zahid siapa penderma tersebut tetapi tidak pada Muhyiddin bila di persoalkan dari mana sumber duit tersebut.

    UMNO tidak ada masalah sekiranya Najib memberitahu Muhyiddin siapa yang dermakan duit tapi sebaliknya Najib memecat Muhyiddin.

    Lawak pun ada lawak Bangsat !!

    ReplyDelete
  7. Memang bangsat pun malaon ni...penyamun macam cita p ramlee

    ReplyDelete
  8. Malaysia No.2 Wild"KAMIDI"
    Rakyat Malaysia dan Ahli2 UMNO wajib berfikir semasak masaknya jika mahu melantik PM baru.

    1. Pernah disabitkan di Mahkamah kes PERGADUHAN di Country Height,Kajang. Dan kes selesai di LUAR MAHKAMAH. itu baru Menteri Kalau jadi PM ........?

    2. Baru naik pangkat menjadi TPM, Malam seterusnya sudah Makan Malam bersama PM. Yang mana PM bertandang kerumah beliau. Selepas itu muncul kenyataan baru Sedut Ketot PM yang mana ada group kepimpinan tertinggi UMNO ingin guling KERAJAAN. Sedangkan kes Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pertemuan tertutup bersama pemimpin di Institut Latihan Memperkasakan UMNO (ILMU) di Janda Baik dan video tersebar, dan Zahid pun ada sama.

    Rakyat Malaysua dan Ahli2 Umno tolong fikirkan la yaaa...!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa