Monday, September 14, 2015

Gabungan PR 2.0: Betulkah mereka tak bincang?

Pertemuan PKR-Pas tak bincang gabungan PR 2.0
MOHD HAFIZ ISMAIL
14 SEPTEMBER 2015
Tuan Ibrahim Tuan Man

PETALING JAYA - Ketika tumpuan masih terarah kepada kemungkinan Pas akan turut serta dalam PR 2.0, pemimpin parti itu hari ini berkata pihaknya akan kekal sebagai parti pembangkang kepada BN sekali gus menjadikan ia kekal teka-teki.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, perjuangan Pas masih sama seperti parti pembangkang lain seperti PKR, DAP dan Parti Pekerja Malaysia untuk menumbangkan Umno.

"Tugas kita adalah untuk menumbangkang kerajaan BN dan itu adalah matlamat kita," katanya ketika ditemui pemberita selepas pertemuan dengan pemimpin PKR, petang tadi.

Takiyuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasil pertemuan dan mesyuarat dengan PKR.

Menurut Takiyuddin, konsensus yang dicapai sewaktu pertemuan tersebut adalah Pas, PKR, DAP dan Parti Pekerja Malaysia berada di blok pembangkang.

"Tidak ada gabungan formal, namun kita semua dalam satu blok pembangkang

"Kita semua masih pembangkang dan tidak ada pemimpin yang menyeberang ke BN," katanya.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata, penyertaan Pas dalam PR 2.0 masih dalam proses perbincangan.

"Belum ada sebarang konsensus. Buat masa sekarang kita berbincang perkara-perkara yang lebih penting dahulu.

"Isu penting negara seperti isu jerebu, bajet dan ekonomi. Itu yang kita utamakan," katanya.

Katanya lagi, Pas masih menjalankan kerjasama baik dengan PKR.

"Hubungan kita dengan PKR masih diteruskan tetapi dengan parti-parti lain belum diputuskan," katanya.

Sementara itu ketika diajukan soalan mengenai tindakan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar yang melompat parti dari Pas ke PKR, beliau berkata, perkara itu telah berlalu dan melupakan perkara berkenaan.

"Dalam pertemuan, kita tidak ada bincang mengenai perkara tersebut.

"Pertemuan petang ini sangat baik dan postif," katanya.

5 comments:

  1. APA DAH JADI DENGAN UG? DAH SEDAR KE KENA MAIN DENGAN UMNO?

    ReplyDelete
  2. PAS....lupa kan PR. PKR harap sepenuhnya undi cina dan sokngan undi melayu dari penyokong PAS. Kalau PAS tinggalkan PKR mereka akan lenyap atau tinggal cina saja. DAP memang dah bolot undi cina. Undi melayu dikongsi oleh Umno/PAS.

    Biar PKR sendirian. Setidak tidaknya maruah tak tergadai. Kalau umno ajak jadi gang buat minta syarat supaya Islam diberi keutamaan.

    ReplyDelete
  3. Pas kata nak tumbangkan BN..Presiden Pas kata Pas bertanding bukan nak menang dlm pilihanraya..kalau gitu macam mana BN nak tumbang..sggh mengelirukan...tak faham la dgn geng2 ni...

    ReplyDelete
  4. kemenangan besar yang kekal adalah bila kita dilepaskan oleh Allah dari adzab neraka
    maka beramalah ke arah jalan ke syurga sebelum kita dicabut roh oleh
    malaikat yang diperintahkan oleh Allah bila bila masa saja
    maka tinggalh segala apa yang kita kumpul kat dunya ini
    anak anak harta benda itu hanyalah ujian bagi kita
    siapa lalai rugilah dikahirat nanti
    modai diakhirat mesti dikumpul didunya ini sebelum kita dimatikan

    ReplyDelete
  5. Kamaruddin lompat..korang kata dah lupa.. dah berlalu. Dr Hatta masuk PAN... Amar Yaakob mcm org meroyan suruh cerai isteri. Pemimpin PAS lain pun ikut menyalak. Ada juga bai'ah terpilih dlm PAS atau sebab Kamaruddin ni orang Kelantan mcm Amar Yaakob...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa