Monday, September 14, 2015

Kes Altantuya: Adakah akan dibuka semula?

Kes Altantuya boleh dibuka semula jika ada bukti baru, kata Musa Hassan 
Published: 14 September 2015 5:03 PM
Bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan berkata bukti baru berkaitan kes pembunuhan Altantuya Shariibuu termasuk dakwaan baharu dari dokumentari Al Jazeera yang dianggap tidak semuanya sama dengan siasatan polis sebelum ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 14 September, 2015.

Kes pembunuhan Altantuya Shariibuu boleh dibuka semula sekiranya terdapat bukti baru berkaitan dengannya, kata bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan.
Bercakap kepada wartawan pada satu sidang media di Kuala Lumpur, Musa berkata ia termasuk dakwaan baharu dari dokumentari Al Jazeera yang dianggap tidak semuanya sama dengan siasatan polis sebelum ini.
"Boleh buka semula kalau ada petunjuk baru dan kalau ada keterangan baru," katanya yang mendakwa begitu banyak tokok tambah mengenai kebenaran kes Altantuya dibangkitkan semula ketika ini.
Beliau menyeru agar saksi-saksi kejadian tampil membuat laporan polis sekiranya mempunyai petunjuk baharu dan bukannya menggunakan saluran berbeza.
"Itulah saya minta sesiapa maklumat lanjut yang boleh tunjuk dan sila buat laporan polis.
"Sesiapa yang ada petunjuk tertentu yang boleh menunjukkan bahawa ada orang lain terlibat saya harap buat laporan pada polis, jadi polis boleh menyiasat sama ada tuduhan benar atau tidak," katanya yang menjadi ketua polis negara ketika warga Mongolia itu dibunuh pada 2006. – 14 September, 2015.

2 comments:

  1. mamat ni pun belit jugak
    saja buat menyibuk
    sapa padam rekod tu kan sempoi saja punay kerja kalau betoi mau
    tunjuk betoi
    ada tak matjib pi jumpak dia
    manusia ada naluri ingin tahu pasai pa dalam mahkamah naluri itu
    dipaksa tak boleh tahu
    1man develop bullshit

    ReplyDelete
  2. Ini pun kawanan pau pau pau

    Mat Kampau !!!!!!!!!!!!

    Saksi betul betul datang

    Tetiba saja

    Kabommmmmmmmmmmmm!!!!!!!!!!

    KIOK!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    Budaya pau pau pau Mat Kampau lah........

    Susah kalau nak kaya be gaya lepas pencen aper.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa