Thursday, October 22, 2015

Akhir-akhir ni ramai sungguh badot muncul

Permintaan Speaker tidak masuk akal -Anina

 | October 22, 2015
Ia seolah-olah membawa maksud perlu diadakan punggutan suara terlebih dahulu sebelum BN mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU).
anina_Pandikar-Amin-Mulia_600
PETALING JAYA: Anina Saadudin membidas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana membuat kenyataan pelik dan sukar diterima akal yang waras.
Pandikar Amin meminta pihak pembangkang mengemukakan senarai nama ahli parlimen yang tidak menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memberi tekanan kepada kerajaan untuj membolehkan usul undi tidak percaya dibahas.
Anina, bekas Ahli Wanita UMNO Langkawi itu berkata, permintaan Pandikar Amin itu seolah-olah membawa maksud kerajaan perlu membuat punggutan suara terlebih dahulu sebelum mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU).
“Jika begitulah caranya, apa kata kerajaan buat pungutan suara awal sebelum pilihanraya. Jika didapati ramai yang tidak mahu sokong Barisan Nasional (BN) maka janganlah buat pilihanraya. Kita bertanding kalau kita menang saja,” sindirnya.
Anina yang dipecat dari UMNO kerana menyaman Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, usul undi tidak percaya tidak sepatutnya dirumitkan jika Najib yakin mendapat sokongan majoriti dalam dewan.
“Presiden Pas sendiri sudah mengumumkan sokongan parti tersebut terhadap Datuk Seri Najib (Hadi Awang menafikan membuat kenyataan itu). Jika itulah keadaannya maka sudah pastilah undi tersebut akan gagal,” katanya.
Dia mendakwa, Speaker seolah-olah cuba mencari alasan bagi mengagalkan usul itu untuk dibentangkan pada sidang Parlimen kali ini.
“Ia seolah-olah Najib dapat merasakan ramai Ahli Parlimen BN akan menyokong undi tidak percaya ke atas dirinya. Bukan itu sahaja, Najib juga sebenarnya tidak percaya kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Pendapat saya, untuk apa lagi Najib menjadi Perdana Menteri jika dia sendiri sudah tidak percaya kepada Ahli Parlimen BN sendiri,” katanya.
Sehubungan itu, Anina mencabar Perdana Menteri supaya berani membenarkan usul undi tidak percaya kepada beliau bagi membuktikan darah Pahlawan Bugis tetap mendapat sokongan manjoriti wakil rakyat BN.

1 comment:

  1. Tuang Speaker "Si pendikar Mahaguru mangkuktandas" tengah bersilat dan berkuntau untuk mempertahankan "boss"nya Najib. Lagipun, sebab utama si "tukang cakap" tu mahukan nama2 ahli2 Parlimen BN yang bakal menyokong usul tak percaya adalah untuk membolehkan Najib memberikan ahli2 parlimen tersebut "BR1MDB" (Bayaran Rasuah 1MDB). Najib telah berupaya membeli kesetiaan Si pandikar dengan memberikannya mangkuk tandas yang "maha canggih" maka sudah tentu ahli2 Parlimen BN yang diura2kan akan belot boleh juga dibeli kesetiaan mereka.

    Kalau setakat 200-300 juta yang perlu dibelanjakan bagi mengekalkan jawatan PM, najib sudah tentu tidak teragak2 untuk membayarnya. Masakan tidak, dengan menduduki jawatan PM, Najib berupaya memperolehi "derma" dalam jumlah billion, apa lah sangat nilai juta jika dibandingkan dengan billion. Pimpinan PAS pun boleh di beli dengan menjanjikan sokongan kepada RUU Hj Hadi serta pembayaran wang ehsan, inikan pulak ahli2 MP BN yang sememangnya kemaruk RM.

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa