Thursday, October 22, 2015

Saudara kita ni keliru.........

cnp.....

Sebenarnya saya keliru bila baca pandangan2 dari asatizah Sebuah parti Islam di Malaysia

Sekejap bercakap dalam konteks negara demokrasi. Maka hukum pilihan raya jadi halal.

Kemudian bercakap pula dalam sudut akidah ahli sunnah waljamaah. Kemudian hukum haram ada parti dan jemaah baru.

Sekejap bercakap dalam konteks perlembagaan. Maka hukum hudud dikemudiankan.

Kemudian bercakap pula dalam sudut syariah, tak laksana hukum hudud jatuh kafir.

Sekejap bercakap dalam konteks fiqh mu'asarah, hubungan muslim dan non muslim harus, maka harus tahaluf siyasi.

Kemudian bertukar rentak kembali kepada fiqh turath, bahawa non-muslim negara ini adalah kafir harbi kerana menolak hudud. Maka terputus la tahaluf siyasi.

Sekejap bercakap perihal negara malaysia, yang tidak ada perbezaan non-muslim dan muslim.

Kemudian bercakap pula perihal negara bangsa, bahawa melayu itu lebih mulia dari bangsa yang lain.

Sekejap bercakap perihal negara berkat dan Rahmah. Maka hukum hudud bukan keutamaan.

Kemudian bercakap tentang negara melayu Islam, bahawa ketuanan melayu dan hudud agenda pertama.

Sekejap bercakap perihal kepimpinan profesional dan ulama. Maka harus perdana menteri dari kalangan profesional tanpa latar ulama,

Kemudian mentafsir semula bahawa pemimpin itu adalah ulama, maka wala kita adalah kepada ulama.

Benarlah rangkap pantun dahulu berkata:

siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri.

- Wfauzdin ns

6 comments:

  1. Ambo setuju bebenor

    ReplyDelete
  2. Kih kih kih !!! Itu la Pas Hj. Hadi harun Din.........bengong rupenye kedua2 ahlul syuuuur ni!

    ReplyDelete
  3. Orang lalok tertelan pil kuda gamaknya, macam itulah...

    ReplyDelete
  4. copy paste ye bro, terbaik le hehehe!

    ReplyDelete
  5. Mereka.cipta mazhab baru iatu "Mazhab Flip-flop". Mazhab ini kena rapat dengan pemerintah dan nenyokong apa jua tindakan penerintah @.membisukan mulut dalam hal2 yang menyentuh syariat.

    ReplyDelete
  6. kalo nak cakap jujur bukan baru sekarang je keliru..dari dulu dh keliru dh..tapi yela bila dia jadi gang kita..x payah ler share2 benda ni..bila dia dh x jadi gang kita..kebenaran mesti disharekan...
    ape bezanya kita ngan pas?cakap pakai dua sudut gak..dulu sudut sebagai kawan..sekarang sudut kebenaran..hehe..
    x betol?nak jawab x betol le tu...
    aku x mengundi dan memehak jadi aku tau dari dulu dah keliru bukan sekarang je keliru..
    sekarang kena bicara atas sudut kebenaran pulak kan?
    x betol?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa