Wednesday, October 28, 2015

Balak: Husam dedah, kenapa pula menantu Hadi kepanasan?

Adakah geng serban menghalalkan rasuah dan kemusnahan alam sekitar?
Yang Zaharudin dok sibuk ni nape?
Atau dia juga ada bahagiannya di situ ke?

Menantu Hadi, anak didik Nik Aziz 'perang' balak
Anne Muhammad  

Bekas exco Kelantan Datuk Husam Musa dan menantu presiden PAS Zaharudin Muhammad menjadikan laman sosial sebagai medan perang terbuka mereka berkenaan isu pembalakan di negeri itu.
Husam yang juga adalah ADUN Salor mendedahkan beberapa tindakan kerajaan negeri hari ini yang disifatkannya tidak wajar dan menyimpang dari konsep ketelusan.
Zaharudin pula melalui posting Facebook menuduh anak didik bekas Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat itu cuba menjatuhkan kerajaan negeri Kelantan.
“Demi Allah! saya akan lawan Husam selepas ini demi selamatkan Kelantan. Cukup saya melihat Kedah dijatuhkan oleh puak-puak Phahrolrazi dengan fitnahnya.
“Saya menyeru rakyat Kelantan bersama-sama mempertahankan Kelantan,” tulisnya.
Zaharuddin merujuk kepada kekalahan PAS yang kehilangan negeri Kedah pada pilihan raya umum ke-13 lalu.
Sebelum kejatuhan itu, Datuk Phahrolrazi Zawawi yang adalah Timbalahn Pesuruhjaya PAS Kedah membidas pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Penyokong Azizan mendakwa ia sebagai komplot Pharolrazi untuk mengguling menteri besar.
Zaharudin dalam posting di Facebook hari ini berkata, perkara yang sama boleh berlaku di Kelantan.
Ia berikutan bidasan sengit Husam berhubung tindakan kerajaan negeri yang memberikan permit pembalakkan di negeri itu.
‘Robin Hood Kelantan'
Malah, Husam juga menuntut kerajaan negeri supaya tidak meluluskan permohonan sebuah syarikat untuk menebang kawasan seluas 1,400 hektar di hutan simpan Kekal Ulu Sat di Machang.
Bagaimanapun, Zaharudin memulakan serangannya dengan memuat naik status ‘Robin Hood Kelantan’ yang didakwanya seronok mengganggu isi rumah miskin.
Selepas itu siri serangan daripada Zaharudin terhadap Husam menyentuh laporan rasuah daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung kewujudan aktiviti penerokaan tanah dan pembalakan haram di negeri itu.
Husam yang juga bekas naib presiden PAS itu bagaimanapun tidak duduk diam dengan serangan berterusan yang dibuat oleh Zaharudin.
Beliau seterusnya mengemukakan hujah mengapa PAS kalah di Kelantan.
“Watak Zaharudin Muhammad Jatuhkan PAS Terengganu? Zaharuddin Muhammad nampaknya galak menulis sehari dua ini, nak pertahankan Kelantan dari jatuh.
“Caranya dengan menyerang saya. Jika dunia ilmiah dipilih, saya bersedia mengemukakan hujah saya mengapa PAS kalah di Kedah, dalam mana-mana seminar.
“Sebahagian darinya pernah saya kemukakan kepada Lajnah Politik PAS Pusat enam atau tujuh bulan sebelum kekalahan itu,” tulis Husam.
Husam turut mengancam Zaharudin bahawa beliau tidak teragak-agak mengheretnya ke mahkamah.
“Ada pun ayat ayat dalam tulisan Zaharudin berbentuk ugutan dan unsur fitnah, saya telah pun mengarahkan peguam mengambil tindakan,” kata Husam.
Zaharuddin bagaimanapun memuat status terbarunya dengan menjemput Husam ke Kuala Lumpur pada 21 November depan bagi membincangkan mengenai kekalahan PAS di Kedah dan Terengganu.
Malah beliau turut mengalukan sekiranya Husam ingin membawa peguam bersamanya.
“Insyallah, 21 november saya menjemput Husam datang ke Kuala Lumpur, jam 10 pagi di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM). Kita dialog isu post mortem kekalahan Kedah dan Terengganu.
“Bersama saya ada peguam-peguam dan lebih penting kebenaran juga bersama-sama saya kalau Husam nak bawa ke Mahkamah.” katanya.

8 comments:

  1. Menantu kesayangan Hadi dah mula mengarut dan melalut. Mungkin dah takut ttg isu balak Kelantan. Apa dia sihuk2 dgn hal Kelantan...jagalah Selanhor buat sementara waktu ni...jawatan kat Kumpulan Peransng Selangor pun atas ikhsan MB...

    ReplyDelete
  2. Selain dari kelantan yang mana dibawah kepimpinan Almarhum TG Nik Aziz berupaya menjadi contoh terbaik pentadbiran Islam di malaysia, rekod PAS sebagai kerajaan negeri aadalah amat buruk. Terengganu yang dipimpin sendiri oleh seorang yang diwar2kan sebagai ulamak besar semenanjung hanya dapat bertahan satu penggal dan sehingga kini usaha menawannya semula oleh PAS boleh dianggap sebagai "futile"...tak dak harapan pong! Manakala kepimpinan PAS di Kedah juga tidak panjang umurnya dan melihatkan kedudukan dan gerak kerja PAS Pusat ketika ini, boleh dikatakan usaha untuk menawan semula Kedah adalah 'hopeless" terutama apabila Parti Amanah sudah berjaya di tubuhkan.

    Adakah kedua2 kerajaan negeri PAS itu jatuh dan berjaya dirampas oleh UMNO hasil gerakan subversif dari dalam PAS seperti yang dinyatakan oleh menantu Hj hadi atau ianya merupakan penolakan rakyat keatas kelemahan dan ketidakmampuan ahli2 agama PAS untuk menjadi kerajaan yang efektif serta cekap? Cakap2 dikalangan rakyat menyatakan bahawa gaya kepimpinan dan ketidakmampuan untuk menjadi pentadbir yang mampan adalah sebab sebenar kejatuhan kerajaan PAS di Terengganu dan Kedah. Menuduh orang lain untuk menutupi kelemahan serta ketidakmampuan diri sendiri adalah perkara biasa dan PAS juga tidak terkecuali.

    Kenapa saya katakan begitu? Kerana hingga kini tiada post mortem pernah dibuat dan hasil dari post mortem untuk menentukan punca kejatuhan kedua2 kerajaan negeri tersebut juga tidak pernah disiarkan kepada kesemua ahli PAS dan rakyat! Jika PAS ingin maju, ia mesti ingin mencari punca yang menyebabkan ia hilang kuasa di dua negeri tetapi peliknya sehingga sekarang...yilek! Nobody cares or no one wants to really find out what happen! Because it will highlight the weakness of certain personalities or the inability of a group of celebrities in PAS?

    Jika kamu tidak melakukan muhasabah diri, bagaimana kamu mahu memperbaiki diri kamu wahai PAS? Atau cerita2 tentang muhasabah ini hanya layak di sumbatkan ke telinga rakyat dan umat islam sewaktu kamu rancak berkuliah dan berceramah tetapi tidak kamu mahu mengamalkannya? Bukankah Allah amat murka kepada ulamak2 yang sibuk menyuruh orang lain berbuat kebaiakan tetapi mereka sendiri tidak berbuat demikian? Go look in a mirror wahai Zaharuddin before you start accusing people of being the cause of what ails PAS!
    Tengok dulu serban kamu tu dibuat dari mana sebelum mengutuk orang lain kopiahnya made in China!

    Nick
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  3. Budak Bahalol tu ada saham ke ????

    Ada MASYOOOKKKKKK !!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. Blah la wei din ayam..aku tengok muka ko pun da menyampah..

    ReplyDelete
  5. Bole blah la din ayam, sapa hang kalau nak di bandingkan dgn husam musa,,,muka tak malu la hang,,kerana ada hang n the geng laa,,,abih rosak parti PAS

    ReplyDelete
  6. PAS semakin pelik, bertanya soalan tapi tak terima jawapan tapi serangan pula balasannya. Inikah amalan para ulama? Berkata benarlah dalam semua perkara agar Islam dipandang mulia.

    ReplyDelete
  7. Ini lah perangai ulamak tedarah duit haram dan menggunakan nama Allah untuk mencari habuan dunia....harapkan bapa mertua sajalah...kojol orang tua tu...kau tahu la diuntung. Orang tegur kenapa tebang balak dan jual konsesi tak ikut harga pasaran, mangkok hayun yang baru setahun jagung berpolitik ni bukannya nak dengar nasihat orang yang lebih tua dan berjasa...sebaliknya diserang pula orang yang cuba memberi nasihat dan menegur kemungkaran.... Budak hingusan tak sedar diri!

    ReplyDelete
  8. Din Ayam pasti cap Ayam!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa