Saturday, October 3, 2015

Bertelagah kerana nak merayu pada yang tak sudi?

Adakah mereka yang terhutang budi kepada PAS di Selangor pula nak hampakan pengundi?
Kita saksikan apakah rentak tarian puak-puak PKR ni pula?

PKR bertelagah berhubung penubuhan Pakatan Harapan
OLEH ANISAH SHUKRY
Rundingan meja bulat dan pelancaran Pakatan Harapan, 2 minggu lalu menyebabkan PKR pimpinan Datuk Seri Dr Wan Azizah (dua dari kanan) berpecah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Oktober, 2015.


Hanya 2 minggu selepas Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melancarkan Pakatan Harapan, parti yang dipimpinnya berpecah belah berhubung isu ini, dengan satu pihak mendesak mesyuarat khas untuk membincangkan tentang gabungan pembangkang baharu itu.
Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR akan bertemu Ahad depan selepas satu petisyen kepada presiden, yang ditandatangani 25 ahli menuntut supaya satu mesyuarat tergempar diadakan bagi membincangkan pembentukan "mengejut" pakatan baharu itu.
Dalam petisyen bertarikh 22 September, 25 ahli berkenaan berkata mereka percaya pelancaran Pakatan Harapan tidak memihak kepada keputusan yang dibuat PKR dalam mesyuarat MPP, 2 hari sebelum perbincangan meja bulat.
"Kami, seperti senarai nama dilampirkan, amat terkejut dan bimbang mengenai tindakan dan keputusan tergesa-gesa penubuhan Pakatan Harapan yang diumumkan selepas sesi Sidang Meja Bulat di Hotel Empire pada Rabu, 21 September, 2015," menurut petisyen itu, yang ditunjukkan kepada The Malaysian Insider. (Sidang meja bulat itu diadakan pada 22 September).
"Pada sidang mesyuarat MPP pada Ahad, 20 September, 2015, MPP bersetuju dan menyokong segala usaha gigih presiden meneruskan perundingan dengan semua pihak ke arah penubuhan pakatan baharu termasuk mempelopori persidangan meja bulat tersebut.
"Secara jelas, MPP meminta agar tiada pengumuman dibuat semasa sesi tersebut, sebaiknya membuka ruang seluas mungkin untuk beberapa sesi rundingan seterusnya," tulis petisyen dilihat The Malaysian Insider itu.
Petisyen itu berkata, perbincangan meja bulat, yang berakhir dengan Dr Wan Azizah mengumumkan pembentukan Pakatan Harapan, sepatutnya hanya menjadi "perbincangan awal".
Dalam surat kepada ahli PKR pada 30 September ditunjukkan kepada The Malaysian Insider, Setiausaha Agung Rafizi Ramli mengumumkan mesyuarat tergempar MPP akan diadakan pada 11 Oktober bagi membincangkan perkara yang dibangkitkan dalam petisyen itu.
Bagaimanapun, Rafizi serta beberapa penandatangan petisyen itu, termasuk Naib Presiden PKR Chua Tian Chang, Latheefa Koya dan N Surendran, enggan mengulas ketika dihubungi The Malaysian Insider, atau tidak dapat dihubungi dengan segera bagi mendapatkan komen.
"Saya baru saja melihat surat itu (daripada setiausaha agung). Saya enggan mengulas mengenai perkara itu," Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran memberitahu The Malaysian Insider.
Latheefa menafikan pernah menandatangani petisyen, manakala Chua yang lebih dikenali sebagai Tian Chua berkata beliau tidak akan mengulas mengenai perkara itu.
Tetapi beberapa sumber pihak mengesahkan kepada The Malaysian Insider yang surat dan petisyen itu adalah tulen, dan mendakwa ia diterajui kumpulan yang diketuai Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, sekalipun ia tidak menandatangani petisyen itu.
Azmin bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk memberikan penjelasan.
Satu sumber PKR memberitahu The Malaysian Insider, mereka yang menentang Pakatan Harapan percaya PAS perlu menjadi sebahagian daripada pakatan pembangkang.
Sumber itu, yang mengaku menyokong Pakatan Harapan menambah, penandatangan petisyen itu silap apabila mereka berkata presiden bertindak bertentangan dengan kehendak MPP.
"Selepas kami berbincang dengan panjang lebar dalam mesyuarat pada 20 September, presiden akhirnya memberitahu MPP: 'Beri saya mandat untuk membuat keputusan apa yang perlu dilakukan semasa perbincangan meja bulat'.
"Dan mereka bersetuju dengan itu. Jadi ia tidak sepatutnya menjadi isu sama sekali," kata sumber itu dengan syarat tidak dinamakan.
Beliau mendakwa tidak semua penandatangan sebahagian daripada "puak Azmin"; beberapa penandatangan kemudian menyesal menandatangani petisyen itu apabila keadaan situasi dijelaskan kepada mereka, katanya.
Sumber itu berkata, beliau berpandangan tiada gunanya melambatkan pelancaran Pakatan Harapan kerana PAS tidak akan mahu menyertainya.
"Malah presiden PAS tidak menghadirkan diri semasa mesyuarat presiden Pakatan Rakyat, kita berdepan dengan pertandingan 3 penjuru dalam pilihan raya dengan mereka sebagai sekutu, mereka menghina presiden kami.
"Kami mencuba sedaya upaya, tetapi apa gunanya mempunyai mereka dalam gabungan baharu itu? Kita juga tahu mereka tidak akan menyertai pakatan dengan DAP dan Amanah.
"Bagaimanapun, kami tidak memutuskan hubungan dengan PAS sama sekali. Pakatan Harapan masih akan bekerjasama dengan PAS.
"Cuma PAS tidak akan berkongsi dasar bersama atau manifesto dengan pihak dalam Pakatan Harapan," kata sumber itu.
Sumber itu berkata, "puak" dalam PKR sentiasa wujud, dan penandatangan perlu menerima hakikat keputusan Dr Wan Azizah adalah muktamad.
Pada 22 September, Dr Wan Azizah mengumumkan pembentukan Pakatan Harapan, pakatan pembangkang baharu bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang dibubarkan kerana pertikaian tidak dapat diselesaikan di antara DAP dan PAS.
Pakatan baharu terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah). PAS, salah satu ahli asal Pakatan Rakyat, tidak menghadiri mesyuarat itu.
Dr Wan Azizah juga mengumumkan Pakatan Harapan bersetuju Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi pilihan mereka sebagai perdana menteri jika mereka berjaya menawan Putrajaya. – 2 Oktober, 2015.

7 comments:

  1. Elok lah hampa dok becakaq sesama hampa dan ikut la rentak PAS yang dah hilang wadah kepimpinan.Nanti kami yang dok ataih pagaq dok gelak kat hamapa padan muka jamap kalah dalam PRU14 nanti.Yang untung Najib duit dapat PRU dapat balik dua pertiga hampa telan ayaq lioq

    ReplyDelete
  2. PKR nak ikut langkah PAS sila..... rasanya dalam PAN sudah boleh mewakili keduanya.....teruskan AMANAH....In Sha Allah

    ReplyDelete
  3. Bagus tu nama parti keadilan rakyat ....nanti jadi parti kacau rakyat... mentang2 lah tiada DSAI. ....Kesian dia....

    ReplyDelete
  4. Setuju sangat kita dg komen 8.07 . Semuanya pasal duit dan jawatan. Tak percaya tanya Azmin. Silap haribulan kalau dpt jadi PM lebih besar derma akan disebatnya...kih kih

    ReplyDelete
  5. Ada MASYOOKKK!!!!!!!!!!!

    Yang betul betul kerja tuk Rakyat adalah Anwar Ibrahim dan Wan Azizah saja

    Mereka ini amat takut pada Allah SWT sejak dulu lagi

    Yang lain tu masih sanggup menongkat langit ikut gaya Mat Mongol aka Mat Bahalol

    Perhati saja kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke?... ibarat memuji tikus membaiki labu..

      Delete
  6. sudah sudahlah





    TEHRAN (FNA)- The Islamic Revolution Guards Corps (IRGC) for the first time displayed to the public its recently developed super torpedo, 'Hout', which enjoys the state-of-the-art technologies and is capable of hitting targets in and outside water.
    The torpedo was unveiled in an exhibition in Tehran on Saturday on the IRGC Navy's latest achievements.
    Senior IRGC officials had announced in May 2014 that the IRGC Navy is one of the only two world military forces equipped with the unique torpedo which moves with unbelievable velocity. The other military force is the Russian army.
    Speaking to FNA, IRGC Navy Commander Rear Admiral Ali Fadavi said when the home-made missile/torpedo, Hout, was displayed in a series of wargames a few years ago, over 2,000 world media covered the news.
    He said the speed of the torpedo is 100 meters per second (360km/h) under water.
    The Admiral explained that the gruesome weapon had originally been made by the Russians, adding that Americans had spent a sum of 20 billion dollars in 15 years to develop its technology, but failed.

    The Russians call the torpedo Shkval. The speed of this missile or torpedo far exceeds that of any standard torpedo currently fielded by NATO. This speed is a result of supercavitation: the torpedo is, in effect, flying in a gas bubble created by outward deflection of water by its specially shaped nose cone and the expansion of gases from its engine. By keeping water from coming into contact with the surface of the body of the torpedo, drag is significantly reduced, allowing extremely high speeds.
    The Russians started designing it in the 1960s when the NII-24 research institute was ordered to produce a new weapon system capable of combating nuclear submarines. In 1969, the GSKB-47 merged with NII-24 to create the Research Institute of Applied Hydromechanics in Kiev, Ukraine (constructor Merkulov); the Shkval being a product of this merger.
    Announced as being deployed in the early 1990s, although previously operational as early as 1977, the Shkval is designed as a countermeasure against torpedoes launched by undetected enemy submarines. It may also be used as a counter to incoming torpedoes whereby it is launched at the enemy submarine, forcing it to evade, and hopefully cutting the guidance wire to the enemy torpedo in the process.
    Launched from 533 mm torpedo tubes, the VA-111 exits the tube at 50 knots (93 km/h). Shortly afterwards, its liquid-fuel rocket ignites and propels it to speeds of up to 200 knots (370 km/h). Some reports indicate that speeds of 250+ knots may be achieved, and that work on a 300-knot (560 km/h) version was underway. The rocket engine uses a combination of high test peroxide and kerosene; the propellant tanks contain about 1500 kg of hydrogen peroxide and 500 kg of kerosene.
    The torpedo controls its direction using four fins that skim the inner surface of the supercavitation envelope. To change direction, the fin or fins on the inside of the desired turn are extended, and the opposing fins are retracted. To make faster turns, the push plate on the nose can be used to control the shape of the bubble the missile is traveling in.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa