Saturday, October 3, 2015

Tok Peti ini patutnya sudah lama berundur

Mufti yang memecah-belah dan memalukan ini patut sudah lama berundur 
10:00AM Okt 03 2015
oleh Mariam Mokhtar

SUARA LANTANG: Pada majlis pembukaan ruang solat di Chenderoh, Mufti Perak Harussani Zakaria mendakwa beliau pernah memberitahu Najib Razak agar hanya memlantik orang-orang Melayu memerintah negara. Kata beliau "...Mengapa perlu kita lantik menteri dari kaum Cina. Tiada keperluan bagi menteri-menteri Cina. Benarkan orang Melayu sahaja memerintah. Kita tunjukkan pada mereka."

Para Mufti seharusnya memupuk keamanan, dengan membina jambatan yang menghubungkan komuniti dan mengukuhkan perpaduan kaum. Adakah kerajaan negeri Perak akan menyingkir Harussani, sebelum beliau membawa lebih banyak keburukan?

Sekiranya Harussani menjadi maharaja lawak, tentu tiket bagi menyaksikan pertunjukkannya laris. Malah tentu para penonton terpaksa berdiri menyaksikan persembahan Harussani.

Sekiranya beliau pengkritik tegar kerajaan dan penyokong Pembangkang, tentu beliau ditahan, disiasat dan dihumban ke penjara.

Namun Harussani dibenarkan terus membuat kenyataan berbaur perkauman serta bersifat keagamaan. Mungkin Sultan Perak dikelilingi para penasihat yang juga pendokong kuat Umno Baru.

Harussani, mufti tua yang telah berkhidmat lama, seharusnya telah lama bersara. Beliau didakwa tak punyai kelayakan profesyenal,  tiada ijazah dan sering dicerca kerana mengeluarkan fatwa dan kenyataan yang mengelirukan.

Ramai tentu ingat ucapannya tentang "Seks di belakang Unta" atau kemarahan yang tercetus angkara kenyataannya tentang bolasepak. Peminat sukan tersebut marah kerana fatwanya yang melarang pemakaian jersi denga lambang salib, kerana mewakili ajaran Kristian.

Ramai wanita Melayu di usia pertengahan marahkannya kerana melarang tarian poco poco, serta yoga yang digemari mereka. Mungkin Harussani tak suka orang lain bergembira.

Sudah lama Harussani seharusnya bersara. Beliau sukakan perpecahan dan tidak malu menyatakan sokongan padu kepada Umno Baru. Beliau sering campurtangan dalam politik dan pandangannya sempit serta mengekang golongan muda Islam.

Ketika rakyat Malaysia meraikan Sambutan Tahun Baru pada 31 Disember 2013, beliau memberitahu Malaysiakini bahawa golongan itu mahu mengguling kerajaan. Beliau mendakwa darah mereka halal di bawah terma Arab "Bughah".

Malangnya, orang-orang Melayu seperti Harussani diberi tauliah bersyarah tanpa pemahaman tentang Islam. 'Bughah' bermaksud revolusi bersenjata.

Pada 22 Sept, Harussani mendakwa Najib pernah memberitahunya bahawa "takutkan kekalahan" menjadi punca Perdana Menteri itu bekerjasama dengan kaum Cina dan India. Mufti itu mendakwa beliau menemui Najib, dan berkata "kita telahpun kalah" dan sebagai tindakbalas, perlu "tunjukkan kepada mereka" dengan hanya melantik menteri dari kaum Melayu.

Harussani mengelirukan kita semua. Beliau tidak mahu membawa pengaruh kesederhanaan di negara kita. Beliau tak sukakan keamanan. Beliau seperti kecewa, dan berpandangan orangramai membencinya.

Sekiranya Harussani memberi perhatian kepada apa yang berlaku, beliau tentu sedar orang Melayu sedang memerintah negara. Komponen lain di dalam BN termasuk MCA dan MIC hanya berperanan menyerikan majlis.

Umno Baru tidak bercakap bagi semua rakyat Malaysia. Ia tidak mewakili orang Melayu. Pemimpin seniornya bertarung sesama sendiri bagi menguasai kekayaan negara, melindungi parti dan menjamin pekerjaan sendiri, tanpa berdaya usaha.

Kabinet Melayu telah mengabaikan dakwaan rasuah, sumbangan RM2.6 bil dari negara asing, pengubahan wang haram, pemerdagangan manusia dan pengaliran wang dengan nilai jutaan ringgit setiap hari.

Umno Baru kehilangan arah. Dalam pendidikan, Bahasa Inggeris diketepikan dan hasilnya, jutaan orang Melayu tidak memahami atau dapat bertutur Bahasa Inggeris. Mereka sukar mendapatkan pekerjaan.

Orang Melayu seperti ketam di dalam bakul. Jika ada yang berjaya tanpa acuan Umno Baru, mereka berdepan sekatan. Mengapa? Umno Baru tidak percayakan persaingan kerana mereka mahu semuanya. Mereka tak suka Melayu berkebolehan untuk maju, kerana Melayu berjaya sebegitu menjadi contoh Umno Baru tidak diperlukan.

Orang Melayu di dalam pentadbiran mewujudkan pelbagai masalah, dari kronisme, nepotisme, kurang ketelusan, ketiadaan perjalanan undang-undang, penyalahgunaan agama, mendapat maklumat istimewa, mendapat kelebihan di dalam perniagaan, dan sebagainya melalui kroni mereka.

Pemerintah Melayu tak hiraukan hak asasi, perjalanan undang-undang, kebebasan, demokrasi dan kesejahteraan ekonomi. Mereka tak tahu maksud sebenar keadilan.

Bagaimana dengan orang Melayu yang menyalahguna agama bagi kepentingan sendiri? Harussani tidak boleh nafikan, beliau menyalahguna agama bagi mencetus kekacauan.

Beliau mendakwa seorang Melayu memimpin upacara baptis di gereja di Silibin. Ianya palsu tetapi Harussani tidak dipersalahkan. Polis tidak mahu memalukan atau menghukum orang Melayu itu.

Pemerintah Melayu tidak dapat menjamin keadilan dan kesamarataan. Negara perlu dipimpin lelaki dan wanita berkebolehan. Kita negara dengan pelbagai bangsa. Kita bukannya kerajaan Melayu, negara Islam atau hanya dipimpin seorang lelaki semata-mata.

6 comments:

  1. Takde pun dengor dia komen pasal 1MDB.

    ReplyDelete
  2. tok peti ni...x guna langsong......sebab tu kekawan dia sama je...bangsat belaka....tunggu la hukuman dari ALLAH...

    ReplyDelete
  3. ada juga yang betul apa yang dia kata
    kerana sukan hiburan fesyen ada orang Islam jadi lalai denagn ajaran islam
    ada ornag islam cara hidup macam kapir bersepah duk ada
    yang tak betul dibetulkan
    portugis belanda britis jepang britis
    berapa ratus tahun penjajah duk masuk dakyah kapir dalam negara ini
    terkesan jugak akhirnya
    jnagan lupa sejarah jangan lupa pejuang yang menentang britis cuba ditenggelamkan dari ingatan kita

    ReplyDelete
  4. Budak Bahalol lagi

    Cukai cukai Cina bagi dia gaji eloun pencen sampai KIOK

    Tak ada ter pikir kah dia???

    Apa Bahalol Tegar ke dia ??????

    ReplyDelete
  5. cina ibarat pelanggan hotel, lepas sewa hotel 20 tahun, nak ambik alih hak milik hotel tu. mana logiknya?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa