Duhai PAS, perkara terang pun masih nak konar ker?
Kaitan isu: Benarkah Pulau Pinang sekat bantuan sekolah milik ahli Pas?
Dr. Khairuddin, bantuan persekolahan SAR di P.Pinang diberikan bukan atas sentimen politik kepartian
1 Oktober 2015 | George Town
Kalau Sekolah Rendah Islam Al-Ansar (SRIA) dan Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU) tidak pernah memohon peruntukan Bantuan SAR daripada Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang bagi tahun ini, bagaimana kedua-dua sekolah yang ditadbir urus oleh pemimpin PAS Pulau Pinang itu dipertimbang untuk mendapatkan sumbangan berwajib?
Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri perlu tahu bahawa agihan peruntukan bantuan pendidikan ke sekolah-sekolah di negeri ini berdasarkan keperluan dan keutamaan, sebagaimana dimohon sekolah-sekolah Islam yang lain.
Barangkali Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat berkenaan ini menganggap bantuan pendidikan yang disalurkan kepada dua sekolah swasta terbabit sejak beberapa tahun lalu atas dasar sentimen politik kepartian.
Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang sebenarnya banyak berbeza dengan tadbir urus parti, jika mahu dinisbahkan kepada PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan.
Di Pulau Pinang, Exco Hal Ehwal Agama Islam Dato' Abdul Malik Abul Kassim dan Dato' Mohd. Salleh Man (Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, MAINPP) yang menguruskan hal ehwal berkaitan Islam dan umat Islam, dan bukan parti politik.
Berkaitan Hal Ehwal Islam atau hal ehwal fatwa (isu larang azan kononnya) bukannya diuruskan oleh Lim Guan Eng, dan bidang kuasa Ketua Menteri itu antaranya menjaga hal ehwal bukan Islam sahaja.
SAR dilayan 'dingin' oleh Kerajaan Pulau Pinang era Umno Barisan Nasional dulu.
Tetapi, peruntukan tahunan bantuan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di bawah Kerajaan Negeri hari ini sejak tahun 2008 hingga 2009 berjumlah RM1.5 juta, dan dinaikkan kepada RM1.7 juta tiap-tiap tahun sejak 2010 hingga 2015.
Gambarannya, tidak berkurang pun peruntukan Bantuan Pendidikan SAR, walaupun DAP dan PAS saling berbeza pendapat dalam dunia politik kepartian masing-masing di negeri ini.
Di Pulau Pinang, peruntukan Bantuan Sekolah SAR berjumlah RM1.7 juta bagi tahun ini telahpun diagihkan oleh Bahagian Pendidikan JAIPP kepada 177 sekolah agama, berdasarkan keutamaan dan keperluan yang dimohon oleh pihak berkenaan.
Direkodkan, 104 Sekolah Agama Rakyat (KAFA Integrasi) menerima bantuan SAR bagi tahun 2005 yang berjumlah RM388,800, diikuti 27 Maahad Tahfiz (RM178,200), 14 Tadika Islam (RM26,900), 11 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (RM249,500), tujuh Sekolah Agama Rakyat (RM435,500), Sekolah Rendah Agama Rakyat (RM381,100) dan tujuh sekolah pondok (RM90,000).
Gambarannya, bukan Pesuruhjaya PAS Negeri Ustaz Fauzi Yusof dan dan Ustaz Yusni Mat Piah (Ketua Penerangan PAS Negeri) sahaja yang membuka sekolah Islam secara swasta di negeri ini.
Abdul Malik pada sidang media tengah hari tadi antara lain mengesahkan kedua-dua sekolah berkenaan langsung tidak membuat permohonan, lagipun ada sekolah-sekolah lain khususnya tujuh sekolah pondok lebih memerlukan bantuan berwajib daripada Kerajaan Negeri.
Selain itu, katanya, ada permohonan tidak diluluskan kerana satu-satu sekolah itu atau mudirnya dinilai mempunyai kemampuan daripada segi kewangan.
Tambah beliau, ada permohonan lain diutamakan kelulusan bagi tahun ini kerana dinilai ada keperluan mendesak oleh Bahagian Pendidikan JAIPP sendiri.
Pokok pangkalnya, kena memohon sumbangan jika mahu diproses permohonan, bukan menanti peruntukan bantuan SAR tanpa membuat permohonan.
Nilai sendiri kenyataan Dr. Khairuddin yang menyebut, “tindakan ini memberi mesej bahawa DAP dan PKR yang sebelumnya menjadi pembangkang apabila berkuasa juga menjadi zalim dan tidak memberikan keadilan dan hak terhadap mereka yang tidak sehaluan politik dengan mereka.”
Jangan ada kebencian. Marilah mengamalkan politik rahmatan lil 'alamin.
“...jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa...” [Surah Al-Maidah: 8]
Bagi AMANAH, tadbir urus kewangan Kerajaan Negeri berdasarkan keperluan dan keutamaan sebenar rakyat adalah lebih mendekati maksud “keadilan” yang dituntut dalam Islam.
Justeru, AMANAH merakamkan ucapan terima kasih kepada Datuk Abdul Malik Abul Kassim kerana secara terbuka memberi penjelasan berhubung isu berbangkit ini.
Wallahu 'alam.
ZAINULFAQAR YAACOB
Ketua Komunikasi
AMANAH Pulau Pinang
+60194241583
zainulfaqary@gmail.com
faqar.blogspot.com
Abe
ReplyDeleteInilah yang dikatakan kepimpinan ulamak 100% yang dicanang oleh puak HH dan UG dalam kempen pemilihan lepas.
Cakap membuta tuli hanya kerana hendak memburukkan pihak lain. Sama dengan mengguna ugama untuk kepentingan diri.
Semua ini adalah sebahagian dari cara mereka untuk mengbonsaikan pemikiran ahli akar umbi untuk menyokong mereka untuk bekerjasama dengan UMNO menjelang PRU 14. Jadi mereka cuba mencipta suasana dimana hanya PAS yang be4juang untuk Islam. Sebab itu sekarang PAS di serang oleh musuh kapir dengan menghentikan bantuan SAR. Macam2 situasi akan mereka cipta dari masa ke semasa. Tektik yang sama dimana mereka menggunakan hudud untuk memperdayakan ahli akar umbi dengan isu hudud agar ahli akar umbi menyokong mereka dalam persaingan dgn puak mat sabu dalam pemioihan lepas. Bila mereka dah berjaya, hudud disenyapkan.
Bahalol
ReplyDeleteNak salah kan Cina Saja
Tanpa Cina dan Ekonomi nya , Melayu makan kangkong saja
Nak harap Gomen Melayu tolong SAR , Gomen Melayu pon hidup atas Ekonomi Cina
Orang Malas dan Hidup BER HARAP dan MEMINTA MINTA ada nilai ekonomi ke ????
bukan nak konar boss, tengah dok pusing2 roundabout nok buat u-turn kalau buat u-turn terus nampok dop bermaruah sbb balok doh nok abis tinggal harta ghanimah kat p.p dan selangor je.
ReplyDeleteItulah bila bercakap ikut nafsu marah tidak berfikir sebelum membuat tuduhan seorang pemimpin pabila hendak bersuara biarlah dengan berfakta bukan ikut rasa mulut nak bercakapa pabila yang didakwa balas jawapan dengan fakta dipula kita nak letak muka kesudahan diri kita dikata buta sebab bercakap dan menuduh tanpa bukti dan fakta. Naka kata bodoh ada ilmu yang tinggi tapi bila berhujjah semuanya auta,itulah pemimpin yang mengaku mulia sebab konon ada pengajian tinggi dalam agama.
ReplyDeletetak hairan, kah?
ReplyDeletekenapa parti cangkui pulak yang jawap tuduhan nih?
Parti cangkoi adalah sebahagian drp kerajaan pakatan harapan di penang la, mangkok....adoihhhhh....sengal!!!
DeleteAnon 10.19
DeleteBanyakkan membaca.
Pertama, jangan buat komen bebal spt pemimpin pas atas tu
Kedua, jangan malukan keluarga dengan komen bebal
Ketiga, biarkan kebebalan kau hanya kau seorang yang tahu
Keempat, simpan kerahsiaan bebal kau ini sebaik mungkin
Sekarang kau jawab kat aku...
Kenapa parti cangkul yang jawab dan bukan roket?
Nampak tak sebabnya
Duhai admin, memang DAP terang lagi bersuluh anti Islamnya tapi itulah kerana DAP adalah tuan besar afmin maka apa yang dilakukan DAP semuanya terang, yes bos dan betul segalanya. Kalau melibatkan PAS je admin dengan fitnah berpisah tiada.
ReplyDeleteNi sahabat, nak beritahu ni.... neraka tu bukan dibuat untuk DAP sahaja, atau UMNO sahaja.... ahli PAS dan ahli AMANAH pun boleh jadi calon neraka kalau buat kerja tak betul.
DeleteWahai pemimpin-pemimpin PAs, lu orang punya ketua nombor wahid bikin serabut, jangan pulak lu orang pun turut kelabu dan mengampu. Kebelakangan ini sudah banyak contoh bahawa politik UMNO dan PAS tidak banyak beza. Memfitnah, mengutuk, memboikot, memecahbelah, mengejar kemewahan dunia, semuanya sungguh jelas kelihatan kecuali bagi orang yang buta hati perut!!!
ReplyDeleteHati-hati nanti Dato' At Takiri hukum hang semua "munafik haraki" - Ini pesan dari Datuk (dah bercucu) Al Kanani.
ReplyDeleteHati-hati nanti Dato' At Takiri hukum hang semua "munafik haraki" - Ini pesan dari Datuk (dah bercucu) Al Kanani.
ReplyDeleteRakyat kini boleh melihat sendiri kredibiliti setiap pemimpin PAS pasca Mukatamar ke-61. Sekiranya Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat sendiri pun mengeluarkan kenyataan mengikut sedap mulut tanpa maklumat sahih dan membuat rujukan terdahulu maka PAS dilihat sebagai sebuah parti sampah yang berlongokan dan masih bertahan disebabkan ada nama Islam di dalam partinya sahaja tetapi moral dan sifat-sifat mulia Islam itu sendiri sudah tiada langsung di dalam kepimpinan mereka. Fitnah dan bercakap dusta sudah menjadi kewajipan dan makanan harian bagi hampir semua peringkat kepimpinan dari bawahan hingga ke Musyidul Am. PAS kini jauh lebih munafik dari UMNO.
ReplyDeleteTERKOT TERKINI PANAS PANAS
ReplyDeletePAS KECUT TELO
ALHAMDULILLAH ROS SUDAH LULUSKAN AMANAH. AMANAH DAPAT KEBENARAN ROS GUNA NAMA BAHARU
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mendapat kebenaran daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk menggunakan namanya, menggantikan nama Parti Pekerja-pekerja Malaysia yang dikenali sebelum ini. Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata parti itu yakin RoS juga akan memberikan lampu hijau untuk beberapa perubahan lain yang dipohon, termasuk perlembagaannya. Pada masa ini, RoS memberikan kebenaran untuk perubahan nama dan alamat, selain jawatan pengerusi parti kepada presiden. Amanah, parti baharu yang dibentuk daripada serpihan parti Islam pembangkang PAS sebelum ini cuba membentuk parti baharu dikenali sebagai parti Progresif Islam tetapi ia ditolak RoS. Ia kemudian mengambil alih dan menjenamakan semula Parti Pekerja-pekerja Malaysia yang tidak aktif. Mohamad hari ini menepis cakap-cakap yang menyatakan Amanah sedang berusaha keras memikat orang Melayu menyertai parti itu. Katanya, parti itu kini mempunyai 30,000 ahli ketika ia dilancarkan secara rasmi pada bulan lalu, dan jumlah itu dijangka mencecah 100,000 menjelang Disember. “Pada masa ini, kebanyakan ahli kita dari Kelantan,” katanya pada sidang media di George Town, hari ini, merujuk kepada negeri pantai timur yang dikawal PAS. Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata Amanah akan mengadakan siri jelajah pertamanya di Johor pada 9 Oktober, yang akan turut dihadiri veteran DAP Lim Kit Siang dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Amanah menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang baharu Pakatan Harapan, yang ditubuhkan baru-baru ini selepas Pakatan Rakyat terkubur Jun lalu akibat pertentangan tidak berkesudahan antara PAS dan DAP. – 2 Oktober, 2015.
Untuk memudahkan rakyat Malaysia yang berminat untuk menjadi ahli Parti Amanah Negara. 1. PERLIS #019-4332318 (Shimi) 2. KEDAH #012-3300727 (Yusrin) 3. PULAU PINANG #016-4632787 (Saiful Azwan) 4. PERAK #013-3848044 (Salman) 5. SELANGOR #019-2883829. (Ar. Kamarul) 6. WILAYAH #01139118794 (Nik Abdul Razak) 7. NEGERI SEMBILAN #019-6210677 (Hj Shukri) 8. MELAKA #019-2334645 (Abd Yassin) 9. JOHOR #019-7617220 (Onn Jaafar) 10. PAHANG #019- 9101190 (Yusliyiddy) 11. TERENGGANU #01114944517 (Wan Mohd Aziadi) 12. KELANTAN #013-9015757 (Hj Rushdan) 13. SABAH #013-4618670 (Asraf Ashrafi) 14. SARAWAK #013-7202611 (Andri)
Andainya ada diantara kita nanti
ReplyDeleteBerubah hala serta memungkiri janji
Jangan ada benci
Suka Dan duka dilalui
Jadikan kenangan disudut hati
Ungkit mengungkiti
Sakit menyakiti
Memusnahan diri
Lagu ini sy tujukan kpd
YB Dato' Dr Ust Hj Mohd Kharuddin At Takiri
dgn ucapan jgn ada benci, bykkan selawat
Dr bekas ahli parti kaler hijau (No ahli : 5337**)
Andainya ada diantara kita nanti
ReplyDeleteBerubah hala serta memungkiri janji
Jangan ada benci
Suka Dan duka dilalui
Jadikan kenangan disudut hati
Ungkit mengungkiti
Sakit menyakiti
Memusnahan diri
Lagu ini sy tujukan kpd
YB Dato' Dr Ust Hj Mohd Kharuddin At Takiri
dgn ucapan jgn ada benci, bykkan selawat
Dr bekas ahli parti kaler hijau (No ahli : 5337**)
Siapa tukang fitnah.....fitnah masuk neraka......kedapatan. ...hehehe
ReplyDelete