Wajah sebenar PAS kian tersingkap........
1 Okt 2015
PAS Arah Ahlinya Ke Tempat Lain Untuk Himpunan Al-Aqsa
Nampaknya Himpunan Hari Kemarahan Selamatkan Al-Aqsa yang dijadualkan esok selepas Solat Jumaat telah dijadikan satu isu kontorversi oleh sebuah parti yang menuduh parti lain melakukan hijack terhadap program berkenaan.
Semalam, difahamkan telah diadakan sidang media oleh semua pihak yang terlibat dengan perhimpunan berkenaan termasuk ngo-ngo mengenai perhimpunan berkenaan dan telah dipersetujui semua umat Islam (samada parti politik, ngo atau orang perseorangan) supaya berkumpul di Masjid Tabung Haji dan kemudian berarak ke Kedutaan Amerika. Aqsa-Syarif telah bertindak selaku ketua/juurucakap kepada perhimpunan yang bakal diadakan esok.
Berdasarkan laman sosial Palestine Centre Of Excellence (PACE)
, sebuah poster juga telah turut dikeluarkan.
Tiba-tiba pada hari ini, PAS menuduh himpunan yang didakwa sebagai programnya telah dirampas oleh parti lain, dan mengarahkan ahli-ahlinya supaya mengubah lokasi berhimpun dari masjid Tabung Haji ke Masjid Jamek.
Banyak pihak yang terkejut dengan gelagat PAS berkenaan. PAS berandaian bahawa parti politik lain akan lebih mendapat political mileage daripada perhimpunan berkenaan.
Seperti di dalam BERSIH 4.0 yang lepas, PAS telah memboikot himpunan berkenaan kerana PAS tidak menjadi "ketua" di dalam perhimpunan berkenaan. "(sila rujuk ruangan TAMABAHAN di bawah entri ini)"
Begitu juga dengan Pakatan Harapan. PAS menolak untuk menyertainya kerana mereka tidak menjadi ketua.
Maka berlaku lagi di dalam himpunan Hari Kemarahan Selamatkan Al-Aqsa. PAS tidak menjadi ketuanya tetapi himpunan esok diketuai oleh pihak lain. Justeru itu PAS membuat keputusan untuk tidak bersama di Masjid Tabung Haji tetapi di Masjid Jamek.
Ramai yang mempersoalkan sikap dan tujuan PAS berkenaan. Apakah kerana hendak mencari political mileage atau benar-benar berjuang untuk mencari redha Allah di dalam perhimpunan Hari Kemarahan Selamatkan Al-Aqsa? - r2r
dah gila publisiti ulamak khianat ni
ReplyDeletePAS mana ada duit
ReplyDeletePAS pon tak de kredibilty dah
Nak cari nama saja lah gaya nya
Ini semua Common Sense saja
Orang Orang PAS yang tak ber fikir jadi alat tuk di bofoh saja
Aqsa tak nak bising heboh demo , Aqsa nak duit tuk bangun balik
Itu saja
Inilah wajah sebenar pas.... diselak sedikit demi sedikit utk tontonan ramai
ReplyDeleteInilah wajah sebenar pas.... diselak sedikit demi sedikit utk tontonan ramai
ReplyDeletekehilangan keseimbangan membela umat islam sedunia
ReplyDelete