Tuesday, October 27, 2015

Parah ni: Ini berlaku di Kelantan

Ika ditahan lagi kerana kes cemburu
ADILA SHARINNI WAHID
26 OKTOBER 2015
Suspek menaiki trak polis untuk dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu. - Foto Sinar Harian Oleh JAZALY AMRY JAAFAR

KOTA BHARU - Suspek utama yang mengemparkan negara dengan aksi ganas dalam rakaman viral membelasah seorang wanita 22 tahun ditahan reman kali kedua kerana dipercayai terbabit dalam satu lagi kes pukul yang lain akibat perasaan cemburu.

Ika, 27, beralamat di Kampung Padang Mengkali, Peringat, di sini, dikenakan tahan reman empat hari mengikut Seksyen 452/323 Kanun Keseksaan iaitu ceroboh dan menyebabkan cedera terhadap seorang remaja perempuan yang berusia 17 tahun di sebuah hospital, tahun lalu.

Perintah dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret, Amni Mat Jahari di mahkamah, di sini, pada jam 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan tahanan reman itu.

Dalam kejadian 4 November 2014 tersebut, satu laporan dibuat ibu mangsa yang menerima panggilan pihak hospital memberitahu anaknya dipukul tiga lelaki dan empat wanita ketika berada di rumah abang angkat yang dipanggil Abe Bob, di Panji, di sini.

Hasil temu bual mangsa menceritakan semasa berada di rumah itu, datang sekumpulan lelaki dan wanita antaranya dikenali dengan panggilan Nana serta Ika dengan membawa senjata pedang, parang, kayu serta tukul.

Suspek memecah masuk ke dalam rumah mencari mangsa. Akibat ketakutan, mangsa lari ikut tingkap dan terjun dari tingkat satu hingga mendapat kecederaan patah pergelangan kaki kiri. Abe Bob menghantarnya ke hospital.

Sebaik tiba di wad kecemasan, suspek sekali lagi datang dan serang serta memukul muka dan mata kiri mangsa hingga lebam sebelum dileraikan orang awam.

Kejadian didakwa berpunca apabila Nana berasa cemburu kerana mangsa dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan Abe Bob. Kesemua suspek sebelumnya adalah rakan mangsa dan hubungan menjadi tidak baik kerana perasaan cemburu tersebut.

Rohaimi berkata, suspek lain yang terlibat dalam kes tersebut masih diburu polis.

Dalam perkembangan sama, katanya, berhubung penahan dua perakam video viral, berusia 17 dan 18 tahun yang ditahan sebelum ini pula dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu arahan pihak pendakwaan untuk dituduh di mahkamah.

“Dua lagi suspek yang dikehendaki, Nija serta Mokbiey masih diburu polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sebelum ini, beberapa video rakaman wanita berusia 22 tahun terbabit dibelasah dan dimalukan dengan bajunya ditanggalkan heboh di media sosial.

Susulan itu, suspek utama ditahan sebelum mangsa bagi kes 2014 tersebut menghubungi pihak polis memberitahu suspek sama yang turut memukulnya dalam kejadian tahun lalu itu.

8 comments:

  1. Brutal. Kat hospital pun dia serang juga. Yg lebih
    mengerunkan bila pompuan tu serang dia cakap kelantan. Seram dengar.

    ReplyDelete
  2. Adakah sbb begini yg kerajaan Kelantan beria-is nak buat hudud tahun Ni? Adakah kerajaan Kelantan tahu begini perangai segelintir rakyatnya? Bagi saya program kesedaran tak dilaksanakan dgn cara betul.. Dikelantan kini tak byk ceramah / himpunan agama lg, tapi ceramah / himpunan politik utk tunjuk kekuatan je..

    ReplyDelete
  3. Kelantan tunpu buat tokong gergasi dan export gadis2 Kelantan utk kerja di KL,Penang,Spore dll.

    Islam ajar wanita perlu muhrim perjalanan jauh

    ReplyDelete
  4. Kelantan tunpu buat tokong gergasi dan export gadis2 Kelantan utk kerja di KL,Penang,Spore dll.

    Islam ajar wanita perlu muhrim perjalanan jauh

    ReplyDelete
  5. Tuang TOLOL SOTONG tak leh jampi jampi MAGIK kasi ubat baik si Ika ini ke ????

    ReplyDelete
  6. Ha ha... brutal macam kepimpinan kerajaan negeri kelantan menebang balak... rakyat pula brutal menebang orang..... agama pemimpin adalah agama rakyatnya.... akhlak pemimpin dapat digambarkan melalui akhlak rakyatnya.

    ReplyDelete
  7. Nampak sangat perangai assobiyah si dweller ni...termasuklah pengomen PAN...

    ....benci PAS punya pasal, semangat assobiyah dihalalkan!!

    ...padanlah bersekutu dengan Parti sekular DAP....sekular dan Assobiyah (jahiliah) sehati sejiwa, hudud dinista, dunia sahaja diambil kira

    ReplyDelete
  8. Allah Swt telah hadirkan seorang guru mursyid untuk mengajar dan memimpin rakyat kelantan yakni Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Selama berpuluh2 tahun armarhum memberi pencerahan. Maka lahirlah dua golongan murid.

    Pertama, murid yang menurut kata. Mereka akur dan terima ajaran guru. Jadilah mereka manusia yang baik2 atau sekurang2nya ada sedikit takut kepada Allah.

    Keduanya, adalah murid yang engkar malah menolak terus ajaran guru mulia dengan hati dan perbuatan secara sembunyi dan terang2. Mereka ini hidup sebagai orang2 jahil lagi menurut hawa nafsu semata2.

    Maka tidak hairanlah kita dengar macam2 kelaku pelik golongan engkar ini di kelantan. Kalau jahat, memang betul2 jahat. Namun ramai lagi yang baik2 lagi beriman.

    Lalu, apakah jalannya hendak memulihkan keadaan kelaku pelik ini? Banyak jalannya. Pemerintah kelantan kena kembali kepada kehidupan Sunnah Nabi. Hiduplah secara zuhud supaya tiap2 doa yang dipanjatkan akan dimakbulkan Allah Swt. Selalu mohon rakmat dan keampunan kepada rakyat dengan rasa kasih sayang. Mesti rasa sungguh2 sayangkan mereka melebihi anak sendiri. Mesti selalu datang dan santuni mereka dengan menggendong walau segantang beras dan sesikat pisang.

    Usah bercita2 nak duduk di istana atau buat rumah selesa untuk anak2. Suruh mereka berambos cari rezeki sendiri di mana2 atau menyangkol tanam sayur. Itu lebih afdal bagi mereka selagi bapa2 jadi tok ketua.

    Insya Allah akan jadi elok semuanya selepas ini. Amin..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa