Monday, November 30, 2015

Biar betul: Bila tangan diikat, mulut disumbat apa lagi yang mampu dilakukan?

Selamatkan UMNO bukan tinggalkan parti

 | November 29, 2015
Bung Mokhtar menyelar Saifuddin Abdullah yang tidak mencari jalan menyelamatkan parti tetapi meninggalkan UMNO.
umno1
PETALING JAYA: Datuk Bung Mokhtar Radin menyelar Datuk Saifuddin Abdullah kerana menuduh UMNO kini sedang nazak dalam sejarah sejak penubuhan parti itu.
Katanya, jika UMNO nazak, pemimpinnya perlu mencari jalan keluar untuk menyelamatkannya bukan meninggalkan parti seperti yang dilakukan Saifuddin yang menyertai PKR.
“Apa yang penting kalau parti kita nampak sudah nazak kita harus mencari jalan keluar untuk memperkuatkan parti kita semula dan bukan dengan cara meninggalkan parti seperti yang dilakukan oleh saudara Saifuddin,” katanya kepada FMT.
Dalam masa sama, Ahli Parlimen Kinabatangan itu menafikan tuduhan Saifuddin itu bahawa UMNO sedang nazak di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, UMNO tidak nazak tetapi hanya perlu menukar strategi bagi menangkis segala tuduhan yang datang dari setiap penjuru.
“UMNO tidak nazak lagi cuma ketika ini UMNO diserang dari segenap penjuru luar dan dalam, sebab itu UMNO perlu menukar strategi dan cara mengendalikan isu.
“Saya yakin UMNO masih sebuah parti yang relevan lagi dan masih disegani serta diperlukan lagi oleh orang Melayu dan Bumiputera yang làin,” katanya.
Bung Mokhtar berkata, tidak ada parti politik di negara ini yang tidak mempunyai krisis cuma bergantung kepada kebijaksanaan kepimpinan untuk menyelesaikannya.
“UMNO sebagai sebuah parti yang telah lama memerintah di dunia ini. Sudah tentu ada banyak kelemahan nya. Dan inilah masanya UMNO harus bangkit memperbaiki kekurangan dan mengenepikan kelemahannya,” katanya.

2 comments:

  1. Bung bingai
    dah tahu banyak lemah turunla bagi yang baru pulak naik. Ni tak nak turun, belagak bagus macam pandai sedangkan dalam masa yg sama sedar bahawa diri dan parti banyak kelemahannya.
    Bila parti lama banyak kelemahannya maknanya dah macam orang tua, susah ak baiki dah bung oiii
    Berambus ajela bagi parti baru pulak naik pimpin, yg baru yang muda lebih bagus lagi, budusss

    ReplyDelete
  2. 1MDB =masaalah najib
    Biarlah najib selesaikan sendiri
    Umno tak payah susah2 gantung leher sampai semua rakyat hilang kepercayaan pada Umno
    Percayalah.....sikit hari lagi semua ketua bhgn yg dah kenyang makan DEDAK najib tak kan menyokong nya lagi bila semakin ramai ahli marhaen umno di peringkat cawangan hilang kepercayaan pd najib
    Sudah tiada lagi "amanah" dalam umno

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa