Monday, November 30, 2015

Budak ni mimpi atau cipta gula-gula supaya budak-budak seronok?

Mustahil tu tidaklah selagi kita dalam kekuasaan Allah

Tapi realitinya jangan nak diharap selagi pembangkang haru-biru macam sekarang

PAS secara terang menghulurkan tongkat pada UMNO/BN yang tempang
PKR pula jadi pengemis kepada PAS
Amanah hanya berharap
DAP dengan besar kepala retoriknya
Bercakaran yang tak berpenghujung
Adakah rakyat/pengundi percaya amanahkan sebuah negara?

Tidak mustahil BN tumbang PRU14

 | November 29, 2015
Ia sudah dibuktikan dari pilihan raya yang berlaku di Myanmar apabila pembangkang berjaya mengulingkan kerajaan pemerintah disana.
fahmi-fadzil,bn
SHAH ALAM: PKR percaya pembangkang mampu merampas kuasa daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana perkara itu bukan sesuatu yang mustahil.
Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Fahmi Fadzil berkata, ia sudah dibuktikan pilihan raya di Myanmar apabila pembangkang berjaya mengulingkan kerajaan pemerintah.
Pilihan Raya Umum Myanmar yang berlaku pada awal bulan ini menyaksikan Pemimpin pembangkang Myanmar, Aung San Suu Kyi melakar sejarah negaranya apabila Parti Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) pimpinannya mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya umum negara itu.
NLD menyapu bersih kesemua 12 kerusi Parlimen yang dipertandingkan di ibu negara.
“Myanmar sudah buktikan bahawa pembangkang mampu mengambil alih kerajaan, tidak mustahil perkara sama berlaku di sini.
“Kita boleh lakar kejayaan kita pada pilihan raya akan datang nanti, kita akan buktikan nanti. Jangan malas, masa sudah tak banyak,” katanya dalam ucapan penggulungan di hari terakhir Kongres PKR ke-11 pada Ahad.
Sehubungan itu, dia menyeru ahli PKR diseluruh negara untuk bersama-sama gabungan pembangkang untuk berkerja dengan lebih keras bagi memastikan BN dapat ditumbangkan pada PRU akan datang.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa