Saturday, November 28, 2015

Dah hampir di akhir hayat baru Mahathir sedar?

LIMA TAHUN BUKANNYA LAMA

Friday, 27 November 2015

Add caption
Melihat kepada pelbagai kerosakan yang telah dilakukan oleh Najib Razak dalam memimpin negara selama ini, barangkali ramai yang tiada masalah untuk bersetuju dengan pandangan terbaru Tun Mahathir Mohamad bahawa tidak ada parti yang harus memerintah untuk selama-lamanya dalam sebuah negara demokrasi.

Ini kerana jika BN terus berkuasa dan dalam masa yang sama Najib kekal lagi sebagai Perdana Menteri, kemungkinan lebih banyak kerosakan tentu saja sukar untuk dielakkan. Menteri-menteri yang tidak berguna juga akan berterusan "membodohkan"  kita semua.

Akhirnya semua orang makan hati, sakit hati, terbakar hati dan hancur hati. Tiada kegembiraan lagi dalam negara ini.

Lalu, untuk mengelakkan lebih ramai sengsara jiwanya, jika Najib berdegil juga untuk bertahan sehingga PRU 14 nanti, pilihan yang ditunjukkan melalui kenyataan Tun Mahathir iaitu memberi peluang kepada parti lain selain BN menerajui negara pula haruslah dijadikan kenyataan.

Bagi Tun Mahathir, demokrasi yang baik ialah sistem dua parti di mana pembangkang cukup kuat untuk mengambil alih kerajaan serta menawarkan alternatif kepada rakyat. 

Dalam konteks itu, kiranya parti baru gagal membawa khabar gembira kepada rakyat,  menukarnya adalah lebih mudah dan memilih semula BN yang ketika itu tentunya bukan lagi dipimpin Najib, dalam pilihanraya seterusnya. 

Lagi pula,  lima tahun bukannya lama.

Tetapi jika di ketika Najib yang paling bermasalah ini pun BN dikekalkan juga, bermakna lebih banyak masa diperlukan lagi untuk memberi kesedaran kepada rakyat agar berani melakukan perubahan yang diharapkan itu.

Dalam PRU 13, keinginan rakyat untuk berubah hakikatnya telah terpamer melalui 52 peratus undi popular yang menolak BN, cuma sistem pilihanraya ala British yang kita amalkan saja sebagai penyelamatnya.

Untuk pilihanraya akan datang, peratusan undi popular itu mungkin perlu ditingkatkan kepada 60 atau 65 peratus agar perubahan yang menjadi dambaan benar-benar menjadi kenyataan.

Lagi pula dengan menjadikan kerajaan boleh ditukar ganti, mesejnya ialah rakyatlah paling berkuasa dalam negara ini, manakala pemimpin hanyalah alat semata-mata. (SH 27/11/2015) - sumber

1 comment:

  1. Semenjak dari tarikh UMNO diharamkan pada 1988, yakni satu-satunya parti yang setaraf dengan PKM (Parti Kominis Malaya) yang juga telah diharamkan, maka serentak dengan itulah UMNO klon pun sudah tidak relevan. UMNO yang ada pada hari ini adalah dilahirkan oleh ROS dari UMNO yang haram. Ingat tu!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa