Saturday, November 28, 2015

Nilai Bangsa Melayu

FRIDAY, 27 NOVEMBER 2015
Saya ditanya mengapa mesti kritik kerajaan sepanjang masa? Jawapan rengkas ialah ia nya perlu. Jika semua orang diam maka, bermaharajalela lah kerajan melakukan apa sahaja tanpa bantahan.

Quran sendiri menyatakan bahawa jikalah perbuatan suatu golongan itu tidak ditolak oleh suatu golongan lain, maka niscaya hancur bumi ini. Ertinya mesti ada check and balance.

Dalam keadaan hari ini, apa yang ada pada orang Melayu untuk jadi alatan menentang kemungkaran? Satu cara nya , pada saya ialah bangsa Melayu mengembalikan nilai2 mulia sebagai benteng menyekat kedurjanaan.

Mari kita bangsa Melayu mengembalikan amalan nilai2 baik. Saya meminjam deskripsi mengenai pemimpin dari tulisan Tenas Effendi.

Banyak pemerintah perkara pemerintah
Pertama pemerintah disembah
Yang adil berkitabullah
Yang memberitahu benar salah
Yang berpintu selalu terbuka

Kedua pemerintah dihadapan
Yang meraih peminangan tangan kanan
Yang bercakap lemah lembut
Bermuka manis berlapang dada
Menerima aduan dan tuntutan
Menerima umpat dengan cacian

Ketiga pemerintah dikasihi
Yang tua dihormati
Yang muda disayangi
Yang panas dinaungi
Yang hujan dilindungi

Keempat pemerintah disayangi
Harta orang dipelihara
Bagai menatang minyak penuh
Memegang amanah dengan petuah
Memegang adat dengan lembaga
Memegang cakap dengan karenah.

Seperti kata Dr Mahathir, UMNO ialah parti untuk orang bisnes dan pengejar kemewahan dan kekayaan melalui kuasa. Nilai Melayu UMNO tidak sama dengan nilai bangsa Melayu.

Dibawah Najib, UMNO ditransformasi kepada instrumen peribadi nya. Orang Melayu UMNO tidak tahu lagi memuliakan pemimpin yang lebih banyak berjasa kepada orang Melayu seperti Dr Mahathir.

Nilai bangsa Melayu- melayu boleh dipecayai, jujur dan amanah; bertanggung jawab dan dedikasi kepada tugas, prinsip hidup lebih penting, dan sebagainya sudah dibuang keluar tingkap.

Portal upahan UMNO mengibaratkan Dr Mahathir sebagai seorang pengemis yang meminta sedekah sokongan politik. Bolehkah bangsa Melayu menerima layanan sebegini? Saya harap tidak boleh.

Orang Melayu UMNO membiarkan pihak ketiga seperti Kayveas dan budak suruhan MIC membalun Dr Mahathir, seorang Melayu. Jika orang Melayu UMNO tidak sensitive, saya harap bangsa Melayu melihat penjahanaman keatas Dr Mahathir sama seperti mengaibkan bangsa Melayu. Mereka mesti melepaskan diri dari belengu UMNO.

Apa sebenarnya sumbangan UMNO kepada orang Melayu? Memahat dalam fikiran bangsa melayu bahawa selagi mereka menguasai pemerintahan maka orang Melayu akan selamat?

Akibatnya, bangsa melayu menyerahkan amanah kepada suatu kumpulan yang mencabul dan mengkhianati amanah tersebut.

Tidak ada bangsa dalam dunia boleh maju dengan mentality entitilement- berhak keatas sesuatu kerana status tanpa perjuangan dan usaha.

Orang Melayu mesti sedar bahawa UMNO tidak lagi menjaga kepentingan mereka. UMNO jaga kepentingan kumpulan 20% tertatas. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa