Thursday, November 26, 2015

Orang PAS pun kaki fitnah dan kaki bohong juga!

Bekas Ahli Majlis Dari PAS Bakal Berdepan Dengan Tindakan Undang-Undang Kerana Menfitnah

THURSDAY, 26 NOVEMBER 2015
 

Merujuk kepada keratan muka depan dan mukasurat 13, akhbar Utusan Malaysia bertarikh 25hb Nov 2015. Didalam artikel  tersebut telah menerbitkan kenyataan daripada bekas ahli majlis MBPP iaitu Saudara Izuree Ibrahim. Dimana beliau secara jahat dan fitnah telah dilaporkan memaklumkan :

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah mengeluarkan lesen premis perjudian. Dimana MBPP hanya mengeluarkan lesen premis perniagaan dan Kementerian kewangan yang bertanggujawab mengeluarkan lesen perjudian.

MBPP menerima 120 permohonan lesen perjudian di Jalan Penang. Mengikut rekod jabatan tiada lansung permohonan Pusat Hiburan di Jalan Penang pada tahun 2014 dan memang tiada permohonan pusat perjudian akan diterima oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Beliau mengeluarkan kenyataan dengan niat jahat atau (mala fide) bahawa ada bayaran diterima dari tauke judi oleh pimpinan kerajaan negeri.

Ahli Bandaraya Pulau Pinang bersengkongkol dalam kelulusan lesen perjudian. Dimana lagi sekali ditegaskan Majlis Bandaraya Pulau Pinang tidak pernah memproses sebarang permohonan lesen perjudian.

Beliau telah dipecat dari jawatan ahli majlis MBPP kononnya kerana lantang mempersoalkan kelulusan mendadak lesen premis judi.

Beliau dengan niat jahat mendakwa memaklumkan kepada Datuk Bandar berkenaan isu penambahan kelulusan lesen perjudian tetapi tidak mendapat perhatian.

Setelah meneliti isu ini dan setelah mendapat maklumat lengkap dari Jabatan berkaitan dan mendapat nasihat dari Penasihat Undang-undang Kami Ahli-ahli Majlis, Majlis Bandaraya Pulau Pinang menegaskan:

Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan mengeluarkan menyataan yang berniat jahat (mala fide) dan tidak benar oleh Sdr Iszuree Ibrahim keatas ahli-ahli Majlis, Majlis Bandaraya Pulau Pinang , Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang itu sendiri.

Mengesa Jabatan Undang-undang mengambil tindakkan menyaman beliau atas kenyataan yang berniat jahat dan secara terang memfitnah Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Laporan Polis akan dibuat agar pihak berkuasa mengambil tindakkan keatas kenyataan beliau yang bersifat ‘fitnah jenayah’.

AHLI-AHLI MAJLIS

MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG


- sumber

4 comments:

  1. Kepimpinan melalui teladan, Hadi pun buat fitnah pil kuda juga, kann...

    ReplyDelete
  2. Kononya parti Islam,..apakah dasar2 dalam parti Islam ini sememangnya mengalak kepada ahli nya mengamalkan budaya fitnah ???,..baguslah,.semuga Tuan perseden bahagia di Dunia tidak diikhirat,..jawab!!!!!

    ReplyDelete
  3. Kononya parti Islam,..apakah dasar2 dalam parti Islam ini sememangnya mengalak kepada ahli nya mengamalkan budaya fitnah ???,..baguslah,.semuga Tuan perseden bahagia di Dunia tidak diikhirat,..jawab!!!!!

    ReplyDelete
  4. Mengikut hukum islam yang diamalkan oleh puak2 Hj Hadi ni, fitnah keatas lawan samada islam mahupun bukan islam adalah HALAL dan dialu2kan. Ia menjadi amalan sebab hanya puak2 ni aje ahli2 syurga dan hanya merekalah sebenar2 orang beriman dan islam. Maka jika mereka membuat fitnah pun tak dak dosa mahupun laknat dari Allah. Ni lah dia ajaran yang menyebabkan berlakunya penyebaran fitnah secara meluas terhadap golongan2 yang dilabel sebagai progresif, erdogan, barua DAP dan jebon, malah mendapat restu dari ulamak2 PAS (tak dak sorang pun yang kuarkan hukum mengharamkan fitnah sebaliknya tok guru depa pun pi dok join sama). Ni lah dia geng2 yang nak jadi penasihat kepada parti yang sedang merosakkan dan memusnahkan negara kita (dan menzalimi rakyat dengan GST). Dan geng2 ni yang nak suruh kita undi mereka sebab mereka nak tegakkan hukum Allah kat Mesia ni??? No, thank you! Korang semua boleh jalan. Pi lah naik bas persiaran yang Hj Hadi bawak dan terus masuk gaung! Kami semua sedang menuju Putrajaya naik Bas ekspres PH!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa