Thursday, November 26, 2015

Serangan di Paris bakal cetus Perang Dunia Ke-3?

LIZA HASAN26 NOVEMBER 2015
SERANGAN di Paris yang mengorbankan 130 nyawa dilihat amat signifikan dengan apa yang sedang berlaku di Syria ketika ini.

Di bumi Presiden Bashar Al-Assad,  pertempuran hebat berlaku antara Amerika Syarikat (AS) dan Rusia dengan menjadikan halaman Syria sebagai medan pertempuran dalam menunjukkan kehebatan persenjataan dan pesawat pejuang masing-masing sejak 30 September lalu.

Rusia menampilkan sistem pertahanan udara S-400 terkini, yang dikenali Nato sebagai  SA-21 ‘Growler’ yang ditempatkan di Pangkalan Udara Latakia di pantai Syria sebagai kubu pertahanan jika diserang dari arah Turki dan Israel.

Selain pesawat tempur Sukhoi Su-24, Su-25, SU-30 dan Su-34 yang selalu digunakan, S-400 juga berpotensi memintas ancaman udara dari peluru berpandu kapal perang  RAF Tornado dan pesawat tempur F-15 dan F-16 milik AS dan sehingga awal bulan ini, Rusia mendakwa dapat menguasai 277 lokasi IS di Aleppo, Damsyik, Lattakia, Hama, Homs dan Idib.

Segala pertempuran itu didakwa berpunca dari gerakan IS dan episod memenggal kepala, rogol dan bunuh terhadap penduduk tempatan termasuk kanak-kanak yang menjadi wadah media setiap hari.

Namun, adakah niat Rusia untuk membantu Presiden Assad membersihkan IS dari bumi itu benar-benar telus atau ia sengaja mahu membuatkan AS malu kerana gagal menghapuskan kumpulan pengganas  terbabit selepas Uncle Sam dan Arab Saudi melabur berbilion dolar bagi menggulingkan kerajaan Assad yang selama ini teguh disokong Kremlin?

Tindak balas AS  menghantar 50 kargo kelengkapan ketenteraan sebagai pertahanan dilihat lucu dan bodoh oleh rakyatnya sendiri sehingga Pentagon mengeluarkan arahan untuk berhenti melatih pemberontak Syria dengan alasan, mereka menolak untuk menentang IS dan hanya fokus mahu melawan rejim Assad.

Berbalik pada situasi di Paris, hanya dalam tempoh empat hari segala-galanya mencapai klimaks menerusi serangan mega oleh Perancis ke atas kubu-kubu IS di Syria.

Kementerian Pertahanan Perancis dalam satu laporan berkata, sebanyak 12 pesawat pejuang melakukan serangan di wilayah Raqqa dengan kerjasama AS dan serangan dengan 20 bom itu meranapkan kem komando dan kawasan latihan ketenteraan IS.

Secara logik, apakah serangan di enam lokasi berasingan Paris itu hanya alasan untuk memberi peluang kepada Perancis bergabung dengan AS di Syria bagi berhadapan dengan Rusia?

Ini kerana serangan di Paris yang dianggap terburuk sejak tragedi 11 September 2001 di New York memaksa Presiden Perancis, Francois Hollande mengisytiharkan darurat dan beliau mengisytiharkan menutup sempadan selain mengerahkan ribuan anggota tentera tambahan ke kota itu.

Ramai penganalisis perang berpendapat, ia adalah satu langkah dan alasan bagi membenarkan serangan itu terjadi.  Persoalannya, siapa sekutu dan siapa seteru dalam situasi ini?

Sejurus serangan itu, satu dunia seperti bergoncang apabila kenyataan demi kenyataan untuk membantu Perancis dikeluarkan walhal Rusia terus membisu dan menjadi pemerhati senyap.

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau antara yang terawal mengeluarkan kenyataan akan membantu dari segenap cara termasuk mengerahkan tenteranya sebagai pasukan sokongan.

Beliau yang menganggap Perancis sebagai ‘sepupu’ negaranya bagaimanapun sedang mempertimbangkan untuk memanggil semula semua jet pejuang milik Kanada yang selama ini digunakan dalam misi AS di Iraq kerana bimbang negaranya pula jadi sasaran serangan IS.

Bagi Malaysia pula, Wisma Putra dalam satu kenyataan hanya mengutuk keras serangan itu dan beberapa menteri turut mengeluarkan kenyataan bahawa mereka juga menjadi sasaran IS termasuk Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Rusia tidak keseorangan

Sejak pertempuran Rusia dan AS di Syria, jarang sekali sekutu Rusia didedahkan oleh mana-mana media.
Ini kerana, kebanyakan negara berjaya diracun oleh kuasa Barat untuk terus menuding jari ke arah Rusia bagi melabelkan negara beruang merah itu kononnya  musuh utama dunia.

Setiap kali pertempuran hebat antara Rusia dan sekutu AS di Syria berlaku, pasti cerita IS tenggelam dan kisah keganasan yang dikatakan menjadi punca pertempuran dua kuasa besar dunia itu tercetus disebabkan IS. IS terus dijadikan kambing hitam dan propaganda bagi ‘menghalalkan’ perang.

Namun, diam tak diam, ada juga negara yang teguh bersama Rusia iaitu Chechnya.

Pemimpin Chechnya, Ramzan Kadyrov dengan tegas menyatakan tidak ada yang peduli terhadap apa yang difikirkan oleh Barat mengenai operasi Angkatan Tentera Udara Rusia di Syria.

Beliau berkata demikian menerusi akaun rasmi Instagramnya menerusi kenyataan, “Orang akan berfikir bahawa dunia seharusnya bergembira dengan serangan ini, kemudian kita akan melihat AS khuatir mengenai kerugian dideritai IS.

Mereka mengatakan IS adalah syaitan, namun sejurus Angkatan Udara Rusia memulakan serangan, mereka tiba-tiba mengutuk pengeboman itu dan menyeru untuk mengambil tindakan terhadap Rusia."

Pemimpin Chechnya itu juga berkata, Chechnya kini sedang melaksanakan tindakan preventif bertujuan untuk menjaga rakyatnya dan rakyat Rusia, agar tidak  bergabung dengan IS.

Bagi melaksanakan tugas itu, Kadyrov meminta restu kepada Presiden Rusia bagi membenarkan pasukan tenteranya untuk bersama memerangi IS di Syria, dan beliau juga berkata, tenteranya telah bersumpah untuk memerangi pengganas itu hingga titisan darah terakhir.

Dalam satu temu bual dengan radio RSN, Kadyrov berkata, “Sebagai Muslim, sebagai warga Chechnya dan sebagai askar Rusia, saya ingin mengatakan bahawa saat republik kami diserang oleh syaitan-syaitan ini, kami telah bersumpah dengan al-Quran bahawa kami akan memerangi mereka di mana pun mereka berada."

Kadyrov juga berkata, unit pasukan khusus (komando) Chechnya berada dalam siap siaga untuk melakukan pertempuran tahap tertinggi dan yakin pengganas IS akan segera menghilangkan diri kerana gentar untuk berhadapan dengan tenteranya.

Beliau juga mengusulkan akan menarik semula kewarganegaraan Chechnya mahupun Rusia jika terbukti ada rakyat negara itu menyertai IS.

Amaran juga diberikan jika ada rakyatnya menyertai IS maka mereka tiada peluang dan ruang untuk kembali ke Chechnya dan Rusia.

Bagaimanapun katanya, perisikan akan terus dilakukan kerana IS bertindak atas perintah dari perisikan Barat untuk melakukan serangan di negara-negara yang majoritinya adalah penduduk Islam.

Tujuan mereka adalah untuk membunuh pejuang Islam dan menghancurkan ekonomi serta integriti negara-negara Islam.

Sebagai contoh katanya, Barat sebelum ini pernah mewar-warkan bahawa gerakan IS mula menular di Kaukasus Utara namun katanya perkara itu tidak perlu dihiraukan kerana ia sekadar skrip rekaan AS untuk memberi alasan bagi menyerang negaranya.

“IS tidak akan berani datang ke Rusia dan jika mereka berani berbuat demikian maka keputusan itu adalah perkara terakhir yang berani mereka lakukan sebelum meninggal dunia,” katanya.

Di sisi lain, kumpulan Front al-Nusra yang dianggap sebagai kelompok pemberontak yang mendapat dukungan penuh AS dan Arab Saudi didakwa giat melakukan pembersihan terhadap etnik Alawi di Lattakia, Syria sedangkan pembersihan etnik menyalahi apa jua agama di dunia.

Kumpulan Front al-Nusra adalah kumpulan yang ke hadapan berusaha menumbangkan rejim Assad.

Saudi pula sebagai salah satu negara penting dalam konflik di Syria masih tidak berpendirian jelas kerana terus menyokong kumpulan Front al-Nusra dan pada masa yang sama, memprotes penglibatan Rusia yang menyokong Assad serta beranggapan bahawa tindakan mereka melatih kumpulan ini adalah tindakan yang sah.

AS bagaikan mahu konflik di Syria berpanjangan kerana tidak mahu melihat siapakah pemenangnya. Ini dilakukan bagi melemahkan Syria yang merupakan salah satu kekuatan negara Islam.

Setelah keruntuhan Soviet Union, AS tiada musuh yang kuat dan satu-satunya musuh berpotensi untuk memeranginya adalah Islam.

Oleh sebab itu, penting bagi AS untuk meneruskan konflik di Syria manakala Saudi pula memiliki kepentingan untuk menumbangkan rejim Assad disebabkan keakraban Assad dengan Iran yang sama-sama bermazhab Syiah.

Perang Dunia Ke-3? Penglibatan Perancis di Syria untuk bersama dengan AS dan sekutunya dalam usaha memerangi IS sedikit demi sedikit memberi bayangan mungkin akan tercetus Perang Dunia Ke-3.

Di ibu pejabat Nato di Brussels, Belgium, tentera yang dikawal oleh Pentagon mengisytiharkan menerima arahan diarah tertugas dan siap siaga pada hujung minggu ini dan perikatan 28 negara itu juga sepakat mematuhi arahan tersebut sejajar dengan Perkara 5 yang termaktub dalam Piagam PBB berkaitan Nato.

Merujuk kepada perkara itu, “Pihak-pihak bersetuju bahawa serangan bersenjata terhadap satu atau lebih di Eropah atau Amerika Utara akan dianggap sebagai serangan terhadap Nato dan akibatnya mereka bersetuju bahawa, jika apa-apa serangan bersenjata berlaku terhadap hak individu atau pertahanan berbentuk kolektif yang diiktiraf dalam Perkara 5, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu maka mereka wajar dibantu untuk
melakukan serangan balas."

Namun, perlu diingat, satu-satunya negara yang pernah menguatkuasakan Perkara 5 adalah AS selepas serangan 9/11 pada 2001.

Jika Perancis ingin menjadi negara kedua dalam hal itu, langkah pertama harus dilakukan adalah memanggil duta dari 28 negara anggota ke Brussels untuk melakukan rundingan seperti termaktub dalam Pasal 4, sebelum membuat sebarang keputusan.

Perkara ini penah dilakukan Turki pada tahun lalu selepas serangan IS di negara terbabit. Tetapi jelas, perkara itu tidak berlaku terhadap Perancis apabila melulu melakukan serangan atas alasan terlalu marah dengan perbuatan yang didakwa dilakukan IS dan akhirnya terus melompat ke Perkara 5.

Susulan tindakan drastik itu, ia membawa kepada kemuncak jutaan pelarian Syria memuladi kan langkah bersabung nyawa lari menyelamatkan diri ke Eropah selepas terkepung dengan serangan paling dahsyat sepanjang minggu ini.

Nampaknya, Nato tidak boleh berpura-pura untuk mengetepikan atau menafikan realiti yang berlaku dan sudah tiba masanya pihak berkenaan bertindak tetapi adilkah Nato mengikut telunjuk Pentagon yang menguatkuasakan Perkara 5 tanpa berunding?

Hakikatnya, Nato harus mengenepikan perbezaan dalaman, Nato mempunyai sumber ketenteraan yang amat besar termasuk lebih tiga juta askar, lebih 25,000 pesawat tentera, 800 kapal perang pejuang utama dan 50 pesawat AWACS.

Oleh itu dapatkah kita bayangkan jika Nato menyertai misi memburu IS dengan skala pertahanan yang sangat besar? Sudah pasti akan ramai lagi rakyat Syria menjadi korban.

Nato sepatutnya mengambil langkah praktikal sejajar dengan undang-undang antarabangsa dan bukannya mengikut kehendak Pentagon.

Antara langkah yang boleh diambil adalah;
- Pertama, mengikut perjanjian Nato, serangan Paris perlu dirujuk kepada Majlis Keselamatan PBB terlebih dahulu sama ada mahu menyokong serangan balas ketenteraan atau pun sebaliknya.

- Kedua, anggota perikatan perlu menetapkan satu arahan iaitu memimpin, merancang dan melaksanakan tindak balas operasi tanpa provokasi dari mana-mana negara anggota.

- Ketiga menyediakan pasukan khas Nato untuk mengetuai operasi ketenteraan menerusi perkongsian risikan antara negara anggota.

- Keempat yang paling penting dalam memberi kesan jangka panjang ialah Nato perlu mengadakan misi latihan untuk askar Kurdis dan Peshmerga-Yazidi sebelum membenarkan mereka bergabung untuk bertempur di utara Iraq seperti dilakukan Jordan dalam Latihan Misi-Iraq (NTM-I), pada 2004-2011.

- Kelima, sebarang pengeboman mega yang diketuai AS di Syria dan Iraq perlu mendapat kebenaran Nato kerana mereka mampu menggunakan aset semaksimum mungkin sesuai dengan keperluan yang ada.
Akhir sekali, Nato perlu membina gabungan terbuka, termasuk dengan musuh tradisi mereka iaitu Rusia.

Rusia sekutu Perancis? Selasa lalu, Presiden Putin mengarahkan tenteranya menyelaraskan operasi ketenteraan dengan Perancis untuk menggerakkan pelan tindakan bersama di Syria.

Ini adalah isyarat awal dalam pemulihan hubungan baik selepas serangan pengganas di Paris dan menembak jatuh sebuah pesawat Rusia awal bulan lalu di Sinai.

Tindakan ini dilihat makin rumit kerana siapakah musuh sebenar mereka, IS atau Islam?

Putin dilihat sebagai seorang pemimpin yang tegas dan jarang sekali melakukan kesilapan dalam kerahan ketenteraan.

Arahan beliau biasanya terang dan ringkas iaitu ‘sapu bersih’ kerana tidak mahu memanjangkan sesuatu operasi bagi mengelak kerugian perbelanjaan.

Apa kesudahan? Permainan perang ini makin menarik apabila AS terus kekal mengarahkan drama bersiri ini. AS tanpa putus asa meracun semua penduduk dunia untuk membenci Rusia dan jangan terlupa bahawa Malaysia juga menjadi mangsa iaitu dalam tragedi MH17, Malaysia ditakuttakutkan dengan kehadiran pengebom berani mati IS ketika sidang kemuncak Asean minggu lalu.

Kenapa Malaysia sanggup terlibat dalam perkara ini?

2 comments:

  1. musoh utamma tetap israel as dan sekutunya
    musoh Islam sejati
    kalau perang besar meletus apa yang kiat mampu buat
    sebagai ornag yang penuh ykain denagn Islam
    apa saja terjadi dengan kehendak Allah kita harapkan
    diri kita tetap dari golongan yang kanan
    Islam sentiasa diancam namun Islam tetap terus bersinar sampai
    hari ynag dijanjikan oleh Allah

    ReplyDelete
  2. Remember depending on his chemical makeup one ED treatment
    may work better than another, Cialis is Tadalafil, Viagra is Sildenafil, and Levitra is Vardenafil, These are all oral (PDE5) inhibitors, There are also other treatments like Testosterone, and even intracavernosal injections.
    In the United States alone there are about 30 million men who suffer
    from impotence. A sexually aroused man attains an erection when a nucleotide called cyclic GMP
    is released in the body.

    my site - http://www.cialis20mgfr.fr/cialis-generique-sans-danger/

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa