Thursday, December 31, 2015

Mad Maslan tambah kriteria jadi negara gagal

Saranan #2kerja tambah kriteria jadi negara gagal

 | December 31, 2015
Ia jelas menunjukkan sikap menteri-menteri yang tidak memahami nilai-nilai mengekalkan tradisi bekerja di kalangan pegawai kerajaan yang perlu diperketatkan.
zam,maslan
PETALING JAYA : Saranan yang dibuat oleh Datuk Ahmad Maslan agar rakyat melakukan lebih dari satu kerja bagi menangani kos sara hidup boleh meruntuhkan nilai-nilai yang cuba dipertahankan dan diperkuatkan terutama dalam kalangan kakitangan kerajaan.
Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mendakwa, prestasi kerja kakitangan kerajaan juga kini telah merosot amat jauh jika dibandingkan dengan era bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.
“Kita sekarang boleh melihat bagaimana kakitangan kerajaan lepak dalam masa kerja di kedai-kedai mamak terutama di Putrajaya kecuali jika diketuai oleh ketua-ketua jabatan yang diketahui benar-benar tegas dan keras,” katanya menerusi entri terbarunya zamkata.blogspot.
Zainuddin menambah, saranan Ahmad Maslan juga jelas menunjukkan sikap menteri-menteri yang tidak memahami nilai-nilai mengekalkan tradisi bekerja di kalangan pegawai kerajaan yang perlu diperketatkan untuk membangunkan sebuah masyarakat Wawasan 2020.
“Bukannya menjadi gambaran sebuah masyarakat yang mundur dan miskin seperti Indonesia atau Thailand.
“Kenyataan Ahmad Maslan ini jelas menunjukan masyarakat kita semakin runtuh terutama di kalangan pemimpin politik pemerintah sendiri,” katanya.
Beliau turut terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Penerangan UMNO itu kerana ia turut akan menambah kerosakan disiplin kakitangan dan pegawai kerajaan terutama di kalangan guru yang pada masa kini ramai yang terlibat dengan kelas tuisyen
“Kita sedang menambah kriteria untuk melayakan diri menjadi sebagai sebuah negara yang gagal,” tegasnya.

# Baca jugaKos penyelenggaraan kerajaan tinggi, pemimpin boros dan membazir

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa