Thursday, December 31, 2015

Tuduhan Dana Politik Dari Israel: DAP Perlu Jelaskan atau saman!

Thursday, December 31, 2015
USD300J Dana Politik Dari Israel, DAP Perlu Jelaskan -Dr. Mohd. Zuhdi
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata, kegagalan DAP menjawab pendedahan oleh bekas pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng itu akan mengesahkan tentang hubungan DAP dan Israel.
“Dakwaan yang dilontarkan oleh Mohamed Razali tentang hubungan DAP dan Israel ini lebih serius, malah apa yang didedahkan itu lebih mengancam keselamatan negara dan sensitiviti umat Islam di Malaysia.
“Mohamed Razali melontar tiga dakwaan serius yang sehingga hari ini tiada penafian yang jelas dari DAP. Tiga dakwaan tersebut termasuk DAP didakwa ditawarkan dana PRU Ke-13 sebanyak USD300 juta oleh Israel,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Mohd. Zuhdi berkata, Mohamed Razali turut mendedahkan seramai 17 pemimpin DAP dilatih oleh pakar perisikan Israel untuk menjadi pakar strategi kerana beliau antara yang menjalani latihan tersebut.
Katanya, Mohamed Razali turut mendedahkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerap ke Singapura bertemu dengan wakil kedutaan Israel, dan Mohamed Razali antara yang mengambil maklum urusan pertemuan tersebut.
“Mohamed Razali mendakwa sebuah pengkalan tentera Israel baru akan diwujudkan di Port Dickson sebagai balasan jika DAP berjaya menguasai Putrajaya.
“ketiga-tiga dakwaan Mohamed Razali ini jauh lebih serius dan mengancam umat Islam dan keselamatan negara sekiranya ia benar-benar dilakukan oleh DAP,” katanya.
Justeru, kata beliau, DAP tiada cara lain untuk membersihkan tuduhan-tuduhan itu melainkan mendakwa Mohamed Razali di mahkamah kerana sudah lebih empat tahun DAP mengelak menjawab tuduhan itu.
Tiada penafian yang jelas dari kepimpinan tertinggi DAP. Kegagalan DAP menafikan dakwaan tersebut akan menyebabkan persoalan tentang hubungan DAP dan Israel masih tidak terjawab,” katanya.
Pemimpin DAP baru-baru ini mengutuk kerajaan Malaysia menyekat dua atlet Israel menyertai pertandingan luncur angin di Langkawi.
Parti yang mendominasi Pakatan Harapan itu turut dikecam teruk oleh PAS yang menyifatkan tindakan DAP itu mengambarkan wajah sebenar parti berkenaan ke atas agama Islam selama ini.
Sekutu DAP dalam Pakatan Harapan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagaimanapun mengambil pendirian membisu dalam isu tersebut.
Ramai pihak melihat sikap ditonjolkan PKR itu kerana tidak mahu dilihat sebagai anti-Israel atas sebab-sebab tertentu. (IH) - sumber

10 comments:

  1. Pelik aku tengok Zuhdi ni. Dia staf Um maknanye pegawai kerajaan. Sejak bila pegawai boleh kerja dgn parti politik termasuk Pas. Siapa beri kelulusan?? Naib cancelor, Ksu @ Ksn? Siapa bole beri penjelasan??

    ReplyDelete
  2. Tak mungkin kevdia ni talibarut parti cap keris?

    ReplyDelete
  3. Tak mungkin ke dia ni talibarut parti cap keris?

    ReplyDelete

  4. Jika UMNO yang bangkit kan kena lah jawab sebab perkara macam ini adalah isu yang menjadi peluru pada UMNO.

    Empat tahun punya tuduhan dan dalam pada masa itu PAS bersama DAP dalam PR...

    Tolong beri penjelasan mengapa PAS tidak putus hubungan dengan DAP ketika itu ???

    ReplyDelete
  5. Setakat arini yg mengancam negars adalah umno...apco penasihat...mcm mane pula zuhdi n geng nk jelaskn....negara berhutang dr 80billion zamn anwar..skrng da jd 600++ billion hutang...siapa lg bhaya?...yg mansuhkn kuasa raja siapa...patutnya raja yg berkuasa dlm sebab2 tertentu...bknya pm or menteri...

    ReplyDelete
  6. Ko kumpul bukti dan bawak le ke mahkamah. DAP confirm tunggu punya. Doktor pun spin cerita2 mcm ni. Mission nak kahwin UMNO dgn PAS macammana? Semakin terserlah keUMNOan mu.

    ReplyDelete
  7. Mulutnya mencirit-birit lagi.

    ReplyDelete
  8. Untuk pengetahuan sume...tulisan tersebut telah dipadamkan serta merta dari harakah daily. Khabarnya batu pelir seorang dr ayam telah tersentap masuk ke dalam kerandut apabila diberitahu sebuah parti china skan menyaman beliau kerana menyiatkan fitnah....

    ReplyDelete
  9. Kata bijak sangat dr.kimia ni. Tak pernah torpedo nye dihadap kepada umno. Sasaran torpedo dia utk dap saja. Rasanye dlm otak nye penoh dgn dna umno. Atau dia agen umno dlm pas chai. Jawab le al fadil ulamak2 pas chai. Hahaha.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa