Saturday, January 23, 2016

Korang nilailah siapa yang fitnah, siapa bohong dan siapa yang ngok?

Hadi dakwa DAP mahu TPPA kerana orang Cina kuasai perdagangan

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa DAP dilihat menyokong Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kerana orang Cina dikatakan menguasai perdagangan di negara ini.
Hadi mendakwa DAP bersetuju dengan tender terbuka "sebab orang Cina menguasai perdagangan di Malaysia".
Katanya, kontraktor Malaysia akan perlu bersaing dengan kontraktor dari negara anggota TPPA yang mempunyai peralatan yang lebih canggih, lebih pengalaman dan lebih kebolehan.
"Orang bumiputera yang letihnya dengan TPPA ini," katanya dalam video mesej pra-perhimpunan yang disiarkan melalui laman Facebook PAS.
PAS, bersama-sama dengan parti politik lain dan NGO akan berhimpun di Kuala Lumpur petang ini untuk membantah TPPA yang akan melalui proses pengundian di Parlimen akhir bulan ini.
PSM yang telah berikrar untuk menyertai perhimpunan tersebut, juga telah mengkritik Pakatan Harapan dan khususnya DAP kerana didakwa dilihat kurang menunjukkan komitmen untuk menggerakkan ahli-ahlinya untuk menyokong bantahan tersebut.
Presiden PAS itu menggesa ahli parti itu menggerak dan menyertai perhimpunan hari ini.
Mengulas lanjut mengenai bahaya TPPA, Hadi mengumpamakan Malaysia sebagai sebuah tasik yang kecil yang menumpang lautan yang besar.
"Bila buang sempadan, air lautan itu masuk, jadi banjir, kita tak dapat nak lawan air pasang dia. Sebabnya kita menentang," katanya.
"Kita negara kecil, kalau kita langgar undang-undang, dia (Amerika) boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas kita,
"Kalau dia (Amerika) langgar peraturan, boleh dak kita bertindak, bawa Amerika ke mahkamah? Dia boleh buat apa saja," katanya.
TPPA: Setiausaha publisiti DAP kecam Hadi

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mengulangi bahawa DAP tidak pernah menyatakan sokongan terhadap Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dan mengecam Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi kerana didakwa menjadikannya sebagai isu perkauman.
Perang mulut itu tercetus menjelang beberapa jam lagi perhimpunan membantah TPPA di ibunegara petang ini.
Semalam, Abdul Hadi dalam video pra-perhimpunan itu, meminta ahli parti itu menyertai perhimpunan tersebut dan turut mensasarkan DAP.
Presiden PAS itu mendakwa bahawa DAP dilihat menyokong TPPA kerana orang Cina dikatakan menguasai perdagangan di negara ini.
"Orang bumiputera yang letihnya dengan TPPA ini," kata Hadi dalam video tersebut.
PAS telah mengerahkan ahli-ahlinya untuk menyertai bantahan tersebut yang akan bermula jam 2 petang ini.
DAP juga menjadi sasaran kritikan PSM, yang berikrar untuk menyertai perhimpunan itu, kerana didakwa dilihat kurang komitmen untuk menggerakkan ahli-ahlinya menyokong bantahan tersebut.
Sebagai reaksi balasnya, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengecam PSM, dan menegaskan bahawa DAP tidak menyokong TPPA tetapi tidak membuat sebarang komitmen ia akan menggerakkan ahlinya menyertai perhimpunan tersebut

7 comments:

  1. tuang presideng kuat lebong bahang cina. sidang parlimeng hilang sokmo. ..doh bagi nasehat kat hj najib.. gi demo jangang lupa pakai sedondon earne 'pink ...

    ReplyDelete
  2. Bakpe pelik ngat Aji Ade ni.Yang nak tandatangan untuk luluskan TPPA dijalankan di Mesia tu siapa.Tengok wi molek skek.....Biar nampok cerdik skek.

    ReplyDelete
  3. Abe

    HH dan kesemua MP PAS ponteng taklimat TPPA kpd semua MP yang diadakan pada 7, 10 dan 11 januari lalu. Jadi kalau xhadir, boleh ke bercakap dengan fakta.

    Jadi HH hanya temberang je...dia buta kayu pasal TPPA kerana dia ponteng taklimat....bayangkan ulamak besar ponteng taklimat penting kemudian cakap merapu...merapu la sbb xtau apa benda TPPA senenarnya sbb ponteng taklimat....

    ReplyDelete
  4. Aku pelik hj hadi ni? Apa dok sibuk dgn dap? Takdak hubungan dah. Mcm meracau meroyan. Setahu aku dap belom ada stand. Sbb blom dibentang di palimen. Awat sibuk pasal cina melayu. Hadi jgn ponteng palimen tau. Nnti bole gaji buta. Haramm. If tk suka masuk parlimen jgn betanding pilihanraya ler. Mudahkan.

    ReplyDelete
  5. jika benar tersangatlah bodohnya---ttpa berkaitan dengan hegemoni us melawan cina---tara baca-----bacalah

    hari itu seseorang meyuruh umno mencontohi isil

    hari ini TTPa di kaitkan dengan cina

    sama sama mabuk---mabuk lagi

    ReplyDelete
  6. Ni manusia gila talak... Tu meracau xtentu hala.. Org xsibuk hal dia... Tibatiba dok kluar hal dap... Yg dia berkawan dgn najib awat xsuruh najib hentikan ttpa tu.. Dah le berkawan xboleh nasihat nenk semah tu pakai tudung... Ni le presideng parti yg paling teruk kat malaysia.. Sasau dgn byk benda .. Dulu kat baggul pradong kata lain.. Lo ni kata lain.. Xlekat unjap.. Jenis mabuk laut ke mabuk ketum.. Boleh lg orang pas jadi tok ketua org mcm ni.. Mungkin nak nyanyuk kot... Mamat ni bukan nabi ... So dia xmaksum.. Nak kata ulamak pun x jugak sbb benda simple melibatkan amanh pun tak tertunai.. Psrt xhadir dewan parlimen... Dan byk lagi...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa