Saturday, January 23, 2016

Najib dalam keadaan panik?

Tindakan guling Mukhriz gugat BN di pilihan raya Sawarak – Zainuddin Maidin
TMI - Published: 23 January 2016 11:17 AM

Saya menerima sebuah mesej dari seseorang yang sangat berpengaruh dalam kerajaan  Sarawak dan penyokong kuat kepada Ketua Menteri Sarawak Datuk Adenan Satim yang saya kenal lama dan sangat saya hormati (bagi saya dia adalah paling layak untuk gantikan Datuk Seri Najib).

Mesej ini saya terima berikutan dengan tindakan gopoh-gapah pemimpin Umno Kedah dengan diketuai Ahmad Bashah yang  mahu menggulingkan Mukhriz sebagai menteri besar Kedah untuk beliau  menggantikannya.

Mesej itu berbunyi, “Assalam tan sri, apa dah jadi dengan Umno Kedah?”

Jawapan saya, “Datuk Seri Najib Razak sedang menggali kuburnya sendiri dengan bantuan rakan-rakan. Sedih. Dia tidak sedar ramai orang hanya berpura-pura setia padanya termasuk pegawai kerajaan sendiri. Kesetiaan politik hanya kerana kepentingan  diri masing-masing.

Ahmad Bashah dah tak sabar nak jadi menteri besar. Baginya ‘do or die’ dan demikian juga rakan-rakannya kerana jika Mukhriz terus jadi menteri besar harapan mereka punah sama sekali  di Kedah pada pilihan raya akan datang. Tak ada peluang  nak jadi calon pun.”

Jawapan yang saya terima, “It is a wrong timing when Sarawak is facing election (bukan masa yang sesuai ketika Sarawak bakal menghadapi pilihan raya).”

Saya pun baru tersedar ada kaitannya dengan Sarawak yang merupakan ‘fix deposit’ Barisan Nasional (BN). Apatah lagi dengan orang yang gila nak jadi menteri besar dan juga Najib yang hendak selamat sebagai perdana menteri.

Tentunya  tidak mengambil kira perasaan orang Sarawak dan juga ketua menteri Sarawak dan kesannya kepada pilihan raya negeri Sarawak kelak.

Saya baru ke Sarawak  dan saya amat malu ketika berjalan kaki bersama kawan-kawan di bandar Kucing, ada orang berteriak dengan kuat kepada saya  dari seberang  jalan, “Datuk, bila Najib nak turun, suruh dia turun cepatlah.” Kawan-kawan saya ketawa.

Sebenarnya apa yang berlaku adalah proses sama yang berlaku kepada semua pemimpin negara yang hendak menyelamatkan diri pada saat-saat terakhir.

Najib dalam keadaan panik, hilang perhitungan dan kewarasan walaupun nampak tenang dengan ‘denial sydrom’nya tetapi tindakannya menampakkan kepada rakyat  dirinya yang sebenar.

Dia lupa kepentingan Adenan Satem, lupa Sarawak sebagai ‘fix deposit’ dan dia ingat hanya Umno  boleh selamatkannya.

Salam hormat dan simpati saya kepada Adenan Satem. – zamkata.blogspot.my, 23 Januari, 2016.

3 comments:

  1. Bole pakai ke ini mamak punya otak? Lebih 40thn kerja melebong je. Maklom le lulus dip in masscom in Germany. Lebong terus lebong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengar blh, percaya tu... Idok le..

      Delete
  2. Bahalol

    Bijak pandai orang orang SONGKOK TINGGI hanya tahap KANGKONG saja

    Kepala Otak !!!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa