Saturday, January 23, 2016

Pendedahanlah kononya ni: Korang baca dulu, jangan gelak dulu!

Oleh : Daeng Zackbachok

DEDAH...!!!!! DEDAH....!!!

Hari Ini terpaksa kita dedahkan beberapa siri kisah DAP terhadap PAS yang selama ini tidak diketahui serta imej sebenar DAP.

* Sebenarnya kita kena faham Tahaluf Ialah Kerjasama atau persefahaman diantara dua pihak ataupun lebih dalam PERKARA-PERKARA YANG DISEPAKATI

* Sebelum DAP menang dan mengusai Pulau Pinang, Lim Guang Eng meyakinkan orang Islam dengan berkata bahawa

“ Kita tidak perlu takut kepada Undang-undang Hudud kerana hudud hendak menghukum orang yang jahat sahaja dan kita yang tidak jahat tidak perlu takut"

* Kemudian selepas kali pertama mengusai Negeri Pulau Pinang, Lim Guang Eng menambahkan lagi kepercayaan orang Islam kepada DAP dengan memberi ucapan Islamiknya yang berbunyi

“ Tuan-tuan jangan bimbang, saya akan memberi keadilan kepada semua sebagaimana Umar Abdul Aziz yang memberi keadilan kepada semua rakyat "

* Seterusnya Pada 9/3/2012 DAP dengan sombong dan angkuhnya meluluskan Piliharan Raya Kerajaan Tempatan semasa sidang DUN Pulau Pinang walaupun tidak mendapat persetujuan daripada Pas. Dan sekaligus mengkhianati Persetujuan bersama kononnya dipegang oleh DAP selama ini.

* 27/1/14 Adun PKR dari Kajang Meletak jawatan dan mengosongkan kerusi tersebut tanpa membincangkan terlebih dahulu dengan PAS serta merahsiakan daripada Pas tujuan sebenar kekosongan tersebut iaitu untuk pelantikan Menteri Besar.Sedangkan PAS tidak bersetuju dengan Tujuan mereka yang Matlamat menghalalkan Cara

* Rakan Pakatan Rakyat yang lain mengenepikan keputusan Pas yang menolak “Kajang Move" serta pelantikan Datuk Sri Wan Azizah sebagai Menteri Besar yang baru sebaliknya PAS terpaksa mencadangkan Yb Azmin Ali setelah pemecatan Yb Tan Sri Khalid Ibrahim secara tidak bermaruah

* Pas menolak Datuk Seri Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar atas dasar pegangan Islam yang dibawa serta lantikan itu tidak memenuhi tuntutan Syara'. Sebagaimana sabda Baginda dalam hadith sahih iaitu apabila mendapat berita tentang pelantikan Anak Perempuan Raja Kisra sebagai pemimpin selepas kematian bapanya. Baginda bersabda yang mafhumnya

“ Tidak akan berjaya sesuatu kaum yang melantik orang perempuan sebagai pemimpin "

* 13 Mac, Pemimpin DAP yang tidak serupa bikin ini, yang tidak seIslamik dahulunya iaitu sebelum memenangi pilihan raya dengan angkuhnya berkata

“ DAP konsisten menentang Hudud". Kata-kata ini dikeluarkan semasa taklimat oleh wakil PAS Kelantan kepada semua pemimpin Pakatan Rakyat berkaitan Hudud di bangunan Parlimen.

* 19/3/2015 Sidang DUN Kelantan tetap meluluskan Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah 1993 pindaan 2015 walaupun mendapat tentangan DAP yang sebelum ini pernah meluluskan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan walaupun tidak dipersetujui oleh Pas.

* Mereka tetap meluluskan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (PRKT) dan “Kajang Move" yang bertujuan untuk kepentingan peribadi dan kekuasaan mereka,walaupun mendapat bantahan Pas.Sebaliknya Hukum Kanun Jenayah Syariah yang diluluskan demi Allah dan kepentingan umat Islam ditentang habis-habisan.

* 23/3/2015 DAP terlebih dahulu memutuskan hubungan dengan President PAS ( Bermaksud putus hungan dengan Pas) serta menuduh President PAS sebagai tidak jujur,mengkhianati rakan Pakatan Rakyat, tidak bermaruah dll.

* Ekoran itu pada 27/3/2013 DAP Sarawak terlebih dahulu memutuskan hubungan dengan PAS

* 30/3/2013 DAP Sabah turut menurut jejak yang sama untuk memutus hubungan dengan PAS iaitu 3 bulan sebelum PAS melangsungkan Muktamar pada Jun 2015 dan sebelum cadangan untuk batal Tahaluf dengan DAP.

* 4-6/6/2015 , PAS hanya baru MENGUSULKAN/MENCADANGKAN untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

* 11/7/2015 iaitu sebulan kemudian Barulah PAS memutuskan hubungan dengan DAP melalui keputusan Majlis Syura Ulama.
Sekaligus menangkis tuduhan GHB yang menuduh PAS terlebih dahulu memutuskan hubungan dengan DAP.

* Pimpinan PAS yang kalah dalam muktamar menubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB) atas alasan kecewa dengan PAS yang memutuskan hubungan dengan DAP.

.........................................................
TUAN-TUAN

* Perpecahan DAP dengan PAS adalah bukan kerana Jawatan, kerana Kuasa dan lain-lain tetapi Kerana Menegakkan Hukum Agama.

* Perbincangan kerajaan PAS Kelantan dengan Kerajaan Pusat berkaitan kepentingan Islam iaitu Hudud dituduhnya DAP bahawa PAS ingin bergabung dengan Umno, Tetapi perbincangan Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP berkaitan Jambatan ke-2 dan Kerajaan Selangor berkaitan Air dan sebagainya maka tidak pula PAS tuduh mereka bersekongkol dengan UMNO

* Cadangan President PAS untuk mewujudkan Unity Government yang pada asalnya dipersetujui oleh DAP dan PKR telah diseweng oleh puak ini dengan tuduhan bahawa PAS mahu bergabung dengan UMNO. Sedangkan cadangan PKR untuk Konsensus Nasional dan Save Malaysia oleh DAP tidak pulak PAS menuduh mereka sebaliknya.

* Banyak Isu yang berkaitan dengan Agama Islam akan ditentang oleh DAP, dan yang menyedihkan terdapat segelintir daripada kalangan Islam yang membenarkan atas alasan bersikap terbuka

* Perlembagaan Malaysia mengatakan bahawa Agama Islam adalah agama persekutuan dan agama selain daripada itu bebas di Amalkan.Tetapi DAP masih menghalang kebebasan orang Islam mengamalkan Ajaran kita sedangkan mereka bebas beragama tanpa halangan daripada kita.

* PAS tidak bermasalah sekiranya bukan Islam tidak menyokong Hudud tetapi menjadi masalah apabila DAP mula MENENTANG hudud,iaitu bererti menentang pegangan orang Islam

* DAP juga menentang pengharaman Arak di kawasan majoriti Melayu semasa pimpinan Datuk Hassan Ali sebagai Exco Agama.

* DAP juga menentang Cadangan pihak Daerah untuk mengasingkan tempat duduk pasangan yang bukan mahram semasa menontong wayang di Bandar Seri Iskandar Perak.

* DAP tetap membina sebuah gereja yang besar di Prai Pulau Pinang yang bermajoriti Melayu walaupun mendapat bantahan dari pegawai kerajaan negeri yang beragama Islam semasa mesyuarat.

* Isu kalimah ALLAH banyak diwakili oleh Peguam DAP dalam membenarkannya.

* Isu pengunaan pembesar suara semasa azan turut dibangkitkan DAP

* Isu merobohkan pusat penternakan Khinzir di Kedah suatu masa dahulu turut mendapat tentangan DAP.

* DAP pernah mendesak PAS untuk buang perkataan Islam suatu masa dahulu, akhirnya DAP keluar dari Barisan Alternatif.

Boleh dikatakan DAP akan iktiraf Islam yang kita perjuangkan jika memenuhi kehendak kumpulan 25% minoriti Cina ini. Mereka selesa dengan GHB yang meringankan tanggungjawab Islam.Dimana Gah dan Rasa Mulianya 55% Islam berbanding 25% yang menentang ini.?

Jadi bagi ada yang tawar hati dengan PAS dan ingin berhijrah ke wadah baru yang dikatakan GHB ini,dinasihatkan jadilah orang yang bijak untuk berfikir, dapatkan maklumat yang cukup dalam segenap sudut.Janganlah sampai mudah diperalatkan sehingga sanggup menggadai prinsip atas nama keterbukaan. Dan janganlah terlalu mengharapkan janji-janji kemenangan yang segera sedangkan redha Allah dilupakan. Siapa yang berani jamin bahawa DAP akan sewenang-wenangnya memberikan kebebasan Islam yang diperjuangkan oleh GHB sedangkan PAS majoriti Islam serta mempunyai keahlian yang lebih 1 juta orang dan mengusai negeri pun masih ditekan oleh DAP. Apatah lagi GHB.

Sebaliknya Kekalah dalam Jamaah Islam dan Bekerjalah untuk mendaulatkan Islam,serta yakinlah dengan kemenangan dengan pertolongan Allah. Angkat dan letakkan kemuliaan Islam pada tempat yang sepatutnya.

Percayalah janji Allah berbanding janji orang Kafir.Masakan Allah tidak menolong kita sedangkan kita bersungguh-sungguh untuk Agama Allah.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا أَنصَارَ اللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنصَارِي إِلَى اللَّهِ ۖ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنصَارُ اللَّهِ ۖ فَآمَنَت طَّائِفَةٌ مِّن بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَت طَّائِفَةٌ ۖ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَىٰ عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (Agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: “Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan AgamaNya)?” Mereka menjawab: “Kamilah

12 comments:

  1. dap mac gelakan mic dll kapir tak suka ajaran islam yang berkaitan denagn hukum hukum jinayah bila nak dijalankan
    omno pkr apa kurangnya dalam pas pun ada jugak perangai buruk ni
    masing masing denagn alasan
    tunggulah balasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Layan pil kuda... byk le idea mari! macam2 boleh tulis.

      bazir masa baca teks entah hapa2. Baikla mandi wajib sambil berenang dalam koloh!

      Delete
  2. PAS telah membusukkan nama islam dan org melayu di mata kaum lain. Itu yg aku simpulkan.

    ReplyDelete
  3. Ngapa tak tuliskan perangai busuk mr presideng yg buat u-turn keputusan yg telah disepakati dan yg mr presideng asyik ponteng mesyuarat?

    ReplyDelete
  4. Putar dan pusing ... Jgn xpusing... Cuba cari salah dan xcuba utk berdakwah... Dakwah dgn amno pun xmenjadi ni nak dakwah dgn org kapir... Lebai pas standard nya amat rendah... Bercakp kat luar berdentang dentung tp dlm parlimen siap tesasul dan tersasar... Atau terus menikus.. Ni kah pemimpin yg kita nak... Sudah jelas bukan menegakkan islam tetapi memburukkan lagi... Pas xlayak sebagai wadah perjuangan lg... Cuma bagus zaman TGNA yg ada.. Selepas tu semua geng pas dah naik sasau akibat nakhoda marang mabuk pil kuda air ketum.. Selapas kna mabuk ombak laut menyadat sotong... Kesian pas dah hilang arah... Ada lebai pun sama dgn yg lain dok tonton porno masa lawatan? Betul ke nii?...

    ReplyDelete
  5. kau orang tulis cerita pasal dap nih macamlah dap boleh menang 222 kerusi parliment dan perintah malaysia nih...... melaayu bodoh tak reti ilmu kira-kira.....dan takut dengan hantu sendiri .....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  6. sudah lah pas. elok pemimpin kamu tu pergi belajar lagi bab aqidah.

    presideng kaki fitnah. ketua pemuda penipu. ketua penerangan tgok cite lucah. yg lucunya ialah dap yg kena byr. tak kenang budi langsung serbang besar...

    ReplyDelete
  7. Yang 100% tak nak hudud kat Malaysia ni adalah UMNO/BN, nape asyik nak salahkan Cina je??
    PM org Islam... kabinet majoriti org Islam makna nya kerajaan di kawal oleh org Islam..nape tak bawak usul hudud kat Parlimen ? Yang Melayu bangang2 percaya Cina DAP yang halang hudud, gunalah otak untuk fikir jgn guna siku dan lutut macam ulamak2 bangang tu !

    ReplyDelete
  8. Kalau pemimpin sekarang yg semua umno betul2 nakkan Islam, dah lama boleh laksanakan hudud di malaysia. Tak perlulah nak salahkan DAP. MCA, GERAKAN, MIC, UMNO & semua komponen BN semua tolak hudud, kenapa x salahkan mereka.Kenapa balik2 DAP aje yg salah.

    ReplyDelete
  9. Hj hadi biul..penasihat konon..penasihat HUDUUUUDDUIT

    ReplyDelete
  10. Minta sprm check dlm akaun hadi awe brapa juta rm ada? Mgkn najib bagi rm10j kot. Wang derma najib ada rm2.6b. Makan tk habis tu. Takat 10j apalah sangat bro. Kahkah

    ReplyDelete
  11. Hahaha....ana tolong gelak. Walaupun ada fakta, namun ada auta. Pas tidak salah dan tidak akan bersalah. Walauun di kampung bolehlah tipu dengan isu hudud, kami yang berenang puluhan tahun dalam Pas boleh baca mainan pemimpin pascai. InsyaAllah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa