Friday, March 25, 2016

Dari mana bermulanya kebangkitan penentangan terhadap PM dan Presiden Umno

Assalamualaikum

Adakah beliau d fitnah dan siapa yang memfitnah beliau....sbenarnya apa yang berlaku pada kerajaan BN hanya mengulangi apa yang berlaku d merata kerajaan d seluruh dunia.....yang hanya mendapat sokongan kecil bagi membentuk kerajaan....dan lebih parah lagi sokongan tersebut bukan d kawasan " prime "  yang penduduknya menggerakkan pembangunan serta penyumbang terbesar pertumbuhan ekonomi negara

Kerajaan hanya mengekalkan pengaruh d kawasan yang mundur.....serta ketinggalan dari arus pembangunan.....d mana penduduknya percaya dengan segala tipu  helah serta pelbagai janji palsu.....

Isu d kawasan yang d menangi kerajaan terutama d kawasan luarbandar......bukan isu nasional....tetapi termakan dengan doktrin hanya kerajaan saja dapat membela nasib mereka....serta menjadi payung bangsa dan mempertahankan islam dari agenda pembangkang

Itu doktrin yang telah d gunapakai sekian lama ....apa yang d dakwa PM d fitnah tidak betul....tetapi kegagalan PM memberi jawapan kepada persoalan yang d bangkitkan....contoh paling ketara bila rakyat persoalkan kenapa PM tidak pernah menggunakan pesawat komersial sepanjang menjadi PM

Sedangkan PM or Presiden negara jiran terdekat....menggunakan pesawat komersial milik negara  mereka....nika bukan urusan rasmi...PM Najib dan isteri tidak pernah

PM Najib mahu rakyat berjimat cermat dan memotong peruntukan bajet....d beberapa kementerian penting....tapi beliau sendiri melantik 12 orang kejawatan bertaraf menteri.....yang hanya menjadi penasihat...sedangkan telah ada menteri bagi setiap kategori tersebut

Apa guna lantik Shahrizat sebagai penasihat hal ehwal wanita....kerana telah wujud  menteri yang menjaga kebajikan wanita d negara ini....apa guna lantik penasihat agama....kerana telah ada menteri hal ehwal agama d Jabatan PM....etc...

Apa yang berlaku persepsi bahawa Najib selaku PM sedang d fitnah....hanya untuk menimbulkan simpati terhadap beliau....d kalangan pengundi sasaran iaitu d kawasan mundur yang hanya mengharapkan media propaganda.....seperti TV3 sebagai sumber info dan maklumat mereka

Bagi pengundi d kalangan " prime  constitution " mereka tidak menyokong kerajaan semata....kerana sentimen bangsa dan agama...mereka tahu jika  pembangkang menerajui negara...tidak ada apa2 perubahan dari aspek perlembagaan dan perundangan negara

Mereka nampak....apa yang terjadi d Selangor....d mana pelbagai program demi kesejahteraan rakyat d perkenalkan....pertumbuhan ekonomi terus  meningkat....bayangkan jika Selangor menghentikan penyumbang hasil cukai kepada Pusat....?

Apa yang bakal terjadi pada kerajaan Najib dan Umno?  rakyat d bandar bukan rakyat berhaluan kiri atau penyokong Dap....tapi rakyat yang mahukan sebuah kerajaan kompetitif bebas....dari amalan korupsi penyelewengan serta simbolik....dengan songkok tinggi....dan tangisan setiap kali PAU berlàngsung d PWTC

Mereka nampak penjenayah yang menangis jika pengundi kawasan mundur turut menitiskan airmata...mereka d kawasan prime akan ketawa melihat gelagat penipu dan perosak negara yang sebenarnya
#RMS

Layar Impian  9.48pm

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa