Friday, March 25, 2016

HUDUD di tangan Ulama PAS

Harap para Ulamak dan Ustadz PAS yang kononnya banyak menulis kitab2 agama cabar hujah ADMIN..

Sesungguhnya di dalam perundangan islam terdapat QARINAH yang boleh dibawa ke makamah dalam proses perbicaraan dan pendakwaan..

Hakikatnya bukan pada akhir zaman ini sahaja sukar untuk mencari saksi 4 mata tetapi sejak zaman Khilafah Bani Umaiyah lagi sukar untuk mendapatkan saksi 4 mata yg tidak fasik... Justeru itu islam meletakkan hukum Takzir (hukum tetapan pemerintah) yang mana setiap kesalahan boleh dijatuhkan sabit kesalahan jinayah syariah melalui Qarinah (Bahan Bukti) di Makamah..

Harap dapatlah kiranya mereka belajar kitab2 sirah.. bukan hanya tertumpu kpd kitab ilmu fiqh semata2 yg hanya membicarakan bab hukum Halal, haram, sunat, makruh dan harus shj..

Qarinah diperlukan jika tidak terdapat 4 saksi mata mereka yg tidak fasik.. Bukan bermakna jika tidak terdapat 4 saksi mata maka pendakwaan kanun jinayah syariah tidak boleh dilaksanakan.. Jangan burukkan imej islam dengan mendakwa Najib Razak tidak boleh didakwa mencuri 2.6 Bilion kerana tiada saksi 4 mata yang melihat kejadian tersebut.

Sebenarnya Islam telah memberi jalan keluar (solution) jika tidak terdapat saksi 4 mata, maka WAJIB mengambil Qarinah (bahan bukti) dalam melaksanakan pendakwaan di makamah.. Jika pihak makamah gagal membuktikan kesohehan Qarinah tersebut barulah boleh makamah gugurkan pertuduhant...

Dalam Kes 2.6 Bilion Najib Razak Transaksi Bank dan segala dokumen adalah QARINAH (bahan bukti)

Islam agama yg sempurna bukannya agama tempang.. Apa yang berlaku sekarang ini masyarakat bukan islam melihat undang2 British lebih sempurna dari undang2 islam..

Dalam undang2 islam yang dibawa oleh PAS, jika tidak ada saksi 4 mata maka siperlaku terlepas dari tuduhan
Dalam undang2 British Transasi Bank boleh / akan dijadikan bukti bagi mendakwa Najib Razak dalam kes 2.6 Bilion.

Rasanya tak perlulah Ulama dan Ustad PAS spin tentang isu Hudud dan menuduh org lain menolak Hudud..
Sebenarnya siapakah yang menolak hukum Allah..?

ADMIN dan kesemua umat islam tidak menolak hukum Hudud..
Dalam kes Najib Razak hukum Hudud tidak boleh dilaksanalan kerana tiada saksi 4 mata..
Tetapi undang2 syariah tetap boleh dilaksanakan kerana terdapat Qarinah (bahan bukti)
Maka hujah ulama PAS terbatal di situ..

Persoalanya sekarang ni.. Apakah ADMIN yang menghina hukum Allah atau Para Ulama PAS yg menghina sistem perundangan islam dgn mengatakan Najib Razak tidak bersalah kerana tiada saksi 4 mata? Lalu Najib Razak terlepas begitu sahaja dan para ulama serta ahli PAS boleh bersama2 dengan Najib Razak atas asbab demi memartabatkan islam dan melayu..?

Hukum Syariah Islam
- Hudud
- Qisas
- Taqzir
- Diat

Ulama PAS hanya tertumpu ke atas Hudud semata2...

Note :
Di dalam undang2 British persaksian mata dari manusia lain tidak terpakai kerana manusia boleh mereka cerita, merancang konspirasi dan menuduh kononnya melihat kecurian tanpa sebarang bukti.. boleh kumpul 100 orang saksi kononnya telah melihat dengan mata kepala mereka sendiri bahawa si perlaku mencuri wang.. Pihak makamah yang menggunakan sistem perundangan British tetap akan menolaknya jika tidak dikemukakan dgn bukti yang boleh dibicarakan di dalam Makamah.,,

ADMIN sendiri secara peribadi tidak faham bagaimana caranya Ulama PAS mahu memartabatkan Kanun Jinayah Syariah dalam negara kita.. Sepatutnya Ulama PAS wajib berusaha membuktikan hukum dan perundangan islam itu lebih baik dan lebih sempura dari undang2 British..

Secara logik akal cuba kita bandingkan cara ulama PAS menanggani kes 2.6 Bilion Najib Razak ini..

Undang2 Syariah yang PAS kemukakan di dalam kes 2.6 bilion Najib Razak
- Dalam undang2 Syariah yg PAS perjuangkan, Najib tidak bersalah kerana tiada saksi 4 mata.. DAN Najib Razak terlepas dari kesalahan jinayah syariah begitu sahaja..

Undang2 British dalam kes 2.6 bilion Najib Razak 
- Najib perlu diheret dan didakwa dalam makamah kerana terdapat bukti bahawa berlaku Transaksi Bank yg menunjukkan wang 2.6 Bilion telah dimasukkan ke dalam akaun persendirian milik Najib Razak..

Berdasarkan 2 perbandingan sistem perundangan di atas,
Apakah hukum Syariah ala PAS yang diperjuangkan oleh mereka selama ini akan dipandang lebih sempurna dan hebat berbanding undang2 British di mata rakyat bukan islam dalam negara kita?

Dengan kebebalan PAS menangangi isu 2.6 Bilion, 1Mdb, Tabung Haji dan lain2 maka ianya telah membentuk persepsi buruk kepada rakyat Malaysia bahawa mereka yang beserban dan berjubah ini bukanlah manusia yang cerdik..

Bagi masyarakat bukan islam pula, mereka beranggapan undang2 islam yang cuba diimplimen oleh PAS terdapat banyak kelemahan dan keburukan.. Apa2 kesalahan jenayah dalam islam hanya bergantung kepada saksi 4 mata mereka yg tidak fasik.. Sedangkan bagi mereka undang2 British lebih baik kerana setiap pertuduhan boleh dibawa ke makamah walaupun hanya bersandarkan dengan sedikit bukti yang kabur dan lemah.. Proses perbicaraan tetap dijalankan bagi menegakkan keadilan dan kedaulatan sistem perundangan..

Dengan PAS menjalinkan hubungan bersama UMNO telah membuktikan Ulamak PAS telah mengHALALkan segala kes kecurian dan rompakan wang rakyat yang telah dilakukan oleh Najib Razak atas alasan Najib tidak bersalah kerana tiada saksi 4 mata.. Apakah itu sebenarnya Perundangan Islam dan Hukum Allah yang para Ulama PAS perjuangkan selama ini..?

Suka2 sahaja ustad PAS tuduh ADMIN tolak Hudud dan jatuh Kafir..
Kononnya puak merekalah sahaja yg memperjuangkan Hudud..
Tak sedar sebenarnya merekalah yg menghina sistem perundangan islam..

Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO & PAS

4 comments:

  1. Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya), melainkan dengan suatu (alasan) yang benar. Dan barang siapa dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepada ahli warisnya, tetapi janganlah ahli waris itu melampaui batas dalam membunuh. Sesungguhnya ia adalah orang yang mendapat pertolongan.

    kata putus untuk maaf atau jalan hukuman adalah hak waris setelah dibicarakan
    hanya satu contoh adilnya hukum islam tapi manusia itu jahil lebih suka jalan syaitan yang menyesatkan

    ReplyDelete
  2. Apa ke hal ni, nakhoda sendiri yang menebuk bahtera. Itu lah sikap Hadi sejak setahun dua yg lalu.
    Hadi dah tak terdaya utk berfikir sebagai seorang pemimpin parti.
    Hadi, sila lah letak jawatan kerana tempoh anda sudah tamat.

    ReplyDelete
  3. Mereka dan penulis hanya tahu menyalahkan ulama walhal hudud adalah tanggungjawab seseorang yang mendaftar sebagai muslim dengan kalimah bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah.

    Apakah patut " muslim " mementerai perjanjian menolak hudud bersama kafir DAP? Siapa yang berada didalam kerugian sebenarnya?

    ReplyDelete
  4. Manufactured: -
    Expired : 2016
    Najib Razak Mushroom Soup
    Hadi Awang Instant Chicken Porridge
    Ku Li Vanilla Sponge Cake
    Affandi Ali Fish Cracker Deli
    Khalid Ahmad Silver Bullet Chicken Nugget
    Pandeekar Amin Ambuyat Fine

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa