Tuesday, March 29, 2016

Pada aku ini hanyalah persepsi.......

Tun Mahathir ditolak orang Umno tetapi diterima Rakyat.

Sejujurnya. Setelah langkah progresif Tun M yang keluar Umno aku telah melihat kali ini Tun bukan sekadar merajuk. Namun Tun lebih bersikap mahu mewakili rakyat. Aku bukan mahu menyokong tindakan Tun yang menurut sifir segelintir penyokong Pas mahu menyelamatkan Umno namun aku melihat kesanggupan Tun di usia yang sedang beliau kecapi hampir segalanya dengan jawatan pengerusi Petronas namun beliau tinggalkan kerana melihat kebobrokan pimpinan DS Najib.

Untuk aku katakan bahawa Tun ikhlas memperjuangkan penurunan DS Najib kerana Rakyat itu bukan kemampuan aku. Namun dalam kondisi hari ini seorang Mantan PM yang telah banyak membawa kejayaan kepada negara ini dari aspek pembangunan dan pengurusan sendiri tidak mahu bersekongkol dengan menyokong kepimpinan yang tidak telus mengapa pula aku tidak mahu menyambut hasratnya itu?

Langkah Tun amat ditentang oleh Ahli Umno yang masih taat kepada kepimpinan Presiden hari ini. Namun ramai yang tidak menyedari bahawa masih ramai rakyat terdiri dari pelbagai keahlian politik malah peminat lagu-lagu rock sendiri bersetuju menyokong usaha menurunkan sebuah pemimpin kerajaan yang tidak lagi dilihat berwibawa.

Disini perlu dilihat usaha ini sebagai satu Ikhtiar sebelum kita mampu mencipta perubahan sewaktu PRU 14 nanti. Sewajarnya mekanisma baharu untuk kesiagaan politik tidak menentu masa kini perlu mengutamakan rakyat bukan kepentingan tersendiri perlu dijadikan asas utama sesebuah kebersamaan.

Maka atas dasar itu aku menyokong Deklarasi Rakyat yang Tun usahakan bersama pimpinan pembangkang yang lain. Malah usaha Tun juga bukan sekadar bersama pakatan pembangkang namun turut menarik minat NGO dan Aktivis Sosial masyarakat yang selama ini tidak mampu senada antara satu sama lain pun. Tambah bersejarah apabila kita lihat sendiri bahawa figura utama pimpinan rakyat mampu semeja dan mengenepikan perbedaan seteru mahupun kawan yang selama ini agak terbatas kerana prinsip perjuangan dan kepentingan masing-masing.

Demi kepentingan rakyat aku bersama menyokong usaha ini. Lalu aku memohon Rakyat Malaysia yang sayangkan negara ini untuk bersama menyokong Deklarasi Rakyat ini juga kerana teras utama deklarasi ini sudah di titipkan dengan perkataan " Rakyat " iaitu pemilik hak sebenar atas sesebuah Kerajaan yang dibentuk.

Ayuh turun bersama bersolidariti pada 28 Mac nanti di Stadium Majlis Perbandaran Ampang Jaya bermula jam 8 Malam untuk menunjukkan kita sudah bersedia menurunkan kepimpinan yang korup ini.

Inilah usaha bersama kita sebagai rakyat demi keadilan rakyat. Dan ayuh kita jangan sekalipun menidakkan usaha Demi Rakyat yang digagaskan oleh Saudara Anwar Ibrahim sejak sekian lama yang harini meringkuk kerana permainan kotor politik Edan.

Kau aku dia kita semua adalah Rakyat. Pemilik sebenar negara ini. Jika bersatu mampu kita membina sebuah negara sehingga hari ini mengapa tidak bersama usaha menyelamatkan Malaysia dari kepimpinan negara yang korup yang menyusahkan rakyat terbanyak.

Ini lah langkah kita. Langkah Rakyat dan kita menyokong Deklarasi Rakyat.

Lawan Tetap Lawan!
Reformasi!
Allahuakbar!

27316
Shah Alam

Alias Hj Sani
Timbalan Pengerusi
Parti Amanah Negara
Negeri Sabah

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa