Tuesday, April 19, 2016

Takkanlah kita sebodoh itu!

Terbaikkk .. Mukhriz - Kenyataan Menteri Luar Arab - Takkanlah Kita Sebodoh Itu ?

Kita di sini tidak boleh terima keputusan AG jadi apa kena mengenanya seorang Menteri dari negara asing menyatakan dia pun anggap kes ini tutup kerana AG di Malaysia buat keputusan tersebut.

Keduanya, kenyataan oleh Menteri Luar Arab Saudi itu tidak langsung menyentuh soal berapa angka yang dimaksudkan, siapa sebenarnya yang menderma ... dia tak sebut ini dari putera raja Arab Saudi, dan apa tujuannya. Dia juga tidak sebut mengenai apa yang telah disebut oleh AG Malaysia yang katakan bahawa 2.03 bilion ringgit telah dipulangkan.

Jadi ini semua sebenarnya menimbulkan banyak soalan lagi.

... kalau kita nak siasat, ia ada proses dan prosedur tertentu. Kita kena interview pihak yang terlibat, mendapatkan kenyataan bersumpah, kena tunjuk bukti2 contohnya akaun bagaimana wang ini bergerak daripada satu akaun di luarnegara masuk ke akaun PM sendiri ...

Kita tidak boleh terima hanya satu kenyataan secara spontan oleh seorang menteri di luar negara dan anggap kes ini tutup maka tak perlu lagi kita bangkitkan perkara ini. 

I am aware sangat berbeza dengan I can Confirm ... kalau nak tengok syntax bahasanya, memang banyak lagi yang kita boleh pertikaikanlah,

Saya dulu di MITI, kalau saya ada sebarang urusan dengan counterpart saya di luar negara, saya boleh drafkan sedikit intipati surat yang saya nak hantar itu, tapi dia akan melalui satu proses di Kementerian, mungkin dapat pandangan dari Kementerian Luar, Wisma Putra .. kerana ada bahasa2 tertentu yang digunakan di dalam corespondence secara diplomatik. Ada istilah2 yang digunakan itu yang agak standard.

Bayangkan satu surat daripada seorang putera raja Arab Saudi ... tentunya dari segi diplomasinya, dari segi bahasanya tinggi, penuh dengan diplomasi tetapi surat yang saya nampak itu macam di deraf oleh peguam dari Malaysia !

Ia menyatakan sumbangan ini bukan berunsur rasuah ... saya tak mengharapkan apa2 pulangan .... jadi macam agak pelik pulak.

Kalau di Amerika, dia dah siasat dan diambil tindakan.Ini pernah berlaku sebelum ini dalam Presidential Campaign, ada sumbangan daripada seorang jutawan daripada Indonesia ... disiasat dan didakwa terus.... apabila dia buat satu "derma" yang dianggap keterlaluan.

Angka itu US10 juta ... yang ini US681 juta setakat yang kita tahulah, tak tahulah kalau lebih daripada itu.

Selamba jer kita ni ... macam takde apa2...

Terima duit daripada Arab Saudi .... OK Untuk Pilihanraya ..... OK no problem Ditulis kat situ kita tidak mengharapkan sebarang pulangan ..... OK kita terima.. on face value

Takkanlah kita sebodoh itu !


Beli jam .....Grisogono 435 ribu euro, yang dicharge dalam kredit kad yang disediakan oleh SRC International... jadi ini sangat mengejutkanlah, kerana ni duit rakyat, dan rakyat sekarang ini dibebani dengan kos sara hidup yang meningkat akibat daripada GST dan lain2.. inilah antara sebabnya kita tidak boleh terima keadaan sekarang ni dan mengharapkan bahawa Najib lekaslah undur diri sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno. ~ dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

2 comments:

  1. Betul, kalau Pak Arab cakap je, rakyat Malaysia mesti terima bulat-bulat. Dah lama kena brainwash.

    ReplyDelete
  2. rakyat malaysia yak bodoh
    tp di perbodoh kan.ni bnyk mkan dedak le
    tiap kaii piihanraya ramai yg dapat gula beras kain..malah duit juga..tu la pasal hati jd buta.tak nampak yg rakyat malaysia nak kena dan dah kena jua keseluruhannya

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa