Sunday, May 1, 2016

Perkembangan kesihatan YB Hanipa Maidin

#UPDATE YB HANIPA MAIDIN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, YB Mohamed Hanipa Maidin telah dipindahkan ke wad biasa (bilik) sejak jam 2 petang tadi di Jabatan Neurologi, Hospital Kuala Lumpur. 

YB dalam keadaan stabil dan tidak lagi memerlukan bantuan pernafasan. 

Pelawat yang ingin melawat dinasihatkan datang dalam kelompok kecil kerana YB masih dalam pemantauan dan memerlukan rehat. 

Saya mewakili keluarga YB Hanipa Maidin mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan semua pihak terutama pimpinan Parti Amanah Negara dan Pakatan Harapan.

Ahmad Khuzaimi Abu Bakar (Ben)
PA kpd YB Mohamed Hanipa Maidin
30 April 2016

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa