Sunday, May 1, 2016

Tak payah soal, tak payah nak bimbang, ini perangai turun temurun pemimpin UMNO!

Sikap Menteri Kewangan yang membimbangkan

May 1, 2016
Tabur janji, tabur kelulusan, asalkan ada rakyat yang percaya seperti adanya rakyat yang percaya 1MDB tidak bermasalah.
KOMEN
tuan-man,najib
Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man
Melihat cara Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan mengumumkan kelulusan projek-projek di Sarawak sempena pilihanraya negeri, rakyat tertanya-tanya apakah nasib negara jika Menteri Kewangan terus bersikap sedemikian.
Antaranya, Najib telah meluluskan ‘serta-merta’ tiga projek di Kampung Long Laput, Telang Usan, Sarawak.
Memberi kelulusan memang mudah, seolah-olah tak perlu fikir panjang. Apakah penelitian sudah dibuat? Apakah semakan bajet telah dilakukan? Jika betul kewangan kerajaan sebegitu sihat, mengapa kerajaan perlu bersusah-payah nak berjimat seperti penjimatan RM240 juta dengan menganiaya pelajar cemerlang yang terbatal biasiswanya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Setiap kali ada pilihanraya, banyak projek yang diluluskan serta-merta tanpa melihat bajet dan kesannya. Dan setiap kali juga, ada yang tertipu dengan taktik sebegini.
Hatta bagi rakyat biasa, mereka terpaksa memikir soal bajet, dalam perkara seharian seperti melihat kos, membuat tawar-menawar barulah keputusan dibuat sebelum membeli sayur, ikan, daging dan buah.
Jadi rakyat tertanya-tanya apakah Menteri Kewangan Malaysia telah membuat penelitian dan semakan bajet sebelum meluluskan projek dengan serta-merta?
Mesti rakyat terfikir, kalau Menteri Kewangan ada sikap asas seperti rakyat marhaen sebelum membuat apa-apa pembelian, mengambil hutang, dan membaca sebelum menandatangani sesuatu, masakan mungkin ada masalah 1MDB seperti hari ini?
Yang penting, tabur janji, tabur kelulusan, asalkan ada rakyat yang percaya seperti adanya rakyat yang percaya 1MDB tidak bermasalah.
Tuan Ibrahim Tuan Man adalah Timbalan Presiden PAS
Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, FMT cuba untuk berkongsi pandangan dengan pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan FMT

1 comment:

  1. Pak Lebai punya hudod mana? 1MDB ni Pak Lebai mana reti...kalau kena pakai 4 saksi bagai elok pelempang aje muka Pak Lebai...kahkahkah!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa