Saturday, August 27, 2016

Betulkah Mahathir terikat dengan Daim dan segala harta Mahathir dikawal oleh Daim?

Pakatan Pembangkang Akan Hebat Jika Anwar & Mahathir Bergabung
August 25, 2016
Sekalipun kedua-duanya tidak sealiran dalam banyak perkara, sekalipun kedua-duanya ada permusuhan peribadi yang berpanjangan, tapi dalam soal nak menjatuhkan BN dan meletak Pakatan Harapan di Putrajaya, kedua-duanya perlu bergabung.

Yang dimaksudkan ialah Tun Dr. Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.  Kena bergabung, kalau tidak, lupakan sajalah – inilah pandangan seorang penganalisis politik tempatan terkenal yang enggan dikenali.

Masalah dengan Dr. Mahathir pulak menurut beliau, Dr. Mahathir terlalu terikat dengan Daim Zainudin.  Anwar boleh memaafkan Dr. Mahathir tapi beliau tidak boleh memaafkan Daim yang menjadi kepala konspirasi sehingga beliau dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998.

Untuk menjayakan perkara di atas, Mahathir, perlu melepaskan Daim atau kerjasama itu tidak akan berlaku sampai bila-bila.

Tetapi beranikah Dr. Mahathir melepaskan Daim?  Daim bukan sahaja penjaga hartanya, Daim juga adalah segala-galanya bagi Mahathir.  Tanpa Daim, Mahathir tidak mampu untuk membeli sebungkus kacang di tepi jalan pun kerana semua harta, wang dan apa juga pemilikan yang ada kena mengena dengan Mahathir, dikawal oleh Daim.

Jadi persoalannya sekarang, beranikah Mahathir meninggalkan Daim?  Pakatan pembangkang akan menjadi hebat kalau Daim tidak menjadi penghalang di antara mereka berdua. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa