Saturday, August 27, 2016

“Mengarut”, kata Wardina

Laporan polis Ustaz Kazim – “Mengarut”, kata Wardina
Posted on 27/08/2016
Wardina_Ustaz KazimPersonaliti Wardina Safiyyah mempersoal tindakan Datuk Kazim Elias membuat laporan polis terhadapnya dan berkata sebagai membuang masa pihak berkuasa.

Melalui laman Facebooknya yang dipetik Free Malaysia Today berkata bukan dirinya yang menamakan maahad yang dikaitkan kepada dakwaan pencabulan seksual pelajar.

Selain Wardina, Ustaz Kazim turut menamakan aktivis Syed Azmi Alhabshi dalam laporannya.

“Yang dedahkan nama maahad bukan saya atau Syed Azmi tapi Astro Awani dan polis,” kata Wardina. “Laporan polis oleh ibu yang terbabit pun saya tak kongsi.”

“Kalau pun nak buat laporan polis, patutnya buat satu lagi laporan polis keatas ibu tersebut membuat ‘fitnah’, bukan saya atau Syed Azmi.”

Wardina berkata demikian menjawab tindakan Kazim membuat laporan polis petang tadi kerana membuat komen yang berunsur fitnah sehingga menjejaskan reputasinya sebagai penceramah agama.

“Jadi? Maknanya kami tidak boleh kongsi dakwaan pencabulan seksual? Mengarut,” tepis Wardina.

“Selamat malam Malaysia,” tambahnya lagi. Pihaknya menyerahkan perkara itu kepada pihak polis. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa