Thursday, September 29, 2016

Apa masalahnya kalau cakap Melayu sekali pun?

Anak Zahid tampil pertahankan ayah

  | September 28, 2016
Nurulhidayah akui bahasa ayahnya tidak bergaya seperti 'mat salleh Malaysia'
PETALING JAYA : Anak timbalan perdana menteri, Datuk Nurulhidayah hari ini tampil mempertahankan ayahnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dikritik orang ramai kerana kesalahan bertutur ketika berucap kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
di sesi Perbahasan Umum ke-71 Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York.
Nurulhidayah berkata, ayahnya tidak mempunyai ‘bahasa bergaya’ untuk menarik perhatian gaya ‘mat salleh Malaysia’.
“Tetapi bagi saya, dia adalah seorang lelaki bergaya yang berani bercakap dan mempertahankan apa yang dia percaya dan memberikan yang terbaik sebagai timbalan kepada perdana menterinya. Itu yang penting,” katanya menerusi Instagram miliknya.
Sebelum ini, Zahid dikritik kerana kesalahan bertutur ketika mewakili di sesi Perbahasan Umum ke-71 Perhimpunan PBB (UNGA) di New York, Amerika Syarikat.
Malah, Zahid turut tersilap menyebut Datuk Seri Najib Razak sebagai presiden Malaysia
Pemimpin muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memuji keberanian Zahid selain memberi kata-kata dorongan.
“Saya pun dulu gagap dan tidak fasih dalam bahasa Inggeris, tetapi alhamdulillah sekarang saya diberikan mandat untuk mengajar di lebih 25 negara.
“Hadirlah ke kelas bahasa Inggeris dan mulakanlah diri untuk terlibat dalam suasana yang bertutur dalam bahasa Inggeris,” kata Syed Saddiq dalam status di Facebook semalam.
Selain Syed Saddiq, Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Bung Moktar Radin turut mempertahankan Zahid dan menyatakan tidak ada apa hendak dimalukan jika tidak fasih berbahasa Inggeris, namun lebih memalukan sekiranya tinggal di Malaysia tetapi tidak fasih bertutur bahasa kebangsaan.

# Bukankah biasa cina berbahasa cina dan jepun berbahasa jepun di UN?
Lagi pun takkanlah lidah Melayu Zahid nak dijadikan lidah orang putih dengan lenggok dan slanga mereka?
Tersalah sebut tu mungkin gabra berucap di hadapan pemimpin dunia!

3 comments:

  1. Tak sama din tontowi....hanya cakap jarman....

    ReplyDelete
  2. Betoi tu..kenapa TPM tak ckp bahasa Melaysia. Bukankan itu lebih menampakkan dia berbangga dgn bahasa malaysia?
    Tapi sebaliknya?

    ReplyDelete
  3. Sepatutnya Pm yg berada disitu.
    Kalau pelajar pun kerajaan nak A1 utk pelajaran BI disana,xkan di forum dunia kerajaan xmemastikan perkara nii.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa