Saturday, September 17, 2016

Bodoh ke kita ni?

*Selamat bersatu BERSATU*

Kita mengalu2kan Bersatu untuk bersatu.

Semua parti samada atas nama Pakatan Harapan, Pakatan Rakyat atau apa juga nama sekali pun mesti faham, untuk menang tidak ada pilihan lain selain bersatu.

Ini bermakna di dalam Pilihanraya Umum ke 14 yg akan datang semua pihak mestilah SATU lawan SATU.

Semua kerusi samaada kerusi Parlimen atau kerusi Dewan Negeri mesti SATU lawan SATU.

*Untuk menang mesti SATU lawan SATU.*

Kalau tidak jangan ucap nak menang.

Petua Allahyarham TS PRamlee kadang kala patut juga kita ikuti.

Begini kata beliau ....

"Mesti pandai pembohong..
"Mesti pandai temberang....

Tetapi jangan sampai hai pecah tembelang..'

Puak lagi satu apa yg mereka  tak pakai dan apa yang dia tak temberang!

Cara 'Nujum Pak Belalang' pun dia guna. Cara Botak Chin pun dia guna cara Cleopatra pun diguna.....

Cara apa cara sekali pun, dia guna.

Cuba kita bayangkan saja dalam fikiran kita ...
semua cara itu telah dipakai oleh lawan kita.

Puak2 kita bagaimana?
Nak guna cara gentlement lagi ke? Atau bersendirian ke? Bodoh ke kita ni?

Lihat sahaja apa yang telah berlaku di Sungai Besar dan di Kuala Kangsar. Kita kalah. Kita kalah besar.

Kita kalah kerana kita 'bodoh'.

Atau kita syok sendiri. Kita bukan pemimpin. Kalau pemimpin pun kita pemimpin bodoh.

GE14 sudah hampir tiba. Apakah kita akan bertindak bodoh dan tolol lagi?

Jawapannya kalau nak menang mesti
SATU lawan SATU !

Kalau tak elok  jadi bodohlah sepanjang hayat.

Terima kasih.

TS Muhammad Muhammad Taib

Dubai
15 September 2016.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa