Tuesday, September 6, 2016

Jamal kata dia orang baik!

SAYA ORANG BAIK – JAMAL 
5 Sep 2016

1. Jamal, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar mendakwa mengaku yang dianya menerima berpuluh ribu ringgit dari rakan-rakannya (baca di sini).

2. Mengikut undang-undang Malaysia, tiap wang yang diterima oleh seseorang ialah pendapatan (income).

3. Pendapatan seseorang dengan apa cara atau sebab, perlu dilapor kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri supaya cukai dibayar keatasnya. Demikian juga jika wang diterima dibelanja dengan apa cara sekalipun, laporan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri perlu dibuat.

4. Derma yang tidak dikena cukai ialah derma kepada badan-badan kebajikan yang telah dilulus oleh Kementerian Kewangan bebas dari bayaran cukai. Namun borang cukai mesti diisi supaya Lembaga Hasil Dalam Negeri termaklum akan penderma yang Lembaga akan kecualikan dari cukai ke atas jumlah yang diderma. Jika tidak dapat dikecuali dari cukai pendapatan, penderma dan penerima perlu sebut dalam borang income tax akan jumlah supaya cukai dibayar ke atas jumlah derma.

5. Soalnya, apakah Lembaga Hasil Dalam Negeri diberi laporan oleh orang baik akan jumlah pemberian oleh rakan-rakan orang ini.

6. Apakah Lembaga Hasil Dalam Negeri telah secara rasmi, mengecualikan pemberian kepada orang baik dari bayaran cukai.

7. Apakah penerima RM1000.00 dari orang baik ini melapor kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri akan penerimaannya. Apakah ia membayar cukai pendapatan atau tidak.

8. Sesungguhnya banyak soalan perlu dibuat terhadap orang baik ini. Taksiran kasar saya menunjuk berpuluh ribu ringgit perlu dibayar oleh mereka yang memberi kepada orang baik, berpuluh ribu ringgit lagi oleh orang baik, dan beribu lagi oleh penerima yang menerima dari orang baik.

9. Janganlah hendaknya OSA diguna untuk sembunyi jenayah kerana yang melakukannya ialah orang yang baik.

10. Jika benar baik isilah borang penerimaan dan pemberian dalam borang Lembaga Hasil Dalam Negeri dan bayarlah cukai yang ditaksir.

Komen pengunjung: Siapa Mahathir padanya dan apa relevannya?

 musatoSep 5,2016 9:11 PM
Assalamualaikum Tun.

Saya Budak Baik – Kenapa Perlu Takut Pada Orang Tua Umur 92 Tahun?
Kita tak perlu takut pada orang tua umur 92 tahun ini.

Bila saya mengalami gejala gangguan jin semasa belajar di universiti, saya tidak tahu apa apa seperti layaknya bayi yang mengalami gejala demam. Hanya tahu menangis (fikiran berada di awang awangan).

Peristiwa ini dimaklumkan permulaannya dengan adanya lintasan bayang bayang. Kemudian disertakan dengan terbitnya kata kata dari hati kecil “perkara ini akan berlaku dalam tempoh yang lama”.

Dan amatlah benar. Ia mengambil masa lebih kurang 10 tahun untuk selesai. Itulah pengembaraan zaman belia saya. Walau tidak dihantar belajar ke Mekah, saya fikir tidak ada manusia selayaknya untuk mengajar saya tentang pengembaraan ini.

Apabila berada dalam situasi yang tidak menentu, seperti komando yang dilatih, perancangan perlu diadakan, penyelesaian perlu dicari. Gejala perlu dikenalpasti.

Lebih afdhal mencari sendiri dari menanyakan dari orang yang belum tentu betul kata katanya, fikir saya.

Dalam keadaan mental dan fizikal yang terganggu termasuk dalam hal kerjaya dan kehidupan peribadi, saya perlu mencari.

Alhamdulillah ketika baki 3/4 pengembaraan, rancangan Perangi Sihir ‘Pak Engku’ jelas memberikan tanda gejala gangguan jin.

Dan apabila tiba kesempatan yang terbentang di depan mata, Ustaz Sharhan singgah di kampung saya untuk menjalankan kegiatan perubatan Islam beliau, saya tidak melepaskan peluang untuk menguji keadaan tubuh badan saya.

Mengapa Ustaz Sharhan? Kerana dikhabarkan beliau berusaha belajar dari manusia yang paling ditakuti oleh kaum jin ketika itu (atau masih?). Guru ini berada di Mesir dan beliau berusaha mencarinya. Dikhabarkan dari 10 orang yang bersama, hanya 2 orang berjaya menyelesaikan pembelajaran tersebut termasuk beliau.

Apabila ditemuduga, saya tidak meminta beliau mengubati saya, saya cuma meminta beliau ‘scan’. Kenapa cuma minta ‘scan’?

Kerana saya yakin saya telah sembuh tanpa berubat dengan sesiapa melainkan dengan semangat saya sendiri.

Rupa rupanya saya tersilap. ‘Scan’ tersebut dijalankan dalam kumpulan besar. Kira kira 40 orang dalam satu bilik. Sedikit kecewa rasanya.

Namun, kerana keizinanNya yang bermula dari niat langkah pertama kaki ke sana, orang kanan beliau ‘scan’ saya secara individu (kerana saya kelihatan mengantuk).

Kalau tidak silap saya, rasa mengantuk adalah tanda tanda kehadiran jin berdekatan (walaupun saya fikir saya mengantuk sebab dah jam 12 malam) – sebenarnya orang dibelakang saya menangis teresak esak sambil berkata “aku mahu bunuh dia” – maksudnya gadis tersebut.

Alhamdulillah niat saya telah dimakbulkan Allah swt iaitu untuk menguji keadaan tubuh badan saya samada telah bebas dari gangguan jin tanpa berubat dengan sesiapa.

Sesungguhnya Allah swt mengadakan ujian ujian kepada manusia untuk mengukuhkan keyakinan dalam diri hambaNya.

Dalam mencari keyakinan juga, perkataan tawasul juga terdapat dalam hal berkaitan tasawuf seperti yang terdapat dalam ruangan agama Utusan rencana oleh Syeikh Yayasan Sofa ketika itu.

Maka berkatalah saya dalam hati ketika semua hal di atas belum saya ketahui “Ya Allah, tunjukkanlah aku manusia di muka bumi ini yang boleh aku ikuti dan lihat kerana adalah mustahil untuk aku mengikut Rasulullah saw secara nyata kerana baginda telah wafat”.

Dan tanpa saya duga, manusia iyang ditunjukkan kepada saya adalah dari Malaysia. Beliau adalah Tun Mahathir bin Mohamad. Perdana Menteri ke 4 Malaysia.

Betul, kita tidak perlu takut pada manusia orang tua ini yang berumur 92 tahun sekarang.

Apakah kata kata saya tidak benar? Seperti yang telah dimaklumkan oleh salah satu hadith Qudsi, wali Allah itu tidak bersedih.

Berjaya kita gembira. Gagal pun kita gembira. Seperti cerita Nabi Ibrahim a.s menanyakan apakah seorang kekasih mahu mengambil nyawa kekasihnya?

Maka berkatalah Allah swt, apakah seorang kekasih tidak mahu berjumpa dengan kekasihnya?

Terima kasih Tun.

http://chedet.cc/?p=2251

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa