Tuesday, November 15, 2016

Hahaa...dedah, jangan tak dedah: “Siasat saya! Siasat saya! 24 jam kerjasama saya kepada SPRM. Saya bukan penyamun macam kalian”

Mahligai RM7 Juta Ketua AMK Ampang Dipersoal (Gambar)
Published on Nov 15, 2016
TIDAK bekerja namun boleh hidup serba kemewahan? Itulah persoalan yang ditimbulkan selepas pendedahan di media sosial baru-baru ini mengenai kehidupan Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang, Adam Rosly Abdullah. 

Pemuda yang berusia 28 tahun ini dipercayai berasal dari kawasan setinggan dan tidak mempunyai ibu bapa atau keluarga kaya, namun berjaya memiliki aset bernilai jutaan ringgit. 

Di media sosial, tersergam indah mahligai milik Adam Rosly yang dipercayai bernilai RM7 juta selain beberapa kereta mewah terdiri daripada BMW, Mercedes dan lain-lain berderetan di dalam laman rumah tersebut. 

Mahligai Bernilai RM7 Juta? Kemewahan Ketua AMK Ampang Dipersoal
Sudah tentu, dengan usianya yang muda itu, timbul pula persoalan bagaimana dia boleh memiliki kemewahan itu. 

Pendedahan mengenai kekayaan anak muda ini sudah diragui sejak tiga tahun lalu namun ianya tiada penjelasan dan bukti yang kukuh untuk menjawab setiap persoalan. 

Mahligai Bernilai RM7 Juta? Kemewahan Ketua AMK Ampang Dipersoal
Difahamkan, rumah yang terletak di Jalan Pinang, Kampung Melayu, Ampang itu ditaksirkan berharga RM7 juta dibeli selepas dilelong oleh pihak bank. 

Bagaimanapun Adam Rosly melalui akaun Facebooknya menjelaskan ‘serangan’ terhadap dirinya dengan mengaitkan harta adalah satu fitnah jahat. 

“Politik kotor, serang peribadi dan rumah. Fitnah jahat, tuduh saya ambil wang rakyat,” tulisnya. 

Dia mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan terhadap dakwaan dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya.

“Siasat saya! Siasat saya! 24 jam kerjasama saya kepada SPRM.

“Saya bukan penyamun macam kalian,” tulisnya. 

Pendedahan ini juga turut mengaitkan kekayaan Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin selepas ‘anak buahnya’ itu tampak mewah pada usia muda. 

Sementara itu, Ketua Kumpulan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos turut mempersoalkan kekayaan Adam Rosly yang dianggap luar biasa. 

“Ini satu petunjuk, mereka tuduh orang lain dan akhirnya apa yang mereka buat itu untuk menutup kesalahan dengan menuduh kerajaan pusat. 

“Padahal merekalah penamun, penyangak, perasuah di dalam negeri Selangor dan Ampang ini,” katanya.  - sumber

2 comments:

  1. Berani najib cakap mcm ni : Siasat saya, siasat saya! Saya beri kerjasama 24 jam kpd SPRM
    Jamal cuma cakap : Polis tumbuk saya, polis tumbuk saya!
    Saya nak keluar, saya nak keluar!
    ha ha ha

    ReplyDelete
  2. Wow besarnya Magligai tuan guru haji hadi ! Tak gitu admin ?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa