Tuesday, November 15, 2016

Hukum Rimba: Pedofilia dihukum gantung oleh penduduk - video inside

Penduduk Bolivia Laksana Undang-Undang Rimba Hukum Pedofilia
mStar - Diterbitkan: Selasa, 15 November 2016 10:11 AM
SUCRE: Seorang lelaki yang dituduh merogol dan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, dipukul dan dihukum mati oleh sekumpulan penduduk di utara Bolivia baru-baru ini.

Suspek pedofilia yang tidak dinamakan itu ditahan di Reyes selepas pihak polis menemukan mayat kanak-kanak yang hilang tersebut awal minggu ini.

Namun penduduk tempatan yang marah dengan kejadian tersebut enggan menunggu perbicaraan suspek dan bertindak melaksanakan undang-undang sendiri.

Sekumpulan penduduk bertindak menyerbu balai polis dan mengheret keluar suspek ke jalan sebelum menggantungnya di sebatang pokok.

Tindakan ganas penduduk itu turut dirakamkan dan tersebar dalam laman perkongsian video, YouTube.

Pihak polis gagal menghalang tindakan penduduk tersebut kerana jumlah mereka lebih sedikit berbanding penduduk tempatan.

Menurut laporan portal Mail Online, kanak-kanak yang dirogol dan dibunuh suspek bukan penduduk tempatan tetapi berkunjung ke kawasan itu untuk menghadiri majlis pengkebumian neneknya.

Tiada tangkapan dibuat susulan tindakan penduduk kampung tersebut tetapi pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

http://www.dailymail.co.uk/news/article-3935566/Man-accused-raping-killing-4-year-old-girl-murdered-mob-storm-police-station-held-drag-hang-tree.html

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa