Thursday, April 20, 2017

Cukupkah disangkal dengan berkata "Ia (gambar itu) adalah palsu"?

Isu gambar: DAP minta Zairil urus sendiri
mk      Hari ini, 11:13 tengahari


DAP dilihat menjarakkan dirinya dengan isu dihadapi Anggota Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, yang banyak diperkatakan ketika ini.

Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, hari ini berkata disebabkan isu itu adalah serangan peribadi terhadap Zairil, dia diminta menguruskannya sendiri buat masa ini.

"Memandangkan ini merupakan serangan terhadap peribadinya, Zairil meminta untuk menguruskan isu ini buat ketika ini," katanya melalui kenyataan media hari ini.

Zairil sekali lagi mencuri tumpuan ekoran tularnya gambar didakwa dirinya sedang minum bersama bekas calon DAP bagi pilihan raya kecil Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud.

Bercakap kepada Malaysiakini semalam, Zairil, 34, bagaimanapun menafikan lelaki dalam gambar itu adalah dirinya.

"Bukan, itu bukan saya. Ia jelas satu lagi percubaan untuk memfitnah saya dengan serangan peribadi. Ia (gambar itu) adalah palsu," kata Zairil yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak.

Seperti kebanyakan isu media sosial banyak digunakan untuk menyebarkan gambar atau rakaman video mengenai seseorang.

Sebelum ini gambar Dyana Sofya sedang merokok juga menjadi tular dan mengundang pelbagai komen orang ramai.

Menurut Chow, Zairil sudah memberi penjelasan kepadanya dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, petang kelmarin.

Katanya, penjelasan hari ini dibuat bagi memberi maklumat kepada orang ramai yang mengikuti isu berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa