Monday, April 24, 2017

Hidup mewah dengan menakut-nakutkan rakyatnya

Syurga diktator : di sini rupanya tempat Kim Jong-un berparti
Oleh Specky pada 22 Apr 2017
Kita selalu nampak imej penderitaan rakyat Korea Utara dan gaya hidup mereka yang kelihatan seperti masih dalam era 80-an. Tapi tahukah anda, ada satu kawasan di Korea Utara yang mewah, canggih dan lengkap dengan sebuah bot berkolam sebesar 200 kaki, kapal pesiar bernilai USD7 juta, gelongsor air, mainan taman tema dan padang bola sepak.
Di sinilah syurga keseronokan pemimpin diktator Korea Utara, Kim Jong-un di mana dia dan para jemputan akan dibawa ke sini untuk menghabiskan masa.

Salah seorang tetamu, Dennis Rodman yang merupakan bekas bintang bola keranjang NBA, pernah berkunjung pada tahun 2013 apabila mendapat jemputan ke sana.
Bintang Chicago Bulls itu menghabiskan masa berhari-hari bersama Jong-un dengan meminum alkohol terbaik, menghisap curut mahal dan menonton perlawanan bola keranjang, iaitu salah satu sukan kegemaran Jong-un.
Menurut Dennis Rodman, tempat itu adalah syurga seperti Hawaii atau Ibiza, namun hanya seorang manusia sahaja yang tinggal di situ. Di sekeliling Jong-un pula ada lebih kurang 50-60 orang kebiasaan yang bergembira sambil minum koktel dan bergelak ketawa.

Lokasi 'istana' itu dikatakan berada betul-betul di luar Wonsan yang terletak di Pantai Timur negara itu.
Kapal Pesiar jong un dipanggil princess

Setiap pelawat yang dijemput akan dibawa ke lokasi menaiki Mercedes dan pelabuhan masuk sentiasa dijaga oleh pengawal dan dikawal oleh anggota keselamatan dengan rondaan. Selain itu, terdapat juga landasan kereta api peribadi dan lapangan kapal terbang kecil untuk membawa tetamu jemputan Jong-un ke tempat ini.
Rumah bot dan kapal Kim Jong Un

Jika sesiapa berasa bosan di situ, terdapat tiga buah pulau peribadi yang terletak 35 batu dari perairan tersebut yang boleh dilawati dengan menaiki salah sebuah bot atau kapal milik Kim Jong-un.
Pulau milik Kim Jong Un

Tiada siapa yang benar-benar tahu apa lagi yang ada di sini melainkan tetamu yang pernah bertandang dan melihat dengan mata sendiri. Tapi tempat inilah syurga keseronokan bagi ketua negara dan pegawai-pegawai rejim pemerintahan di sana.

Sumber:

1. The Sun

2. Telegraph UK

2 comments:

  1. Oleh itu jgn mudah terpedaya dgn slogan2 revolusi atau marhaen, krn para pemimpin semuanya munafik. Rakyat yg bodoh merelakan diri mrk diperhambakan oleh pemimpin. Di malaysia pun lk sama. Pemimpin,anak beranak dan kaum keluarga semuanya hidup senang lenang sedangkan rakyat bergelut nak hidup. Sedikit sgt pemimpin yg betul ikhlas dan cakap serupa bikin. Oleh itu pilih pemimpin yg jujur ikhlas dan bukan yg pura2. Mcm mana nak tahu? Tgk gaya hidup mrk anak beranak, dan bukan semasa kempen pilihanraya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama juga dengan pemimpin parti yang dikatakan berlandaskan Islam. Asal ada ceramah ja, tin Milo berarak keliling orangramai. Pemimpin anak beranak hidup bermewahan. Ini la kehidupan yang zuhud dialaf baru.....kihkihkih.

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa