Monday, April 24, 2017

Korea Utara bersedia menenggelamkan 'binatang jijik’

Korea Utara sudah bersedia tenggelamkan 'binatang jijik' Amerika Syarikat
Agensi |  Diterbitkan pada April 23, 2017 15:53 MYT
Kapal perang USS Carl Vinson kini sedang mengadakan latihan ketenteraan di perairan barat lautan Pasifik bersama sekutunya Korea Selatan dan disertai tentera Jepun. - Courtesy U.S. Navy/Handout via REUTERS

SEOUL: Korea Utara berkata negara itu kini bersedia untuk menenggelamkan kapal pengangkut pesawat tentera Amerika Syarikat sebagai membuktikan kekuatan tentera negara itu.

Kapal perang USS Carl Vinson kini sedang mengadakan latihan ketenteraan di perairan barat lautan Pasifik bersama sekutunya Korea Selatan dan disertai tentera Jepun.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sebelum ini mengarahkan kapal perang itu agar berlayar ke perairan Korea susulan meningkatnya ketegangan di rantau itu.

Kapal itu dijangka tiba dalam tempoh beberapa hari lagi.

Korea Utara bagaimanapun terus mengambil pendirian enggan tunduk kepada sebarang ancaman luar.

“Tentera revolusi Korea Utara kini dalam situasi bersedia untuk menenggelamkan kapal perang dengan satu serangan sahaja,” lapor Rodong Sinmun, akhbar milik parti pemerintah, Parti Buruh.

Akhbar itu menyamakan kapal perang Amerika Syarikat itu sebagai ‘binatang jijik’ dan sebarang serangan akan menggambarkan kekuatan Pyongyang, katanya dalam ruangan komentari.

Korea Utara akan menyambut ulangtahun ke 85 penubuhan angkatan Tentera Rakyat Korea pada Selasa ini.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa