Thursday, April 13, 2017

MB Kedah Lari tak mahu jumpa rakyat, Pemuda UMNO Kedah pengampu tegar!

Kenyataan media

MB KEDAH HIPOKRIT: AHMAD BASHAH LARI TAK MAU JUMPA RAKYAT, PEMUDA UMNO KEDAH  PENGAMPU TEGAR

1. Sangat tidak wajar Mengeri Besar Kedah, Dato’ Seri Ahmad Bashah Md Hanipah lari tak mahu jumpa rakyat yang datang dari Kampung Baru Padang Tembak, Bukit Pinang dan Kampung Tepi Laut Kuala Kedah yang mahu berjumpa dengan MB Ahmad Bashah untuk mengadu masalah kehidupan yang dihadapi mereka terancam bagi menyerahkan memorandum.

2. Hina sangatkah rakyat marhaen nak jumpa dengan MB Ahmad Bashah sendiri selepas tunggu begitu lama diluar Dewan Undangan Negeri sehingga selesai persidangan paling singkat dalam sejarah iaitu satu (1) jam setengah.

Salahkah rakyat marhaen masuk ke dewan mencari MB Ahmad Bashah yang mungkin terlena dikerusinya untuk menyerah memorandum.

Depa bukan rempuh masuk macam orang 'gila'.Depa masuk dengan elok dan pintu dewan pun terbuka luas dan dah sampai depan mata MB Ahmad Bashah pun. Tak patut Dato' Seri sebagai MB lari sambil menjerit dengan perkataan i dah suruh serah kat pegawai.

Amboi bersopannya MB Kedah.Kalau tak mau jumpa dan layan Mahfuz pun jumpa dan layanlah orang kampung rakyat Kedah yang dah sampai depan mata Dato' Seri. Saya tak perlu populariti pun sebab saya dah popular.

3. Dato' Seri Bashah! Kalau Dato' Seri boleh jumpa taukeh dan pelabur bincang pasai projek dan peluang perniagaan dan pelaburan di Kedah, apa salahnya Dato' jumpa orang kampung yang bukan nak minta projek cuma nak minta keadilan dan belas kasihan. Orang kampung tak mampu nak bawa Dato' Seri bincang di hotel besaq belanja makan sedap sedap macam pelabur dan kontraktor.Orang kampung hanya nak jumpa Dato' Seri saja.Tak jamu apa untuk depa pun tak pa.

4. Perbuatan Dato' Seri lari tak mau jumpa depa sangat mengecewakan depa. Perbuatan Dato' Seri sangat tak bersopan, tidak hargai rakyat.

Alasan pemuda Umno Kedah mereka merempuh sangat tidak wajar. Rempuh kalau pintu ditutup,sidang tak habis lagi dan ada pengawal keselamatan halang tak bagi masuk dan jika orang kampung masuk juga  baru la rempuh namanya.

Apa punya bongok Pemuda Umno lebih teruk dari pengawal keselamatan (Jaga) dari Nepal (Ghurka) tak faham bahasa Malaysia. Saya cadangkan Pemuda Umno Kedah ambil semula peperiksaan Bahasa Malaysia peringkat UPSR.

Terima kasih Dato' Seri Ahmad Bashah yang menambah lagi populariti saya hanya dengan Dato' Seri MB lari tak mau jumpa rakyat sambil menjerit "i dah suruh jumpa pegawai i".

Terima kasih juga kepada Pemuda Umno Kedah yang bagi publisiti percuma kepada saya tanpa saya bayar kos untuk laporan media berkaitan laporan polis Pemuda Umno Kedah terhadap saya.Tahniah juga pada Pemuda Umno yang buat laporan polis terhadap saya kerana rakyat dapat tahu betapa bangangnya laporan tersebut dan saya percaya anggota polis yang menerima laporan Pemuda Umno itu pun gelak keras perut macam tengok maharaja lawak 2017.

Bagaimana agaknya beberapa orang Adun BN Kedah dan pemimpin Umno bahagian  berfikir tanpa menggunakan otak.Barangkali depa memikirkan,para penyokong UmnoBn serta rakyat Kedah adalah dari jenis yang sebangang-bangang manusia dan tidak akan mempersoalkan sebarang tindakan atau kenyataan yang dikeluarkan.

Kenyataan 'bangang' ini disambut oleh juak - juak Umno dengan membuat laporan polis dan kenyataan termasuk mendesak saya untuk minta maaf.Ini semua berlaku kerana pemikiran dangkal dan taktik alih isu oleh Ahmad Bashah dan Umno.

Ketika rakyat dihimpit dengan pelbagai masalah maka Ahmad Bashah dan Umno cuba menyajikan satu lagi isu bagi mengalih perhatian. Ia tak ubah seperti usaha seorang ibu yang cuba bermain dengan anak bagi mengalihkan rasa lapar kerana tak mampu memberikan anak makan.

5. Rakyat khususnya penduduk Kampung Pisang sebuah perkampungan setinggan yang dibina berderetan di sepanjang Sungai Anak Bukit di atas tanah 'reserve' sungai dalam DUN Bakar Bata 'tidak lena' untuk melupakan layanan Wakil Rakyat yang depa pilih bagi menyelesaikan masalah depa.

Empat penggal Ahmad Bashah menjadi Wakil Rakyat depa, penderitaan depa belum berakhir. Janji terakhir beliau menjelang pilihanraya umum ke-12 lalu ialah mahu memindahkan mereka ke flet Sri Gemilang milik kerajaan negeri. Sepatutnya selaku Exco Kerajaan Negeri Kedah dia berkuasa ketika Kerajaan Negeri ditadbir UmnoBn tetapi Ahmad Bashah memberitahu penduduk bahawa rancangannya sebelum itu untuk memindahkan mereka ke flet Sri Gemilang tidak dapat dilaksanakan kerana kerajaan bertukar parti (Pakatan Rakyat). Mudah sungguh beri jawapan.

Kepada Dato' Seri Ahmad Bashah selaku MB Kedah, jadilah pemimpin yang tahu menghargai rakyat marhaen. Andai kata Dato' Seri jalan dalam pekan 'nat' tiba-tiba ada rakyat nak jumpa untuk serah surat apa-apa pun jangan la lari keliling pekan 'nat' sambil kata pi bagi kat pegawai i.

Malu kat orang sama Dato' Seri dan saya juga tertanya-tanya adakah Dato' Seri sebagai Menteri Besar bangga dapat mempamirkan sikap sedemikan untuk dipertontonkan kepada orang ramai serta pelajar sekolah yang mai memerhati perjalanan Sidang DUN tiba-tiba tengok MB Kedah lari tak mau jumpa rakyat marhaen

Dah la Dato' Seri dapat jawatan Menteri Besar pun dengan 'daih' kaki kawan (Dato'Seri Mukhriz). Jaga lah nama baik Negeri Kedah dan Kebawah Duli Tuanku Sultan Kedah yang kita sayangi.

Oleh itu, saya menyarankan agar kerajaan negeri khususnya Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Bashah memohon maaf kepada rakyat marhaen di Kg Baru,Padang Tembak,Bukit Pinang dan rakyat marhaen Kg Tepi Laut,Kuala Kedah kerana telah melakukan kesilapan dan jangan mengambil ringan isu yang dibangkitkan oleh rakyat.

APA PERASAAN RAKYAT BILA MENTERI BESAR LARI TAK MAU JUMPA?..LAIN KALI DATO' SERI JANGAN LARI LAGI Nooo..!

#BashahLariDariRakyat
#JanganLariDariRakyat
#IngatKuasaRakyat
#MBKedahHipokrit
#TakMauUmnoBn
#SiapaMoOne
#RakyatTakLena

Dato' Hj Mahfuz Hj Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
9.00am Alor Setar Kedah
13 Apr 2017/16 Rejab 1438H

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa